Posts

Showing posts from July, 2010

Chapter 1

Image
Layannn.... Adat perkenalan yang menyampah 1. Bila you say “Hi”, tapi you put “no name”…hello I tak kawan ngan halimunan keh 2. Bila you call I pepagi, tapi you report MJ mati la…hello I bukan adik MJ keh 3. Bila you ring kul 12pm ke atas, dan beat jantung I mendadak naik terkejut sb baru nak mula mimpi…hello I bukan zombie keh 4. Bila you mintak gambar penuh I, tapi you kasi gambar lubang idung….hello I tak cakap ngan lubang idung ya 5. Bila you mengayat “kalau kita tinggal sekali kan jimat duit, kita leh kongsi kereta gi kerja”…hello sejak bila kita sekedudukan neh? 6. Bila you bujang tak bujang, tapi you cakap “I tak hensem”….hello ada aku kesah ko hensem tak hensem? Ko jaga bini ko elok2 keh, Sinchan lagi hensem 7. Bila you lagi sekali bujang tak bujang, tapi you sms I, snap gambar I..then bini you sms I bertalu2, siasat siapa I, where am I and why I suddently pop up in her laki's life coz ada nombor I dalam phone you…hello dah lah you ganggu ketenteraman I, mak lampir you pun ...

Snowy Mountain & Sydney 2010

Image
Kami bertolak sesudah maghrib Rabu lepas, selepas meeting mingguan selesai dengan jayanya. Ini antara destinasi2 yang dilewati sepanjang perjalanan yang memakan masa selama 19 jam. Kebas punggung, badan dan segala urat sendi mak eiy... Singgah breakfast kat atas bukit, suhu time tu below 0 darjah. Tong sampah pun lekat frost, air dah jadi batu..kakak fatini pun dah berbalut hehe Pemandangan sepanjang perjalanan sangat unik dan menarik. Banyak pokok2 hutan, bongkah2 batu dan haiwan ternakan kiri dan kanan jalan. Faktanya Australia adalah antara 10 negara dengan bilangan lembu yang terbanyak di dunia. Belum kira Kam-biri2 (kambing & biri2) lagi..Pak Tam abang ipar aku pun import kambing dari sini. Untuk tempahan daging korban blehlah kontak beliau di Jengka, Pahang. Iklan kambing korban & aqiqah beliau ada jer di tepi2 jalan sepanjang lebuh raya area Jengka dan Temerloh :) Perjalanan dari motel Bunkhouse (Coma)-Perisher (Snowy Mountai) sekitar 1 jam. Motel/hotel yang dekat mesti...

Stresssss.......

Image
Aku dah macam kambing brown kat tengah2 tu...nak panjat naik lagi, duri bertimbun2, nak stay karang jatuh pulak. Ahh..I'm little bit stress now. I'm desparately need to move to the next stage, and there are still lompong everywhere. I need to speed up my lompong task as soon as possible. Otherwise its not good for my mid-term candidature in the next March. If only I can drift my brain and physical capability to the maximum capacity. Ooohhh...I need to calm down, take a deep breath and plan everythings nicely. Now I have to groom my all results perfectly, make it more beautiful, more presentable, and more appropriate for papers and thesis. InsyaAllah! Lets do the best and Allah will do the rest... Mari hayati lagu dari abang botak ku yang handsome :)

Update PhD

Image
After almost a year and a half working with this project, today I'll present my update progress to my SV. Am tired of Acacia and so do him :p..we need to move to another stage which I should playing with another spp. for the molecular study..jeng3x. I nearly completely forget about the molecular work, but I do love it much! It can be either speeding or delaying my PhD. But I believe I can do it as smart as I can. Like what I've done with my masters degree. I pray for Allah to bless me with His merciful..aminnn.. Most of the topics in grey, marron and purple colour was either done or partly done. So, now am heading to the light blue milestone which is will be another 50% of my thesis. Chaiyok!

