Posts

Showing posts from January, 2011

Wallauwehh

Image
Maher Zain dah pandai kecek melayu??? Wau!! buleh lah ngorat dia dah...muahahaa..gelak gatal

Ahad Semalam

Image
Salam semua!!! Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..hihi intro berucap la nih.... Ari ni mood baik setelah seminggu isim dengan ketaktentuan status, kemeroyangan individu dll...sepanjang minggu sudah jugak mata dan kepala aku pusing2 360 darjah cam gasing2..bangun dari baring or tidur badan terhoyong hayang...tidur pun diganggu mimpi2 tak best..( muhasabah: kalau jadi ketua sok2, jangan serang org bawahan dengan emosi dan tanpa paham situasi dulu na, org bawah pun manusia yg ada hati dan perasaan..huhu..pesanan kepada diri sendiri jugak, mana tau sok2 I pun jadi somebody...hehe ) Ayuh kembali ke laptop...Kalau korang baca surat kabar BH, beberapa hari yang sudah penuh 2 pages cerita rakyat Malaysia dipinggirkan di QLD..kannn..huhu makanye...hari semalam tibalah berbondong2 perutusan dari PM, bersama putera2nya dan kumpulan media perdana ke bumi Brisbane, Gatton dan Toowoomba neh..bantuan kemanusian. Ni persediaan sebelum dan selamat jalan ...

Kureng Happy

Sehari dua ni kureng happy sebab:- 1. Onak ranjau dalam perjalanan pengajian dah muncul satu demi satu... 2. Orang pula tak paham situasi dan terus2an memandang dan menyangka negative banyak perkara... 3. Menerima salah paham, tuduhan tak masuk akal dan amukan ablasa..huh 4. CNF dah bubar, building school sunyi sepi macam haunted house, tader lagi para staff, tader lagi SV, tader lagi kengkawan se-ofis..ofis pun kosong tinggal aku sorang :( 5. Keceriaan selama 2 tahun ni dah mula berganti dengan kemurungan dan stress...banyak faktor luar yang menyerang dan menggasak.. Tapi aku kuat dan tabah sebab:- 1. Aku merasa lebih bahagia di sini dari di sana...sebab orang2 sini menghargai kerja2 dan usaha aku...orang sana hanya tahu menghukum, mengutuk, menjatuhkan dan menghentam 2. SV dan staff sini bersedia membantu sedaya upaya dan sentiasa menegur, menasihat, membimbing dan berkomunikasi secara berhemah dan bijaksana...marah berlapik (untuk mendorong semangat) dan hasil yang baik dikagumi dan...

Eh?! Sajer

Image
Ntah...har3x, tetiba aku ghaso Illiase ada iras Zaquan-Aidil?....tapi chumbi tak iras :p

Am Cool

Baca tajuk tu macam nak gitau aku nih cool sesangat lah kan...tapi sebenarnya tu positive energy yang cuba aku create spy aku tetap cool jer (memangnya aku cool hape ;p) Sebabnya.... Aku baru habis regular meeting ngan SV tetiba SV aku umumkan bahawa advisory team PhD aku bakal berubah!!! Yang sebenarnya mata aku sedang berpinar, urat di kepala aku pun mula nyut2x. Apa taknya, ni my 2nd year and advisor akan bertukar. Ini bukan kes kecik woi, sebabnya yang berubah adalah principal advisor. Maknanya dia dah tak jadi main SV aku dah lepas ni, tak gitu? Propotionnya 45%, 35%, 25%! Huummm aku masih konpius kenapa ini harus terjadi? Alasannya sebab taun ni kebanyakan masa dia di company luar, separuh jer kat UQ. Then nominated main SV baru tu akan monitor kebanyakan writting and documentation aku..Toing!! Selama 2 taun ni mana pergi? Takan dia senang2 nak lepas student kan? Lalu logika aku pun bermonolog begini..atas isu pelik, tak berapa masuk akal tapi hakikat ini..aku rasa dia sekarang t...

Fobia banjir QLD

Image
Easha yang cumelll selalu tersenyum... Astaqfirullahalazim!!! Malam tadi tetiba mimpi budak kicik cumel ni kena hanyut tsunami lumpur ngan mamanya yang konon2 cuba nak menarik tangan mak longnya yang sedang terkapai2...sudahnya budak kicik ini ngan mamanya tengelam timbul dibawa arus lumpur pekat, dan mak longnya terselamat....maka teriak menangis tersedu sedan lah mak cik nih...dramatik dan horror tul mimpi yang cam real tuh...huhuu sedey giles...sebelum tersedar dan suara sedu sedan masih tergiang2 di telinga.. So pepagi sms mama dia...alhamdulillah mereka sihat walafiat tader musibah pun..hai mak cik windu Easha gamaknya :p Dengarnya Easha dah pandai cakap...Muaachhs3x!!!

KARAWALEEE.....

