7 Jan 2010: Perang Harga lagi

Saya dengar2, baca2 harga gula dah naik lagi. Kemudian harga roti turut naik, yuran sekolah juga triple kali ganda mendaki puncak. Harga petrol belum dengar lagi. Negara kita semakin kaya atau semakin miskin? Orang boleh berbelanja jutaan RM, pertandingan sana sini hadiah RM berpuluh ribu, gaji orang besar membutang mata kalau kita nampak, gaji kita naik berdikit2.

Saya kurang arif bab ekonomi tapi saya masih boleh buat perbandingan. Kenapa di sini, di Australia pendidikan untuk peribuminya adalah percuma. Percuma bukan setakat untuk sekolah tadika malah untuk pengajian di peringkat universiti juga. Para pelajar postgrad di Queensland ini yang membawa anak2 juga turut menikmati persekolahan percuma.

Di sini, air adalah percuma melainkan kalau anda menggunakan beratus meter atau gelen. Australia pulau gergasi yang kering, untuk mendapatkan air bawah tanah mereka terpaksa menggali sehingga 500km dan hasilnya adalah air yang terasa masin. Punca air yang utama adalah air hujan. Maka tidak hairan kalau setiap rumah memiliki tangki air PVC bersaiz giant. Taburan hujan yang tinggi hanya berlaku di musim panas sahaja, dalam tempoh kurang 4 bulan. Di tengah2 pulau besar ini adalah padang pasir tandus yang tiada sehelai rumput hijau pun mampu tumbuh. Terdapat mendapan garam tinggalan sejak pulau ini muncul di permukaan laut beratus tahun dahulu. Langit mereka jarang berawan, panahan matahari sehingga 40 darjah dan sinar UV di tahap kritikal. Tetapi dari mana kah mereka mendapat sumber untuk kemandirian hidup?

Jawapannya adalah "BIJAKSANA". Bangunan rumah2 dan sekolah mereka dari kayu, mereka recycle, tong sampah dan tong recycle di setiap penjuru rumah/jalan/taman. Kenderaan awam menggunakan natural gas, harga petrol di setiap stesen berbeza, kita boleh memilih yang termurah. Secara tidak langsung stesen petrol turut berlumba menawarkan harga terendah. Setiap pasaraya seperti Coles, Woolis, IGA, K-Mart dll menyediakan doket 4-5 sen untuk setiap liter petrol. Namun ini semua tidak menjadikan mereka ketinggalan. Wireless broadband mereka antara yang terlaju dan kerajaan meletakkannya sebagai piawai pencapaian. Mungkin kerana kos dikira berdasarkan kelajuan i.e. anda membayar quantiti yang anda guna. Sedangkan kita menggunakan sistem bayaran bulanan i.e. tidak mengikut quantiti/kelajuan tertentu. Di sini bangunan2 kerajaan/perkhidmatan setempat seperti balai polis, mahkamah dll tidak gah mana, cuma sekadar rumah kayu kecil. Namun perkhidmatan adalah bertaraf international.

Gaji mereka tinggi. Purata AUD2000/minggu untuk fresh graduate. Harga kereta murah. Honda, Mitsubishi, Toyota di bawah AUD 20K. Cuma cukai jalan yang agak tinggi i.e. ~AUD700/year. Tambang pengangkutan awam murah, berkonsesi dan tiket yang sama berharga sama boleh digunapakai untuk beberapa jenis perkhidmatan seperti bus, ferry dan train. Tempoh sahlaku tiket single adalah selama 4 jam, daily sehingga habis perkhidmatan. Kalau anda membeli tiket weekly atau monthly anda boleh menikmati kadar tambang serendah 60 sen sehari.

Yang agak membebankan kita pelajar di sini cuma kos sewaan rumah dan barang2 seharian. Ini kerana kita menerima biasiswa sejumlah ~AUD1.4K/bulan (single), rumah AUD110/week (kongsi) dan kos groceries. Harga groceries yang agak tinggi sentiasa dinafikan di media2 massa. Media massa juga bebas. Tidak ada yang berpihak mana2 puak/parti. Setiap menteri memerintah/pembangkang menerima layanan dan sindiran sama rata. Isu pembaziran dibahaskan secara terbuka di media2. Pemerintah dan pembangkang berkerja bersama menaik taraf dan kualiti negara. Mungkin saya hanya mempunyai sedikit pendedahan dalam hal ini. Tetapi sikap natural mereka sangat menambat hati saya.

Comments

Popular posts from this blog

Only in OZ

Jelajah Blog Luar Negara

C.U.R.A.N.G