Posts

Showing posts from May, 2011

Alhamdulillah

Just finished Mid-term review dengan positive feedbacks from the committee..hoyehhh Presentation ni sangat condense dan fokus, cuma 15 minit aja. So committee members dapat follow dan tak sempat rasa bored. Yang penting mereka happy dan kata "very good"..Wah lega dah rasa. Semalam macam orang mereng kejap. Sebab risau dan nervous tak tentu fasal. Cuma writting jer la huhu...aduyai nilah akibatnya kalau dulu kat sekolah time kelas BI selalu buat taik mata dan liur basi hahaha. English scientific writting pulak bukan macam buat puisi cinta. Kalaulah puisi cinta, kacang je kan? Huh..kalau thesis dalam BM laaaagiii senang, bagi orang yang sekolah harian macam I la kan.. So, 2nd step dah lepas dan lulus dengan jayanya. Paling syok bila ditulis "hardworking and dedicated" kat dalam report...muci2x. Tinggal 1 step jer lagi final review bulan Feb 2012. By that time I hope everything gonna be completed. InsyaAllah. Sangat lega sekarang...Alhamdulillah

Be yourself and be proud!

Haiyo I'm nervous tahap gaban saat ini..sok will be my Mid-term seminar. Kena present up-date progress and finding selepas setahun confirmation. Selesai ni bermakna tinggal satu lagi yaktu final review tahun depan. Sib baik seminar ni within committee jerk not in public seminar as confirmation dulu. So kalau kureng buleh jawab tak der silu sangat eheh. Untungnya cos kitorang selalu ada in-house seminar every Friday. Kat sini syarat dia kalau tak pernah present in public or belum pernah present kat conference etc harus public seminar. So selamat lah sket diri ini. Maklumler kan suara I pitching rendah. Masalah besar kalo kena present dalam dewan. Ingat lagi last confirmation susah payah cari mic kepit kat baju tu. Orang lain takyah dipaksa pakai mic huhu..siap bekal air lagi kat sebelah sebab tekak cepat kering dan nafas mengah... Apapun itulah diriku, aku bangga walaupun suara ku rendah dan slow sulit didengari or sering "dimarah" boss dengan berkata "I ke yang pekak...

Salju berlabuh

Nampaknya rasmi winter sudah datang lagi. 2 minggu lebih awal. Kat sini suhu aghi ni doblas degree, malam tadi 8 c. Kat Melbourne malam tadi salji turun dengan lebatnye. Sib baiklah QLD ni tak bersalji waimo boleh tahan gak sejuk dia. Tapi winter taun dijangka yg tersejuk dalam 11 tahun kebelakangan. Petanda2 tak tahan sejuk dah terasa dah, sakit hidung dan badan berkaren..haish! Sangat tidak suka karen2 ni. Pegang pintu keta kena spark, pegang tombol pintu kena spark, bukak wool kena spark, sikat rambut pun kuar spark!! Hiaya...ada hikmah jugak aku tak gi UK ke belah2 bersalji sana..hihi. Haghap kali ni idung tak berdarah lagi. * rasanya tiap2 tahun entry winter aku ada perengang ni..hahaha Uh kesian pulak hai mikirkan mama den nak maghi next week..kecut la dia dek kesejukan nan membeku neh. Tengah mikir nih nak gi cari selimut wool lebih sket. Maklum la kan owang solo quilt pun ada 2 jer..(jer?). Satu yg biasa untuk musim2 lain, satu yang warmest untuk winter. Kongsi jer lah nanti.....

Suweettt....

Image
Sangat cantik kan baju2 pengantin camni...jubah labuh moden kontemporari kaler putih, bersulam dan berlabuci sket2. Pastu baju tradisional kurung dan kebaya songket kaler kuning dan peach. I liiiioookkkeee!!!

Gatton dah tak selamat

Image
Kejadian ni berlaku di dalam kampus UQ Gatton. Humm aku selalu balik malam jalan sengsorang ke parking kereta yang sunyi sepi. Tiap ujung minggu pula selalu sengsorang dalam bangunan school. Sejak tahun lepas yaktu sejak perpindahan Vet School ke kampus ni, maka populasi manusia di Gatton ni semakin bertambah. Di campur dengan kehadiran back packers berkerja petik sayur, buah dan kerja2 ladang yang lain. Mereka para pekerja ni datang dari mana2 negara ntah..Jepun, Korea, dan segala orang gelap..Tak berapa berani sekarang nak suka2 bersendiri di uni or rumah. Kat town pun sejak tahun lepas dah ada dah signboard kecil2 "crime stoppers". Tapi tak semestinya jenayah tu bukan dibuat penduduk local juga. Hummm cuma harus beringat lebih lah, selalu berhati2 di mana jua berada. Wallahuaklam Hari ni jugak merasa sangat disgusting dan yarks dengan kisah2 camelot individu2 politik kita. Hahaha...padahal kan seumur hidup aku tak pernah ngundi..haha. Tak ngundi tak berdosa pun..bahkan men...