Andainya kau punya hati… Sesungguhnya baik buruk aku Kurang lebihnya aku Lemah kuatnya aku Tawa dan tangis aku…. Suka dan duka aku Bukan lagi hakmu Untuk peduli aku.. Adanya dirimu tidak aku pinta Pergi mu jua bukan ku pohon Andai kau mampir di sini saban waktu Mengintai kabar aku Bukannya aku yang persembahkan kisahku Untuk tatapan dan nilaianmu… Dan aku tidak selemah yang kau andal Apa musabab inisiatif mu Atas rasa ingatan, dendam atau apa saja Yang tidak mampu ku ekspresikan dari mindaku Atau terluahkan oleh lidah mu.. Tidak kan pernah ku rayu lagi Segala penjelasan mu Tidak kan pernah ku perahkan upaya ku jua Untuk menggali segala rahsia rasa dari mu… Senyum ku akan sentiasa terukir ( Jangan kau cemburu ) Walau saat senang bahkan duka aku Walau saat ini sendu ku berlagu Kerana yang ada di jiwa ku Hanya redha Ilahi.. Perjuanganku mengejar Cinta-Nya Dia yang selamanya bersamaku.... Luahkanlah apa saja.. Aku biarkan terlukis di sini Cerminan rasa hati mu Tanpa perlu aku bahasi Kerana...

Musim...

Image
Tomeynya dier....tengok orang kawen rasa nak kawen jugek...haish! :p Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman...hehe.. dan rezeki, jodoh, ajal dan maut itu pada Allah s.w.t Kita tidak tahu bila dan dengan siapa kah jodoh kita...tanggungjawab kita ini adalah untuk didik diri agar merasa yakin, tawakal dan bersyukur dengan ketentuan-Nya...aminnnn (peringatan untuk Maya juga Ni pulak kad kawen adik jate bongsu aku..humm lambreta pun lambreta lah...hoho..sib baik lah tune mu anak oghe baik2 dik oi, semuga adik jate kami ni berbahagia sepanjang hayat bersama bakal isterinya. Tuah ayam nampak di kaki, tuah adik jate ada di lambreta :p Tentang tema ni kena tanya cik zamzaliza ler..tader ciri2 melayu la fulaks, sayang tul ...

Baik-baik Sayang....

Nikmat Rasa

Wah nikmatnya rasa apabila: 1. Dapat tidur lena tanpa gangguan mimpi2 suka duka pilu ngilu bimbang muram durja tawa tangis 2. Celik mata bangun tidur fikiran dan badan rasa ringan dan lapang, alangkah bersyukurnya hamba ini...menikmati saat2 yang damai begini 3. Masuk office dapat siapkan kerja2 yang tertangguh sekian minggu..bimbang datang bertandang bila nampak tarikh tamat perjanjian pengajian bulan November 2011! Haiya....sekijapnya masa berlalu, tapi labwork masih berlambak2. 4. Bila kerja jalan dan progres ikut plan...rasa syukur Alhamdulillah...tak usah risau dengan tarikh, usaha doa kerja kuat muhasabah solat hajat fokus pasti Allah akan melapangkan segalanya...amiiinnn ya Robb

Mentaliti orang kita

Image
PESTA mengutip duit syiling $75K dari Toyota Hilux yang kemalangan di lebuh raya, PESTA hanya berakhir selepas 3 jam apabila syiling telah habis dikutip.... sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm HUmmmmmm...renung2kan Teringat peristiwa sorang pakcik apek terjatuh batu bata dari belakang lorinya berterabur di atas jalan raya depan LGM suatu waktu dulu...jalan jem sebab pakcik tu berenti dan mengutip batu batanya seorang diri, pemandu2 kereta yang berderet di belakangnya tidak seorang pun turun membantu mengutip batu bata..kalau semua pakat turun dan tolong pakcik tu jalan semestinya tidaklah jem berjam2 lamanya..dan kalaulah yang berterabur atas jalan tu adalah jongkong emas pastinya sekelip mata jer clear....huhu Ini pula mentaliti orang lain..... Sukarelawan banjir di Queensland... "By early this morning, 7000 volunteers had flowed in to Brisbane City Council's four volunteer centres to head to some...

Post-Flooding

VIDEO: Torrent tears apart Qld communities VIDEO: Qld police to continue combing Grantham Alhamdulillah...dapat kembali ke alam siber..tapi Uni masih tak beroperasi hingga 19hb, sok lah maknanya. Kemaren MSD dr Sydney turun padang jumpa kami semua kat sini, tapi saya tak hadir cos kena gi court uruskan pasal rumah lama. Ummm.... tapi mana bos2 dan kengkawan MRB saya ???? Tak sorang pun msg, sms, call or email??? Wah...rupanya I ni anak tunggul yang tak dikasihi dan tak diendahkan hoho..kalau tinggal mayat kat sini pun tadak sape ambik tau agaknya. Lain pula cerita kalau bab report ya? Waimo report tu bukannya dibaca pun. Hummm apakah ertinya semua ini? Mungkinkah gambaran sebenar tidak sampai? Harap ada pihak yang buka mata. Untuk makluman banjir baru2 ni bukan banjir biasa spt yang kita selalu alami kat Malaysia..ada yang menamakan ini inland tsunami, tidal wave dsb. Saya bernasib baik sebab termasuk dalam area 25% yang tak disentuh badai tersebut. Malangnya student di BNE, Ipswich ke...

