26 Jan 2010: Nak buat apa dicuti umum ini?

Hari ni Australia Day, pagi jam 5.45 meredah kabus ke post harvest lab, collect data sampai jam 8.30am. Waktu dalam kereta menuju lab rasanya mcm semangat nak merendek ke supermarket & tengok wayang.

Dah sudah xpriment rasa malas melanda, perut sakit, lapar dan badan juga lemah2....balik umah makan nasik perangat sejemput, basuh baju dan ke ofis semula....nak buat apa di ofis? banyak kerja nih, 3 pre-schedules dan 1 write up result. Entah kenapa aura cuti macam malas nak membaca dan menulis. Apalagi nak tengok paper...hik hik, knapa buat PhD ni tak se-extreem masa buat master dulu?

Masa buat master dulu ada bumbu2 yang memanis dan mempahitkan suasana...hidup secara tak langsung jadi lebih bererti. Err...terluka itu sebenarnya indah, kerananya kita menjadi kreatif dan "hidup". Dikutuk dan dipandang rendah juga indah, kerananya kita mencabar diri sendiri, menyerlahkan upaya diri menjadi yang lebih gilang.

Di awal2 musim oversea pun indah...forbiden story juga indah, exciting dan stimulating...but attracting doesn't mean something could happen, shouldn't exist any phrases sounds could, would, should...just be like that and its remains mystery...and alive... sounds like "penjahat"

Saat2 terjatuh juga sebenarnya indah, kerananya kita kenal diri, memunculkan prestasi yang sebenarnya bukan tidak ada, cuma tersembunyi kerana tidak digilap maupun diguna pakai...when everything is run smoothly, no exciting lagi, jadi tidak "hidup" lalu buhsan pun hadir....

Sebenarnya aku tengah buhsan saat dan ketika ini hi hi hi...

Comments