Urusan TH saya...
Bulan lepas saya
ke Pejabat TH SA sebab nak buat buku akaun baru menggantikan buku akaun yang
hilang dalam rompakan pecah kereta awal bulan. Sebelum tu saya ke Imigresen,
disebabkan nombor giliran yang saya dapat adalah besar i.e. ada 60 orang sebelum
saya, maka saya memutuskan untuk ke TH. Masih awal pagi..tentu dapat selesai
cepat telah saya.
Di TH saya
diberi borang buku hilang oleh polis bantuan kat kauter nombor. Nombor saya tak
lama, ada kira2 5-6 orang sebelum giliran saya. Leceh juga nak mengisi borang yang
panjang lebar tu, hati saya sedikit risau kalau2 nombor saya di Imigresen di
aras 2 PKNS SA terlepas. Setelah menunggu sekitar 20-30 minit nombor saya pun
dipanggil.
Lama bangat seh berurusan
di kaunter TH ni..saya cuma nak buat buku baru dan check status daftar haji
yang saya buat online seminggu sebelum. Banyak saya baca komen urusan kaunter
TH macam ciput khinzir. Tapi entah mengapa urusan saya yang agak lama tu terasa
sangat “mengujakan”. Kenapa? Sebab pegawai kaunter tu sempat tanya boleh propose
saya apa tidak? Dan beliau siap ajak keluar minum hujung minggu nanti.. Separuh
terkejut saya pun, aaa??? Sambil tersengih2 “malu” lalu bertanya “Siapa? Ada
calon ke?” Sebab org tu nampak agak matang waimo dia agak smart..muahaha. Maka
berlangsunglah acara taaruf, peribadi dan latar belakang saya termasuk bilangan
adik beradik, anak ke berapa etc..ditanya dengan bijaksananya oleh beliau. Nombor
telefon disalin dan status diri dicatat pada sehelai borang ringkas yang saya
tak pasti untuk apa? Hermmm…terlebih peramah kah saya? Agak comel ke saya (Cak!
saya tau saya mmg comel walaupun dah tua…kehkehkeh).
Dalam pada
ditaaruf itu tetiba saya terasa ada seseorang di belakang hingga buat saya
berpaling, lalu ternampak sorang makcik tersengih2 intai muka saya dari
belakang. Pelik sungguh rasa hati ini dikala itu. Setelah selesai urusan, saya
mengucapkan terima kasih dan beliau berkali2 ajak jumpa di hujung minggu yang
free. Waktu saya berlalu saya perasan sungguh ramai orang sedang menunggu di
kerusi2 yang tersedia. Hoho…jangan salahkan saya mengapa urusan kaunter TH cam
ciput khinzir, kerana pegawai kaunternya sempat berborak, mengorat dan ajak
pelanggan comel dating…hihihi..kembali ke Imigresen nombor saya dah lepas!
Alamaknya saya terpaksa ambil nombor baru dan menunggu lagi. Nasib baik tempoh
menunggu Imigresen dan urusan saya di kaunter Imigresen hari tu cepat. Seminggu
kemudian saya dapat call dan sms ajak dating!...beberapa minggu kemudian saya
tolak ajakannya dengan sopannya kerana saya takut saya tersalah langkah lagi. Tapi
saya izinkan beliau berhubung dan selebihnya saya serahkan pada Allah.
Selari dengan
pertambahan usia dan kematangan, pandangan saya tentang cinta dan kawen telah
berubah 360 darjah. Ini bukan zaman saya keluar bersosial dating tanpa hala
tuju. Ini bukan lagi zaman saya dimanja2 dan diperhatikan god father yang berpoket
ketat, Eh?!…saya mencari imam yang boleh membimbing dan menemani saya ke jalan
yang benar dan halal. Setiap orang punya hak untuk berbahagia, saya juga….wallahuaklam.
Comments