15 Jan 2010: Perginya sebutir permata....

Cikgu Kamal dan Murni sekeluarga semasa majlis perkahwinan salah seorang anak Allahyarham



Cikgu Kamal, sebuah nama yang sangat akrab dengan saya dan adik2. Beliau berpindah ke sekolah kami i.e. Sek. Ren. Keb. Meranti, P. Mas waktu saya dalam darjah 6, adik saya Miniey dlm darjah 4, Kak darjah 2, dan setahun kemudian Lias dlm darjah 1. Beliau guru baru berpindah selaku Penolong Kanan Ko-kurikulum sangat mengemari saya adik beradik. Beliau berulang ke sekolah sejauh 10 km setiap hari dengan menaiki motor, kadang2 berkereta. Sepengetahuan saya, tulisan tangan beliau adalah yang paling cantik, besar dan kemas.

Saya lupa subjek yang diajarnya (selalunya sebagai guru ganti), tetapi saya masih mengingati beberapa peristiwa berkaitan dengan beliau. Saya pernah terpilih menyertai pertandingan kumpulan genderang (orchestra), reserved wakil tadarus al-Quran Kategori perempuan, bercerita mewakili sekolah MSSK bagi daerah Pasir Mas, dan Ketua Petrol 1 kumpulan pengakap. Saya juga pernah dilantik menjadi ketua pengawas perpustakaan pada masa itu (dalam tahun 1989) tetapi menolak dengan alasan merasa diri tidak layak.

Kali pertama beliau mengenali saya ialah semasa saya berlatih bercerita. Seorang cikgu perempuan bertanya siapakah wakil perempuan, beliau lalu menunjukkan ke arah saya sambil berkata “tuh yang cantik tu sambil tersenyum dan mengeyitkan matanya. Cikgu perempuan tersebut (guru kelas saya semasa darjah 1) terus mencebik bibir dan terdiam. Saya tidak faham kenapa, tetapi tidaklah saya ambil kesah.

Dalam setiap kelas beliau, saya sentiasa mendapat perhatian yang lebih dan sering disebut2 nama dalam kelas. Juga diusik dengan pelajar lelaki tercute waktu itu, Saad yang bersuara merdu dan pandai tadarus al-Quran. Satu waktu beliau memulangkan kerja rumah si Saad, sempat beliau mengusik “Oh..ni Saad nih? Lawa sangat….Nor Mayati pun nok nek (nak)” hahaa…membuat saya berpaling dan terkebil2, termasuklah bf kecil saya waktu itu Mohd. Shahrul Izwan.

Cikgu Kamal ni terkenal dengan kecomelan beliau waktu bercakap suka nganga2 mulut macam badi, tapi dialah paling handsome dengan rambut kerintingnya. Setiap jawapan yang salah, hukumannya ialah picit hidung, maka sukalah beliau memicit hidung saya setiap ada jawapan yang salah, buat saya tertunduk malu, ironiknya sayalah budak paling pemalu waktu di sek. Rendah, berjalan pun sentiasa tunduk memandang lantai :). Sifat itu sangat jauh berbeza dengan sekarang.

Waktu minggu2 pertama saya di tingkatan 1 sek. Men. (Saya bersekolah di Sek. Men. Perempuan P.Mas selama 2 bulan sebelum berpindah ke Sek. Men. Sultan Ibrahim (1), P. Mas). Saya masih sentiasa bertembung dengan beliau di bandar, kerana beliau tinggal di Kg. Dangar, P. Mas. Suatu ketika, sedang saya menunggu bas ramai2 waktu pulang sekolah sambil termenung dan bersandar di tiang, beliau yang baru pulang dari sekolah melintas dengan kereta. Saat ternampak beliau saya menjelirkan lidah tanpa sengaja dan beliau mengajuknya, buat saya tersengih tiba2. Entah bagaimana beliau boleh perasan akan saya di dalam kumpulan pelajar yang ramai2, dalam kereta yang sedang bergerak. Selepas peristiwa itu setiap bertembung dengannya di bandar, beliau akan menjelirkan lidah kearah saya.

Selepas keputusan UPSR (saya mendapat 5A) beliau datang ke rumah membawa borang sekolah berasrama penuh yang siap diisi untuk saya. Setelah saya meneruskan pengajian di sek menengah, beliau terus mengikuti perkembangan kami termasuk adik2 saya. Beliau datang melawat adik bongsu yang bercuti lama gara2 patah tulang lengan dan terseliuh disc tulang belakang. Beliau pernah datang kerumah bertemu ibu saya perihal adik bongsu yang tidak secemerlang kami bertiga.

Waktu saya memasuki matrikulasi, beliau mengikuti perkembangan saya adik beradik melalui anak ke-2nya yang juga di sekolah yang sama i.e. Sek. Men. Sc. Tg. Muhd Faris Petra dalam ting. 4. Anaknya waktu itu adalah pengawas sekolah, sering membuat inspection bilik pelajar matrikulasi. Aktiviti ini paling digemari pelajar SMSTMFP kerana inilah peluang mereka membuli kakak2 dan abang2 matrix. Tetapi Murni anak cikgu Kamal sangat baik dan tidak pernah “memarahi” saya dan Miniey (dalam Ting. 4 SMSTMFP juga). Bahkan Murnilah yang excited datang ke bilik memberitahu saya kemasukan Miniey ke sek tersebut waktu itu (saya tidak tahu kemasukan Miniey kerana waktu itu kami tiada phone, malah saya tidak sempat berjumpa ibu yang datang menghantar kerana berada dalam kelas). Cikgu Kamal juga pernah bertanya kabar melalui adik sewaktu saya sudah mula berkerja. Beliau bertanya sudah berapa anak yang saya punya :).

Malam tadi saya mendapat sms dari Miniey menghantar khabar. Miniey mendapat berita dari facebook Murni. Saya mendapat msg dari Murni memberitahu abahnya meninggal akibat diserang kanser paru2 dan waktu dikesan sudah di stage 4, pasif smocker kerana beliau bukan perokok. Beliau menderita sakit selama setahun. Sayang saya tidak tahu kerana lost contact.

Saya merasa seperti suatu kehilangan. Salah seorang cikgu yang paling dekat dengan keluarga kami dan sentiasa mengambil tahu perkembangan kami telah kembali ke Rahmatullah pada usia 59 tahun sebulan yang lalu. Sebaik menatap gambar terkini beliau saya tidak sedar 21 tahun telah berlalu. Susuk beliau sangat berbeza dari zaman beliau bersama kami sewaktu umurnya lebih kurang 38 tahun. Innalillahiwainnailaihirajiun…Alfatihah buat Allahyarham dan semoga cikgu Kamal ditempatkan di sisi orang2 yang beriman.

Comments