Banjir Gadang

Pheww!!! Sesudah sepanjang minggu berdebar2 dengan kejadian yang paling mengganaskan ni, akhirnya hari ni, dah dapat merasa lega...Alhamdulillah. Sempatlah evacuate rumah selama 2 hari, tumpang tidur menyelamatkan diri ke rumah kawan yang lokasinya lebih tinggi cos umah aku jugak dijangka akan tenggelam. 75% Queensland dilanda badai banjir besar, cuma 25% yang selamat dan Gatton termasuk dalam angka 25% tuh, sangat2 bersyukur ke hadrat Allah swt. Kawasan paling teruk i.e. Grantham cuma 4 km dari Gatton..air menenggelamkan rumah2 hingga ke paras bumbung. Kawasan situ penduduknya cuma kurang lebih 100 dan rumah2 scattered. Tiada tempat untuk mereka menyelamatkan diri dari dilanda air deras bagaikan tsunami daratan tuh..kawasan ni juga mencatatkan jumlah kematian dan kehilangan individu tertinggi. Semalam, Gatton town sangat hectic dan congested dgn helicopter penyelamat di ruang udaranya, di daratan pula penuh dgn trak2 fire & rescue yang standby sejak malam pertama kejadian (selasa)...

Banjero

Summer this year sangat berbeza dgn tahun2 sebelum. QLD banjir! Hujan lebat dan hari panas cuma boleh dikira dengan jari. Food chain supply critically affected etc..Gatton pun turut merasa limpahan air bah di ladang2, jalan2 dan sungai yang selama ni kering kontang sekarang melimpah dan langit terus menangis tak berenti.. Ini banjir terbesar dalam tempoh 50 tahun dan air yang terkumpul cukup untuk bekalan kegunaan Australia for 10 years!! Sekian melaporkan dari konti berita Maya

Mari Bermotivasi Bersama Maya

Episod aku ingin menjadi yang lebih baik.... Bermula dari hari ini, esok dan seterusnya, mari kita sama2 memupuk motivasi jitu dalam diri agar kejayaan, kebahagian dan kedamaian menemani kita di mana saja kita berada :) 1. Positive thinking Bila berbuat sesuatu atau berhadapan sesuatu urusan, set kan dalam minda kita yang positive dulu. Dengan ini kita telah merangka kejayaan dan sekaligus menjadi bersemangat kerana diiringi rasa yakin bahawa kita akan beroleh hasil yang menyenangkan kelak 2. Memberi rasa gembira Untuk mendapat aura gembira dan menyenangkan hati dari orang2 sekitar dan terdekat kita, kita perlu menjadi gembira terlebih dahulu. Rasa gembira dan ceria adalah satu contoh baja cinta yang dapat menarik aura ceria dari sekeliling kita terutamanya pasangan kita. Rasa gembira juga adalah pencetus sefahaman dan muafakat dalam segala urusan 3. Melemparkan senyuman dan memberi salam Senyum adalah pembuka bicara, salam pula jambatan persaudaraan dan mata adalah jendela hati. Keter...

Entry pertama 2011

Image
Assalamualaikum semua.... Pasti you ols windukan akanq kan, sebab dah 5 hari tak ke udara..eceh, macam femes perasaan kesayangan ramai :p. Entah kenapa nyek cam tadak mood jer nak menulis skang neh, di samping "kebizian" dgn study akanq. Setelah meraikan resolusi 2010 yang caca merba sepankderank, terasa macam nak refresh mood jer..tapi tetaplah duduk aku di sini tidak ke mana2...ehehe. Psstt! Sedar atau tidak akanq dah mencapai satu resolusi ngetop di tahun lepas..apa dia tu? Tak aih..ni bukan gossip2 (kan dah janji tanak gossip2 lagi..:p). Yer! sekarang akanq dah boleh merasa "lega" bila setiap kali call mak atau siblings, yang antara soklan wajib mereka selama 2 tahun lebih ni...apakah akanq dah kurus belum? Dah ada calon belum? Ahaha..(bukan nak tanya study caner..uhuks!) Urrmmm..yer akanq dah turun 6 kg! Nak aim turun 6 kg lagi sebelum balik Mesia..huhu. Sebab kata mak, biar kembali ke saiz asal..nampak ramping dan cantik (hentikan nafas dan lontarkan suara mel...