Post-Flooding
Alhamdulillah...dapat kembali ke alam siber..tapi Uni masih tak beroperasi hingga 19hb, sok lah maknanya.
Kemaren MSD dr Sydney turun padang jumpa kami semua kat sini, tapi saya tak hadir cos kena gi court uruskan pasal rumah lama. Ummm....tapi mana bos2 dan kengkawan MRB saya???? Tak sorang pun msg, sms, call or email??? Wah...rupanya I ni anak tunggul yang tak dikasihi dan tak diendahkan hoho..kalau tinggal mayat kat sini pun tadak sape ambik tau agaknya. Lain pula cerita kalau bab report ya? Waimo report tu bukannya dibaca pun. Hummm apakah ertinya semua ini? Mungkinkah gambaran sebenar tidak sampai? Harap ada pihak yang buka mata.
Untuk makluman banjir baru2 ni bukan banjir biasa spt yang kita selalu alami kat Malaysia..ada yang menamakan ini inland tsunami, tidal wave dsb. Saya bernasib baik sebab termasuk dalam area 25% yang tak disentuh badai tersebut. Malangnya student di BNE, Ipswich kehilangan hampir segalanya..bekalan makanan tiada, pakai cuma selai sepinggan. Malangnya dengar kabar...pihak yang berkenaan bila call tanya kat sini "ada nasi lemak ke tak"...toing!! weii...mana perikemanusiaan kalian?? Menangis bekas president PPMQ kita waktu diiinterbiu di Bernama TV.
Air menenggelamkan bangunan hingga ke bumbung, kereta2 disapu air deras then tersangkut di mana2 saja, celah2 semak, tengah2 sungai, atas landasan keretapi dsb..jadi mayat jer la then. Bayangkan sekeluarga cuba menyelamatkan diri dengan naik ke bumbung, 2 anak dah lepas bila menoleh melihat ibu bapa dan adik kecil yang sedang naik ke bumbung tiba2 hilang dibawa arus...sedih sesangat. Mayat2 manusia pula dicari oleh tentera yang bekerjasama dengan polis..terutamanya Grantham yang cuma 4 km dari gatton. Yang cuma dapat dimasuki polis dan tentera. Pekan tu mmg cam pekan koboi, so skrang dah jadi pekan zombi. Toowoomba pula cuma 45 minit dari sini.
Apa pun...dari sini kita taulah tahap mana seriusnya perhatian orang besar2 kita terhadap rakyat marhain yang merantau demi agama, bangsa dan negara ni...malas nak tulis panjang lebar bab ni.
Yang mengagumkan saya, sikap kerajaan setempat QLD. Mak menteri Anna Blight muka kepenatan habis update dan bersama2 rakyat jelata menghadapi musibah..waktu TV conferences menangis tak dapat bayang perasaan kemanusiaan. Tanpa mengira warna kulit, kerakyatan, tua muda atau pangkat kedudukan..semua dimanusiawikan sama rata. Takder dah politik waktu tu.
Then sehari selepas banjir surut beribu2 volunteer datang tak tau dari mana, segala ceruk tempat bawa penyapu, mop dan segala cleaning gear yang lain. Beratur panjang untuk membantu membersihkan premis2 perumahan dan perniagaan. Donation berupa wang ringgit, makanan siap, perabut dan segala macam keperluan bertimbun2 sedia untuk mangsa.
Teringin gak nak gi volunteerkan diri, tapi apakan daya time tu sibuk menguruskan hal rumah sewa yang macam cengkadak tuh...dan lagi, walaupun Gatton tak affected secara langsung..kami turut menerima bekalan air minum bersih 3L seorang sehari. Maklumat pula disms oleh PBT. Entah dari mana dia dapat nombor2 phone rakyat? Mungkin dari syarikat telekomunikasi lah agaknya, sb maklumat diri lengkap direkod bila kita beli waimo prepaid. Saya jew tak dapat sms tu, pasalnya waktu beli prepaid dulu register kat St. Lucia...hishi...
Jalan2 yang rosak juga dibaiki sebaik sahaja banjir surut..humm sangat kagum dengan profesionalisme dan semangat persaudaraan yang ditonjolkan oleh orang2 sini..walaupun ada la gak segelintir kecil syaitan bertopeng manusia yang mengambil kesempatan mencuri di rumah2 dilanda banjir..polis cepat jer tangkap.
Comments