Juadah
Ari ni nak masak apa?? Kempunan nak makan patin gulai tempoyak tak dapat nih...sebabnya on the way balik dari Temerloh kemarin dulu tak dapat beli ikan tu. Stok yang dijual kat tepi jalan sebelah Sg. Pahang tu kebetulan habis..hu hu, dekat 15 minit kami tunggu budak jual tu tangkap kat sangkar di sungai..tak larat tunggu kami balik je tangan kosong..haru bonar. Singgah Tesco pun tak dapat belanja, sesak dengan orang2 belanja sempena start puasa, troli habis maka kami pun hanya mampu bimbit seikat daun kunyit, kailan dan sabun basuh. Berangan nak beli kurma dan ikan best2 punya, terpaksalah lupakan hajat lagi. Pastu kemarin mengidam nak bakar anak terubuk tapi takder pulak kat pasar malam nih..hu hu haru lagi..Finally beli jer bapak terubuk sama kepala snapper (ikan merah). So petang ni nampaknya tercapailah hajat nak buat sup kepala snapper, Alhamdulillah...bapak terubuk tu nanti esok buat masak asam pedas tumis Melaka..humm meleleh dah liur nih! Aih, baru jam 1.40pm...3 jam lagi baru habis ofis hour..He heh..betapa syoknya kerje sini, bulan posa tiap2 taun balik kul 4.30pm. Facts:-
*Patin gulai tempoyak adalah identiti bandar Temerloh, Pahang
..Patin fish cooked with fermented durian is best known as an identity to Temerloh
*Patin Sg. Pahang (Temerloh) lebih sedap coz bela dalam sungai
..Patin fish from Sg. Pahang is more delicious due to their living in the real habitat)
*Patin ada beberapa jenis; tapi patin buah yang paling sedap
..There are several patin, but patin buah (fruit) is the most popular
Comments