Posts

Showing posts from September, 2013

Hiking di Broga Hill

Image
Ahad 15hb Sept kami ber-2 bertolak dari SUBES tepat jam 3am, ke Taman Bt. Belimbing fetch ornunie dan Eisya yang hari ni genap 4 tahun dan sekitar jam 4am kami gerak ke Broga Hill. Nak hiking and jungle tracking katanya. Gigih bawak beg sandang berisi dslr bersama 2 lense yang berat dan bawak budak cenonek yang mulut banyak tu..tiket masuk RM2, parked kereta kat dalam kebun sawit. Perjalanan mendaki sejauh 1.7km ke puncak bukit setinggi 300m dari paras laut kena melalui hutan bertemankan suluhan lampu handsets. Dalam gelap malam kami redah denai lecak sana sini dan lubang, batu serta akar kayu bersimpang siur. 3-4 kali berhenti melepaskan lelah. Separuh perjalanan dada sesak dan terasa nak muntah. Eisya yang gagah perkasa dengan tenaga kecilnya tak sudah2 minta jangan berhenti rehat lagi dan tak sabar nak mengejar kumpulan abang2 yang menolong memegang tangannya dlm gelap tadi.  Sesudah hampir di puncak, fajar pun menyingsing dan masuklah waktu solat subuh bagi kawasan Semenyi...

MSPPC 13 yang best

Image
Assalamualaikum pembuka bicara...harapnya saya tidak berbicara sendiri. Sudah sebulan lebih tidak menulis, well am extremely busy weh. Cuti raya dua minggu balik kampung untuk berpuasa dan menguruskan ibu tercinta, kemudian outstation ke selatan selama beberapa hari kemudian berseminar ke Kuala Terengganu selama seminggu campur tolak traveling days.  Kali ni nak share aktiviti seminar kat KT tempohari yang menurut kawan2 saya merupakan conference yang paling seronok dan enjoy selama hidup mereka sebagai Research Officer. Di sebabkan blog ni blog santai tiadalah saya menulis dari sudut akademik atau scientifiknya....Kata mereka seronok kerana suasana conference santai, field trip best dan yang paling penting sekretariat sporting dan best. Well....tengoklah siapa sekretariatnya hehe...ya, kalau MSPPC12 (stand for Malaysian Society for Plant Physiology Conference), saya cuma jadi madam chair untuk session yang mencabar kali ni saya jadi committee member untuk Social and Publicity...