Banjir Gadang
Pheww!!! Sesudah sepanjang minggu berdebar2 dengan kejadian yang paling mengganaskan ni, akhirnya hari ni, dah dapat merasa lega...Alhamdulillah. Sempatlah evacuate rumah selama 2 hari, tumpang tidur menyelamatkan diri ke rumah kawan yang lokasinya lebih tinggi cos umah aku jugak dijangka akan tenggelam.
75% Queensland dilanda badai banjir besar, cuma 25% yang selamat dan Gatton termasuk dalam angka 25% tuh, sangat2 bersyukur ke hadrat Allah swt. Kawasan paling teruk i.e. Grantham cuma 4 km dari Gatton..air menenggelamkan rumah2 hingga ke paras bumbung. Kawasan situ penduduknya cuma kurang lebih 100 dan rumah2 scattered. Tiada tempat untuk mereka menyelamatkan diri dari dilanda air deras bagaikan tsunami daratan tuh..kawasan ni juga mencatatkan jumlah kematian dan kehilangan individu tertinggi.
Semalam, Gatton town sangat hectic dan congested dgn helicopter penyelamat di ruang udaranya, di daratan pula penuh dgn trak2 fire & rescue yang standby sejak malam pertama kejadian (selasa), trak2 tentera yang membantu mencari mayat2 di ladang2 dsb.
Semalam gak, aku join kengkawan antar salah sorang kawan balik ke Toowoomba, kesan air deras sangat ketara..kereta bergelimpang tersangkut kat pokok tengah2 sungai yang dah pun surut. Waktu naik ke TWB juga kami diescort oleh pilot naik beberapa buah kereta jer sekaligus. Kalau kat tempat kita mesti "proceed at your own risk" heheh.
Kat BNE pulak, hari ni baru air mula surut dan aktiviti membersih pun sedang giat dijalankan..takder la dah pemandangan ikonik sungai Brisbane nan indah itew..sungai pun bersatu dengan city, apa nak dikata..kuasa mother nature mengatasi segalanya.
Humm ingat nak join jadi volunteer jugak cos semalam boring giles tak dek buat apa2..elektrik power dan internet baru hari ni okey..tapi hari ni pulak dah takleh lah, cos hari ni hari mindah rumah..jeng3x..umah baru idamanku.
Okey, cau cin cau...sat lagi Brett & Heidi datang umah bawak trak tolong aku pindahkan tilam double yang tebal dan berat ya alam tu..
Adios!
Comments