22nd Jan 2010: Self theraphy...

Hujung minggu lepas dah kutip mangga, tengahari kelmarin kutip mangga..kat ladang. Sampai terberak mangga den. Sakit peghok wesh asyik makan mangga neh. Macam2 variety ada, yang pasti manis2 dan sedap2 belaka. Pendek kata tak kebulurlah dok sini. Kat kedai rega mangga tu kira2 $1.60 sebijik, kalo sekotak dalam 15 biji dekat $30, mahal sheh!


Aktiviti mengutip mangga di pokok nih best sesangat...dah tak pandang dah buah yang berlonggok jatuh ke bumi. Kata manager, jangan amik yang jatuh! ambik yang kat atas pokok, coz yang jatuh tu mungkin ada bekas gigitan wombat atau Flying-foxes ..ala kelawar yang berlakon dalam citer Batman tu. Kelawar tu pembawa virus boleh menyebabkan kematian kalo terpindah ke manusia...




Pas kutip mangga sempat bergambar dengan Sorghum ni..sejenis bijirin makanan ternakan yang sangat subur kat sini. Bijik dia keras amat, tak tau camana lembu dan keluarga mereka buleh makan tuh. Proses jadi pallet kot... Sorghum ni didomestikasi memula kat Ethiopia dan sebahagian Congo. Di Afrika sorghum ni dimakan setelah diproses menjadi bubur pekat juga menjadi bahan tradisional bagi beer. Tangkainya dicampur dengan sisa pertanian lain untuk menjadi makanan haiwan ternakan.

Bijian sorghum yang dah dipisahkan dari germa dan daunnya....


Ni sebenarnya aktiviti mengutip mangga pada Sabtu lepas, masa tu kutip yang atas tanah jer, coz tak tau kemungkinan pasal virus tuh..sib baik tak ketularan virus...Alhamdulillah.


Ni gambar masa hari apa ntah lupa...yang pasti masa pembukaan public library kat pekan Gatton. Ada pameran kenderaan antik dan jentera2 mekanisasi sekali. dari zaman pak dogol tonggek sampailah ke zaman blackberry koleksi dia...layan!!




Comments

Popular posts from this blog

Only in OZ

Jelajah Blog Luar Negara

C.U.R.A.N.G