Mari Bermotivasi Bersama Maya

Episod aku ingin menjadi yang lebih baik....

Bermula dari hari ini, esok dan seterusnya, mari kita sama2 memupuk motivasi jitu dalam diri agar kejayaan, kebahagian dan kedamaian menemani kita di mana saja kita berada :)

1. Positive thinking

Bila berbuat sesuatu atau berhadapan sesuatu urusan, set kan dalam minda kita yang positive dulu. Dengan ini kita telah merangka kejayaan dan sekaligus menjadi bersemangat kerana diiringi rasa yakin bahawa kita akan beroleh hasil yang menyenangkan kelak

2. Memberi rasa gembira

Untuk mendapat aura gembira dan menyenangkan hati dari orang2 sekitar dan terdekat kita, kita perlu menjadi gembira terlebih dahulu. Rasa gembira dan ceria adalah satu contoh baja cinta yang dapat menarik aura ceria dari sekeliling kita terutamanya pasangan kita. Rasa gembira juga adalah pencetus sefahaman dan muafakat dalam segala urusan

3. Melemparkan senyuman dan memberi salam

Senyum adalah pembuka bicara, salam pula jambatan persaudaraan dan mata adalah jendela hati. Ketertarikan lawan segalanya bermula dari sini :)

4. Bersangka baik

Dengan bersangka baik kita menilai individu dari sifat mahmudah. Namun sangka baik sering tewas dengan bisikan syaitan bila kadang-kadang suara hati turut membisikkan supaya was-was dan prasangka. Setiap manusia itu sesungguhnya memiliki kedua-dua sifat ini, kemampuan kita untuk meng-optimumkan mahmudah dan menekan mazmumah terletak pada keikhlasan dari hati yang terdalam

Bersambung....

Comments

DrMaya said…
kenapa tq di sini Ah...? :p
Hanis Azla said…
datang sini bersama senyuman.. he..he... ustaz cakap kita perlu sentiasa bersangka baik walaupun dengan org yg tidak baik..
DrMaya said…
betul tu...heheh