Tidurku berteman Cik T

Apa anda rasa bila tidur bertemankan tikus?? Siyes semalam aku bersilat dengan tikus sampai tak tidur. Balik petang tetiba nampak dia sedang bermaharajalela dalam pantry kotak simpan stok makanan aku. Maknanya dia tak mati dek kecederaan semalam la kan.. Aku cuba spray racun serangga dan kepung dengan towel, tapi tak jalan daa...pastu dia lari lintang pukang nyorot kat belakang dan bawah sofa. Berejam aku dok halau tak mo blah jugak. Menggigil lah aku, dah la perut sedang kelaparan. Terpaksa aku tengok master cheff atas kerusi makan. Then dah malam masuk tidur aku hadang celah bawah pintu dgn towel. Celah bawah pintu toilet sempit sangat, takan muat nye badan dia...kononnya. Tau tak apa jadi kemudiannya??? Jam 3 pagi, tekun dia duk study kat atas meja study sebelah kepala katil aku. Haaa! Bingkas bangun aku bagai halilintar. Pandai menyorok pulak si bebal nih. Sekejap dalam wardrobe, sekejap balik rak, sekejap bawah katil. Hush! Tak aman hidup aku sepanjang malam tau dak? Geli geleman ...

O-sama & O-bama & O-mega

Tikus tak mati tinggal stain darah jer bersepah. mungkin dah cedera patah riuk kaki or tangan dia kena perangkap aku pasang..huhuh kijam pulak bila pikir. Tengok sari dua lagi musti bau mayat tersebar...haish! Geli aku nak pungut nanti, sapu darah tadi pagi pun dah geliiii..yark yark!.. Malam kemaren terserempak kat toilet waktu bangun 3.30am...euww terlompat makcik wa cakap lu...errkk mice yang kecik montonk tuh, mana datang ntah. Eh aku nak citer ni sebenarnya..ngahaha Dua hari lepas kecoh berita Osama dah mati. Kat US sana siap buat perhimpunan meraikan kematian beliau, biarpun vatican church melarang meraikan kematian seseorang individu. Siap angkat papan demo bahawa roh para korban WTC sekarang dah aman dah...tak perlu berkeliaran menuntut keadilan lagi. Agaknya roh2 tersebut dah nampak cahaya putih dan pakat reramai menuju cahaya tak? Cam citer Ghost Whisperer tu?? Hehe..punya jahat imaginasi neh. Pepagi ni pula dengar radio dorang dah suspicious kemungkinan itu cuma salah satu l...

Tak tau cakap apa....

Baru rasa meriah sket hari ni kat sekolah. Parking pun penuh. Semua lecturer dan staff pun dok ada. Happy sket rasa masuk office ada kawan2 hihi..kalo tak aku solo2 jer kat sini. Semalam Labour Day. Kat sini semuanya tutup termasuk kedai2 hinggalah hyper market. Kecuali cinema lah tentunya. Dek kerana writting buat masa ni dah setel, so rasa bored yang amat. Nak re-fresh minda dan melupakan kepenatan sejenak dua. So semalam tengok Fast 5 daa...hihi. Sorry Syirah tak ajak kamu, pasalnya ad-hoc je semalam. Pi tengok kat Red Bank kira2 45-50 km dari UQ. Jauh ma...bersinta nak drive semata2 nak mengisi masa terluang. Barulah rasa nak hargai betapa nikmatnya duduk Subang Bestari sepelaung je Cineleisure, TGA, or apa ke ntah satu lagi kat OU tu? Hahhaa...baru 2 tahun lebih dah lupa segala. Rindu weh kat "kampung" I tu..uhuks! Tapi tak best lah juga sebab tempoh menunggu tayangan terpaksa dihabiskan melepak sambil hirup manggo smooty kat Subway je. Takleh window shopping kedai tutup...

Alhamdulilah

Ahhh..finally dah hantar drafted Chapter 4. Setelah 9 drafts di tangan sendiri. Bagai nak muntah darah olah segala data, jadikan format 1 journal yang serba lengkap. Tak taulah berapa draft pulak akan kembali setelah direview para SVs nanti. Sikalang masa untuk concentrate slide presentation pula. Tangguh seminggu daa..cos minggu2 kebelakangan ni banyak cuti umum. Easter la, buruh la hapa la. Orang sini pulak kalo time cuti suka berjemaah pakat cuti reramai selama berminggu2 hingga makan bulan. So berkhalwatlah kita sengsorang kat opis dalam bangunan yang kosong nih. Ingat lagi tahun2 lepas..selalu jadi penunggu lab sengsorang hingga jejauh malam kul 10-11 pm. Alhamdulillah, dah berlalu semua tu. Cuma tinggal satu topik je lagi yang takyah continous hour panjang2 lagi. Terima kasih ya Allah memberi ku kekuatan hingga kini. Terlalu banyak rencah2 pahit manis, suka duka yang dah dilalui. Semoga tempoh yang berbaki kurang lebih setahun lagi ni, terus dilalui dengan penuh sabar dan istiqom...