Rumahku dirompak!....Tired of all this craps

Kemaren rumah kitorang dipecah masuk pencuri. Laptop kesayangan aku hp dv1000 dah kena rembat, bersama2 dgn handphone samsung baru yang sudah hang itu. Sib baik samsung flip yang masih function tu aku bawa ke opis bersama2 dgn blackberry baru nih..Kemaren dulu bb tu tinggal jer kat umah cos belum caj. Sib baik jugak nikon dslr berserta segala eksesorinya dalam beg tak dirembat sekali..jam tangan 3 biji atas meja pun tak diusik..kalau tak mau pengsan aku semua barang2 peribadi kesayangan hilang..sobs2x. Aku tak pasti apa lagi yang hilang, cincin emas aku tak tau letak kat mana..sib baik jugak tak rembat kad kredit Maybank dan IC aku dalam laci meja. Sib baik jugak jarang pakai cash. Kotak kecik terbuka, ada thumb drive dalam, tapi aku tak pasti samada ada barang lain hilang. Polis mintak contact balik kalau dapat track benda2 lain yang hilang...

Time aku balik kerja kemaren jam 6 lebih, aku terkejut masuk jer rumah berantakan, pintu bilik terbangkang, tingkap juga terselak luas, pintu dapur terbuka..aku check2 punya check tengok2 tingkap dapur pun terbuka luas, mosquito net koyak dan framenya senget jatuh. Sigh! Sah dia panjat ikut tingkap dapur, mesti panjat pokok peach dekat tingkap tu...longgar seluruh sendi lutut aku, jantung macam berhenti berdenyut kejap. Sampai malam aku dok rasa tak sedap perasaan. Nak tidur pun tak berapa lena. Dok terbayang someone peeping through my window dan observe sekitar dalam bilik!

Tak tau jam berapa kejadian tu berlaku, cos hari Jumaat, senin, selasa aku balik rumah tengahari, aku rasa housemate aku balik tengahri Rabu..tup2 siang hari khamis kena pecah orang. Kebetulan kemaren hujan renyai2 so, jiran2 semestinya berkurung dalam rumah. Kalau tak tentu makcik sebelah sedar something wrong was happened. Sebab makcik tu selalu berlegar2 kat kebun bunga dan sayur dia tepi rumah, tepi pagar kami. Makcik tu pun pernah tolong mesin rumput kami sekitar pagar minggu lepas.

So petang kitorang report polis, pagi ni baru datang..ambik report, detail segala. Sok polis akan datang ambik cap jari. Konstabel tu cakap dia akan cuba "cakap" dengan beberapa orang yang dia kenal (yang biasa mencuri and drug addict) di sekitar Gatton.

Dah ke LJ Hoocker real estet jugak, report pasal ni dan mintak tuan rumah potong pokok peach dan fix segala pintu dan tingkap apa yang patut. Sangat menakutkan okey...nanti aku kena stay sorang selama sebulan lagi tu..ouch! So tadi ada gak tanya real estet kalau nak tamatkan kontrak awal, cos aku nak pindah! Dah tak berani tinggal umah tu lagi..huhu. Nak cari umah yang lebih secure dan tak payah maintain lawn.

Sepanjang pagi ni jugak aku dah contact dalam 6 cash shop terdekat, mintak tolong dorang gitau aku kalau2 ada orang datang jual barang aku tadi..heemmm, sangat letih okey. Balik umah ingat nak makan dan rehatkan badan yang sangat penat nih..skang dah tak lalu nak makan beb, cuma makan nasi beberapa sudu maghrib semalam.

Laptop tu aku set password, tapi kata polis pencuri boleh reset jer dan segala fail akan hilang..sigh! banyak dokumen peribadi aku kat dalam tu..sedih sesangat. Sib baik data2 semua simpan kat pc opis dan external hard disc..alhamdulillah, sekurang2nya tak kelam kabut aku. Dah tu polis janji akan keep track dan call kedai2 cash setempat. Katanya its not uncommon..maksudnya common la kan? Kata dia sometimes laptop yang dah hilang 3 tahun sudah pun tetiba dapat ditrack balik...tak taulah, dia nak tenangkan hati aku ke hapa :(

Sedih jer mengenangkan apa yang aku buat kemaren sebaik sedar laptop hilang..aku cari celah2 bean bag, bawah katil, dalam almari..berharap ada orang nak buat lawak bodoh (ada ker?) main sembunyi2 barang aku...hummm..tapi oh laptop ku..akhirnya tinggal kenangan..laptop pertama ku..dah 6 taun pakai tapi masih baru..aku suka software fireworks dalam tu..rekod belanjawan dan simpanan aku selama 6 tahun juga hancus! Rekod tu untuk memudahkan aku bayar hasil..huhu

Comments

Hafiy said…
kesiannya maya..tak tau nk ckp apa. msti sedih n susah hati. sangat amalkan ayat qursi spjg masa. byk mara bahaya buleh elak, insya Allah sekarang pun boleh mula, mana tahu, keadaan akan jadi lebih baik, perasaan pun akan tenang.
DrMaya said…
ayat qursi mmg baca hari2 Ah..tiap lepas solat and tiap nak tidur..semalam solat hajat mintak selamat n mintak2 ada jalan leh dapat balik barang
Hafiy said…
baco sokmo smpai sebati, tdo pun jd terbaco gok.automatik gitu.lain dgn baca lps solat khasiat dio.lps solat tu wajib baca la.sokmo2.tak kira tgh wat ape pong
DrSam said…
mujo hanya barang material aje yang hilang dan ada backup kerja-kerja masterpiece you tu Maya. Kalau tak, lagi haru. Doakan semoga senantiasa dilindungi olehNya dan hati-hati sokmo ok.
DrMaya said…
okey bro..thanx a lot..huhu rasa mcm nak balik jumpa mak skang jugak hehe
Miss PIJAOSIX said…
maya...

kesian awak..anyway, sabar byk2 ok..
woot-woot said…
hurm...sabar aje la kak..kadang2 yang kita sangkakaun buruk bagi kita,tapi itu yang terbaik ..who knows ?

Allah maha mengatahui :)
DrMaya said…
pija...thx, insyaAllah doakan ssegalanya selamat

Woot2...iyalah, tnx