Turkey treat & my befday

Image
Resipi didatangkan khas di Foodaholics . Alhamdulillah, genap sudah usia aku yang ke 17 tahun :p..bermakna campur tolak darab bahagi equal to the double of current number, so dah cukup dah budget umur yang diberikan untuk hidup di dunia yang fana ini. Kebanyakan kitar hidup selayaknya manusia biasa dah hampir cukup..kecuali 2 perkara..kawin dan rumah semi D or banglo (:..sebelum tu kena renungkan amal ibadah juga, buat bekalan ke akhirat sana..bila nak gi naik haji etc. Aku takderlah menyambut befday2 nih. Kalau dulu di Biotek, LGM selalu ada party anjuran puan setia dan usaha Siti shuhada et al. Kalau di CMU tentu ada kawan2 pakat beli cederahati dan potong2 kek . Tak pun terbitan segment khas di CMU . Humm windu la kat korang..sampaihati korang tak calling2 akak uhuks! Mega ngan Lihin jer yg ingat huhu.. Kemarin kami di kampung gatton ada jamu makan2 sket..dalam entry lepas aku dah citer intro pasal nak marinate turkey kan..haa ni dia resepi hasil experimentasi aku. Kalau sudi n...

Tat's Interesting

Sekarang aku masih mengadap mesin GC lagi..bacaan data hari ke-5. Sengsorang jer kat postharvest lab ni. Jauh dari campus, tepi sungai kecik yang bersambung dengan sungai Brisbane tapi dah kering. Kalau ada manusia lain pun, cuma kat rumah K. Jamaliah yang berjiran dengan lab ni. Kira2 500 meter. Nak story something yang agak interesting sket (pada aku). Tadi sebelum mai lab, aku menonong laju menuju The Big Orange. Pi beli barang tuk marinate turkey sekor yang Abg. Sham & K. Jam nak kendurikan. Kebetulan sok befday aku, hehe...dapat kumpul reramai best lah takder sunyi sepi jer befday aku. So tadi aku dah beli rosemarry, lettuce dan tomato. Lain2 bahan aku capai jer apa yang ada dalam pantryku kat umah. Dah berlambak macam2 rempah aku ada. Serai tadi aku cabut 4 batang kat umah Budi. Kesian tak sempat hidup serai tu :p Sesampai di Big Orange, aku nampak ada sebuah lori kecil ala2 lori buka tepi cam kedai kopi bergerak kat expo2 tuh. Ada sepasang pakcik makcik salleh sedang menjual...

Hari yang tak best

Sistem ordering di office skang mmg buat aku bengang. Sejak Joe dah berenti, ganti org baru manyak cekadak pulak sistem bertukar2 ikut suka hati kepala perang dia jerk. Memula student kena order chemical, & segala instrument alat radas sendiri. Semua orang dah ada akaun staff. Pastu konon nak centralize so, kita kasi list jer apa nak, then staff yang bertanggungjawab akan uruskan order. Then, tukar balik kita kena bagi dia full spec termasuk, nama penuh barang, code, price dan vendor. Cit! Apa kehal..bukan ke dah ada dalam record list supplier, price dan segala???? Aku marah lah nih. So skang kita kena cari kat catalog, kat online, kat store uni dan macam2 lagi..tak ke membuang masa dan tenaga namanya. Pagi ni saja 4 jam aku spent time cari mak nenek lampir tuh. Sejak bulan Jun lagi mengorder segala2 nih, tapi baru dapat satu. Kalau cenggini camana kerja aku nak jalan???? Pastu chemical bukan leh suka suki simpan kat lab, kena ada store khusus yang dijaga berkunci rapat oleh techni...

Aku budak kampung di Down Under

Image
Assalamualaikum & salam semua! Wah...sungguh bersemangat hari ni nak bercerita. Sambil tunggu hormon reranting acacia di-incubate, dah seatle key in data kemarin so skang aku nak bercerita. Bosan tunggu kalau tak wat apa2. Sejam lagi baru hormon tu dapat di-injet. Ini kisah orang kampung Gatton Jaya permai nan indah. Sarapan pagi aku tadi ni ha...stik turkey bersama hirisan timun dan tempura keledek. ni lah dia menu org diet. Makan protein banyak2 makan carbohydrate (nasi) seminggu sekali jer. Carbohydrate dalam sweet potato tu takpa dimaafkan. Tengahari dah tak makan. Malam nanti makan salad dan buah..Sat lagi lepas habis lab leh singgah Big Orange beli sayur mayur segar cam timun continental rangup ni yg cuma $1 sebag (ada dalam 10 batang timun)..cicah budu pun sodap :D. Turkey ni Kak Jam yang kasi semalam. Rezeki A. Sham yang sedang MBA (menjaga bini anak)..A. Sham ni org kuat Lembaga Nenas tapi kerja dia kat sini selain mendalami "ijazah MBA" gaul taik ayam buat baja...

