Cikgu Kamal dan Murni sekeluarga semasa majlis perkahwinan salah seorang anak Allahyarham Cikgu Kamal, sebuah nama yang sangat akrab dengan saya dan adik2. Beliau berpindah ke sekolah kami i.e. Sek. Ren. Keb. Meranti, P. Mas waktu saya dalam darjah 6, adik saya Miniey dlm darjah 4, Kak darjah 2, dan setahun kemudian Lias dlm darjah 1. Beliau guru baru berpindah selaku Penolong Kanan Ko-kurikulum sangat mengemari saya adik beradik. Beliau berulang ke sekolah sejauh 10 km setiap hari dengan menaiki motor, kadang2 berkereta. Sepengetahuan saya, tulisan tangan beliau adalah yang paling cantik, besar dan kemas. Saya lupa subjek yang diajarnya (selalunya sebagai guru ganti), tetapi saya masih mengingati beberapa peristiwa berkaitan dengan beliau. Saya pernah terpilih menyertai pertandingan kumpulan genderang (orchestra), reserved wakil tadarus al-Quran Kategori perempuan, bercerita mewakili sekolah MSSK bagi daerah Pasir Mas, dan Ketua Petrol 1 kumpulan pengakap. Saya juga pernah dilantik m...