Posts

Showing posts from February, 2013

Jalan menuju ibadah

Akhirnya tahu jawapannya....terus hati dan perasaan terasa lega yang amat :) Kalau perut terasa lapar, kaki akan berjalan ke dapur lantas tangan akan buka pintu peti ais dan lihat2 apa yang boleh dimasak...lalu barang2 dikeluarkan dan mula membuat persiapan, masak terus makan maka perut pun kenyang... Begitu juga rahsia hati dan rasa...apabila jiwa bergelandangan ingin tahu, kalau tidak berusaha cari tahu tidak akan pernah bertemu titik pencerah dan teka teki terus menerus merobek. Jadi ralat, galau, dan serba serbi tak kena. Tahu tidak seberani mana, sebelumnya perlu bersedia mental dan fizikal. Persediaan mental yang paling besar...buat solat malam, singgah zuhur dan solat sunat di masjid beberapa detik sebelum, lalu dengan lafaz bismillah dan nafas ditarik sedalamnya kemudian dihembus perlahan...lalu aku memandu menuju ke sana. Dengan niat ini jalan menuju ibadah. Kita hidup di dunia cuma sementara...pangkat, darjat dan harta cuma perhiasan..perhiasan yang menjadi ujian. Basic...

Malam ini aku bertanya

Kenapa masih resah Kenapa masih keliru Kenapa masih mahu merungkai misteri Kenapa masih tertanya-tanya Persoalan2 yang tergantung tidak terjawab Terus tinggal misteri Yang tak bisa ditebak Itu lah aku malam ini.... Dihukum demikian serupa Tindakan tanpa sengaja Tertimpa sendiri pula Nyata memang sengaja Hendak ditunggu sampai bila Hendak dibiar menolak kudrat Aku pun mau beradu Mendakap granat melupa misteri Walau tak yakin ku mampu lagi....

Turn off Q

Korang tau tak apa antara cabaran hidup masa kini? Saya contohkan 3 kat bawah:- 1. Gadjet 2. Duit dan 3. Makan Gadjet Terima kenyataan bahawa dunia telah sangat maju ke depan. Dulu kita tengok touch2 udara sebagai ganti screen kat hollywood movie jah...sekarang anak2 2-3 taun jer pun pandai sreehh3x pakai jari telunjuk jer...semua main touch2 jer, macam HP ENVY 20 saya hehe...tak payah nak terkebil2 bila anak atau anak buah yang masih pelat bergigi susu asek main dan mintak tablet. Bahasa pulak wifi, down load etc...eg. anak buah saya umur 5 tahun tetiba tanya kenapa SOUND makcik sama dengan makdek? Sib baik dia tak cakap kenapa "AUDIO"...pencuri pun asek curi gadjet jer takder dah nak curi buah pelam or jambu moksu Timah macam zaman saya kecik2 dulu...hahahha Duit Semua pakai duit, kejar duit, mati duit hidup duit...org masuk politik ibarat masuk lubuk duit, org nak menang PRU tabur duit, nak mati pun kena labur duit (insurance)...Apatah lagi nak cari bini...nak ...

La Seine

Image

Apabila Aku Jatuh Cinta

APABILA AKU MERASA TELAH JATUH CINTA LAGI Aku melupakan semua yang lain Aku sering sebut dia dalam bicaraku Aku sakit kepala mikiri dia Bulu mataku pun berguguran di pipi Tanda rindu berbalas dongengnya Aku asyik jeling handset di sisi Menunggu mesej atau panggilannya Walau tau bagai menunggu ikan jantan beranak Kerana suatu saat ikan jantan boleh menjadi betina * berharap Aku istikharoh minta jauhkan kalau tidak benar Tapi aku tetap fokus nampak cuma muka dia saja Sepertinya aku telah tersampuk sihir asmara Aku senyum2 sendiri Aku terkenang senyuman manisnya dengan barisan gigi yang putih bersih Di telinga ku tergiang2 nada lembut bicaranya Aku teringat renungan sekilas matanya yang berbintang Namun..tak kala  hati ku kata mau laju saja mulutku kata tanak Semakin mulutku kata tidak, selagi itu hatiku kata iya Aku mula membuang segala rekod Berharap agar ke-tak-keruan hati tidak bolos Dan dadaku pun terasa membahang Jantungku ti...

Lan Pet2 tumpang kereta

Dah lama tak tengok/terserempak org shooting filem, tadi berkampung produksi Kabir Bhatia kat LGM, Sg. Buloh. Pepagi buta kita baru masuk kawasan dan petang rewang kita balik dorang masih kerja...Okay alang2 dah sebut pasal shooting dorang tu, ni nak share sket..kesahnya... Time kitorang nak keluar beli lunch kul 11.30am tadi, tetiba ada orang tahan kereta saya, sebab tak pakai spek tadi saya tak nampak jelas mukanya sapa org tu..Dari jauh nampak lelaki berbaju batik kuning depa tangan panjang2..rupanya Lan Pet2. Wah pandai dia, pilih kereta best, kereta kecik dan kereta kancil yang sebelum dan selepas tanak tahan. Ingat kan nak tumpang gi keluar ke apa? Wajib la saya caj RM50 hahha.. Terpaksa berenti dia bukak pintu belakang...jenuh dia suruh kawan saya gerak ke tepi sebab dia nak naik sama dan kawan saya takmo berganjak..hahaha lawak tul la Lan tu.. akhirnya kawan saya terpaksa berganjak dan biarkan dia masuk. Bisinglah kami dalam kereta tak bagi dia masuk dan cakap nak kena ...

Urusan TH saya...

Bulan lepas saya ke Pejabat TH SA sebab nak buat buku akaun baru menggantikan buku akaun yang hilang dalam rompakan pecah kereta awal bulan. Sebelum tu saya ke Imigresen, disebabkan nombor giliran yang saya dapat adalah besar i.e. ada 60 orang sebelum saya, maka saya memutuskan untuk ke TH. Masih awal pagi..tentu dapat selesai cepat telah saya. Di TH saya diberi borang buku hilang oleh polis bantuan kat kauter nombor. Nombor saya tak lama, ada kira2 5-6 orang sebelum giliran saya. Leceh juga nak mengisi borang yang panjang lebar tu, hati saya sedikit risau kalau2 nombor saya di Imigresen di aras 2 PKNS SA terlepas. Setelah menunggu sekitar 20-30 minit nombor saya pun dipanggil. Lama bangat seh berurusan di kaunter TH ni..saya cuma nak buat buku baru dan check status daftar haji yang saya buat online seminggu sebelum. Banyak saya baca komen urusan kaunter TH macam ciput khinzir. Tapi entah mengapa urusan saya yang agak lama tu terasa sangat “mengujakan”. Kenapa? Sebab pegawai ...