Matured awal?

Image
Image from : schizoid-personality.110mb.com/tag/introvert Hari ni nak tulis cerita membina sket. Sementara ada masa terluang sebelum aku bergelumang dengan radas2, chemical2 dan ranting2 acacia sikit masa lagi. Mungkinkah dunia sudah hampir ke penghujung zaman? Situasi sekarang tidak gawat dengan masalah2 ekonomi, pengangguran atau isu2 sewaktunya. Apa ya isu yang gawat sekarang ni? Hermm..isu buang bayi tentunya. Tak dinafikan anak2 zaman sekarang mencapai kematangan lebih awal. Seawal usia 5 tahun mereka dah pandai apa itu boyfriend/girlfriend. Anak buahku sendiri semasa di kelas tadika pernah mengejutkan minda sedar aku. Si kakak ni perwatakan dia jauh lebih matang dari usia sebenarnya. gaya bercakap dan butir bicaranya juga seperti orang dewasa. Dia mempunyai buah fikiran yang setaraf dengan kita. Pada suatu tengahari, dia melepak2 bersamaku di dalam bilik sambil asyik melihat aku berbalas sms. Seperti biasa aku mengusik anak buahku. "kakak ada gewe kakak?". "Gewe2...

Dah agak dah...

Huhu..ingat tak aku pernah masukkan entry dgn tajuk "Ajal" beberapa bulan sudah..tentang seorang remaja lelaki nama SAFWAN HUSAINI . Hahah..ramai yang tertipu dgn budak tu termasuklah aku nih. Patutlah pelik jer entry2 budak tuh kat blog and facebook dia. Dari mula lagi aku suspicious ttg budak tu. Kalau betul2 sakit nak mati, boleh ker dia rekod rintihan2 sayu then upload kat blog. Aku cakap2 ngan kawan aku, dia kata entahlah...terpulang pada dialah nak tipu ke nak betul2 ker, itu urusan dia dgn Allah. Aku follow blog dia beberapa hari jer, facebook pun aku hidekan selepas seminggu asyik posting dia berderet, sebab dia selalu post kata2 lucah kat situ. Rasa jelik dan hanyir pun ada, budak2 belasan taun cakap pasal benda dalam kain...haish! Katanya sedang buat medic, tapi "insomnia" jadi "insomia" yang mmg takder dalam kamus pun. Entah dia tau ke tidak menamorima "catheter". Aku pernah tegur ttg tu di facebook sb suspicious..kalo aku cakap wujud ...

Riwayat teman terakrab-ku

Image
Kami direkacipta oleh syarikat multinasional pembekal telefon mudah alih dan produk2 domestik yang tersohor berjenama Samsung. Nama aku SGH-E720c, dibeli oleh tuan aku pada tahun 2004 dengan harga RM1450. Waktu itu aku adalah antara model dari rangkaian telefon samsung tercanggih, kerana ada capaian teknologi pintar 3G dan khidmat MMS. Dengan LED screen dan lampu biru yang terang aku tergolong antara yang menjadi kegilaan ramai. Tuan aku sangat gembira mendapatkan telefon flipnya yang terbaru. Di screen ku terpapar imej kanak2 lelaki dan perempuan yang comel sedang menari2 sambil memeluk bantal love. Sungguh comel screensaver yang didownload secara percuma dari Samsung webpage itu. Beberapa tahun kemudian, tuan aku berhijrah ke negara down under. Bagaimanapun tiba2 chargerku yang menjadi talian nyawaku tidak dapat berfungsi lagi. Puas tuanku mencari di segenap kedai tetapi sudah tiada dalam pasaran. Bererti aku sudah menjadi model lama yang tidak dikeluarkan lagi berikutan kelahiran mo...