SENDIRI
Apa perasaan sekiranya kita
menemui seseorang yang kita rasa okay dan percaya bahawa dialah yang mungkin
telah ditentukan Allah untuk kita tetapi dia sebenarnya bukan lah seperti yang
kita jangkakan itu. Semua ciri2 idaman duniawi seperti rupa, harta, pangkat dan
darjat telah kita tolak tepi demi mencari sebuah kehidupan dan bahagia yang
hakiki. Walau kita tahu semua punya kita dan apa yang diberi pada kita di atas
dunia ini semuanya pinjaman belaka. Pinjaman sebagai ujian atau sebagai
platform untuk kita menjadi insan kamil yang redho dan berserah hanya pada
Allah, serta kita mahu jadikan kehidupan itu sebagai talian dan hamparan untuk
kita mencapai matlamat sebenar kita di akhirat sana. Kita telah berazam
sebelumnya bahawa sekiranya siapa yang datang setelah ini, maka dialah jodoh
kita. Kita berusaha mencari kebenaran kepada kehadirannya yang di luar jangka,
malah di luar bayangan sempurna yang kita fikirkan sebelum ini. Kita akhirnya
ingin mengaku bahawa kekuasaan Allah itu adalah segalanya. Namun kita terus2an
diuji, apabila dia yang hadir itu bukanlah juga takdir kita yang sebenarnya.
Haruskah kita kembali berputus asa dan terus berharap? Bagaimana lagi kita
hendak munajat meminta2 terus pada sesuatu yang sepertinya tidak akan pernah
menjadi kenyataan milik kita. Apakah Allah tidak mendengar permintaan kita,
apakah Allah mahu kita lebih ikhlas lagi?
Mereka berkata, dekatkan diri
pada tuhan…munajat dan minta pada Dia. Sedangkan kita tidak pernah putus
bersujud dan meminta ikhsan Dia. Supaya mengasihani kita dan mengurniakan kita
rezeki sesuai kehendak manusia normal lainnya. Kita tidak meminta lebih cuma
untuk bersedia menjadi pemberi dan penerima. Akhirnya harapan kita itu tidak
pernah berhasil dan kita semakin menjengah penghujungnya. Penghujung buntu yang
mungkin sulit untuk difahami mereka2 yang tidak pernah mengalaminya maupun
mereka2 yang degil ego tidak pernah mahu mengerti tentangnya. Lalu kita tidak
pernah juga berhenti melangkah…melangkah sendiri dan menjadi semakin kental
berdiri kukuh di sini….namun tetap sendiri.
Comments