Zaman ini tak ternafikan info hanya berada di hujung jari kita sahaja. Misalkan rentetan dari election 2008 yang mencetuskan renjatan minda dan memacu debat nasional di persada politik tanahair. Akibat blog, antaranya didiskusi2 di setiap layar kaca. Para pemikir menimbang tara bahawa blog kini menjadi wadah moden dalam menyampaikan idealisme maupun propaganda setiap jiwa yang celik IT dan dunia blogger amnya. Benarkah blog menjadi penyebab jatuhnya UMNO yang menjadi akar umbi kerajaan sekian zaman? Langsung setelah itu munculnya cedek.com (Dr.M) yang menjadi medan sampaian idea dan dukungan antagonis kepada kepimpinan hari ini bagi memyampaikan mesejnya yang diandalkan sudah tidak mendapat tempat lagi?? Demikian, di dinas ini juga KP menyatakan keinginannya mempunyai blog sendiri bagi menyampaikan petikan tindakan2 wajarnya terhadap sistem sedia ada. Agar jelata pekerjanya memahami apakah peri pertimbangannya terhadap sebarang gubalan atau "hukuman" yang diambil pentadbir. L...