Motivasi

Baru balik dari ceramah motivasi Dato Dr. Fadhilah Kamsah..lajak sampai pukul satu coz pakcik tu lupa Jumaat. Menarik jugak topiknyer, kalau tengok dari tajuknya yg diemail oleh sumber manusia beberapa minggu sudah macam boring...thats why aku lupa pasal ceramah ni. hehh nasib baik kemarin kengkawan cakap2 masa majlis berbuka puasa kat masjid. Wajibun pulak tu..kang takpesal kena surat tunjuk sebab.

Ingat tadi masa amik kunci keta nak ke dewan, nak capai camera...tapi kendian malu pulak nak kelip2 kat dalam dewan nanti...rugi betul lah..menyesal aku hari ni. Kalo tak, leh tayang kat blog, kasi aura menawan skit. Bole tengok mereka2 sumer berbondong2 pakat tayang tapak tangan..termasuk yang dalam konti, doktor2 dan pengarah2 :)). Hapanyer, sampai pun dewan dah penuh..awal lagi..weh semangat betoi demo ni sumer, sokmo kalo ada ceramah haram nak tengok dewan penuh.

Menguap jugaklah, tapi bukan sebab ngantuk tapi maybe sebab perut kosong bulan pose..ceramah pakcik tu mana dapat tidur, pecah perut dan berair mata lagilah..banyak lawak juge dia yer...tengok kat TV takderlah kelakau mana. Comel pulak tu, dok atas tangan sofa kaki tergantung macam Humtee Dumptee...Ooo, jangan marah Dato. Sambil demo cara "toas" kencing pulak tu..haru biru.

Selalu ceramah/kolokium aku paling malas tulis nota, ni ada la 3 ms penuh bertulis..hi hi. Tajuknye besa2 jer "Keseronokan bekerja". Apa nak seronoknya, dia sendiri pun ingat kat BGA, depan KLCC tapi ghopenya kat Sg. Buloh, dalam ladang getah...haa...tengok. Kalo dia lihat sudut nature musti seronok beb...mana lagi nak cari surrounding hijau dan fresh air kat KL ni?

Antara isi2 yang sempat aku note'kan sepanjang pagi ni yang antaranya dah menjadi amalan aku antaranya:-

# Mawi get paid RM700k annualy per 1 embassador job, then us? setengah tu pun tak sampai kot..kerja susah2 perah minda sampai bubus kepla da...

# To be champion, promotion/bonus etc jgn kita minta, tapi biar orang yang bagi....you deserve for it then you get it. er....ari tu, aku tanak tulis surat rayuan coz aku pun berprinsip gitu, tapi sapa yang paksa aku?? Pengarah & Head....takpa at least aku dapat skang bukan pasai surat tu...I deserved it & it makes me proud..he he...

# Org hebat signature dia msti eja full name? Entahlah..Kalo nama penuh aku dieja untuk sign cantik juge..so orait bole pakai

# Cara untuk ber-TQ kpd Allah ialah dgn do something at your highest capacity, to the best

# Kalo nak maafkan org cakap kepada tuhan, nak minta maaf cakap ke org tu sendiri

# Dunia tak lengkap tanpa kita, when we born seluruh cakerawala vibrate...Ooo baru aku tahu, yang aku pernah dengar bila kita mati, helaian daun yg mewakili roh kita akan gugur

# Wanita paling cantik di usia 40, coz waktu tu inner beauty akan terserlah..Oho..aku tak cantik lagi lah ni...terima aja lah

# Tuhan bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya. Apakah ini yang dinamakan bisikan hati? atau jasad berjirim yang sentiasa mengalir dalam badan dan jiwa kita yang bertasbih atas perintahNya lalu diekspresikan dalam bentuk tindakan/usaha dll?

# Kalau tuhan nak beri kebaikan Dia akan mulakan dengan musibah. Kata Dato mari kita pakat doakan Dr. M, Pak Lah, Najib, DSAI, Hadi, dll pakat takbir raya same2 malam raya nanti kat dalam satu masjid, satu saf...tentu rahmat mencurah2 turun ke bumi Mesia...

Kalau kita renung2kan memang benar lah tantra alam..aku rasa sepanjang pengalaman hidup aku sesuku abad ni..kalo kita dibuli oleh Bos/pakwe/kawan dll yang menjadi erti yang sangat mendalam pada kehidupan kita, bila kita maafkan dia kita akan rasa senang, redha dan bahagia. Tapi kalo kita berdendam kita sengsara sepanjang hayat. Dulu bila sedih dan marah apa yang mampu aku buat ialah beristigfar dan ratib..biarpun air mata berjela dan tidur dalam esakan aku akan rasa damai yang sangat mendalam..dan rasai kasih sayang abadi dari Allah. Perasaan marah hanya membinasakan diri sendiri dan mengundang sakit jasmani dan rohani. Sekarang baru paham...

Bila org mengeji dan memburukkan aku di belakang, aku akan doakan orang itu lembut hati, dan minta agar Allah menyimbahkan sinar damai ke wajah dan peribadi aku supaya semua orang sayang dan suka aku...ayat2 seribu dinar ke jampi serapah tak penah amal.. Pernah ada orang tanya, kalo aku ni pakai ilmu apa??? aku hanya mampu tersengih, tapi dalam hati aku jawab "ada...ilmu geografi, ilmu biologi, sejarah dll.." heheh. Masa x-boss kat unit lama condem dan buli aku gila maut, bila org mengadu ke aku "ketakwarasannya" aku kata boss baik, aku kasi dia kad raya..walhasil dia belikan aku hadiah dari Cambodia, ngee..katanya dia hanya beli hadiah untuk org yang rapat ngan dier jer..heheh, aku jadik conpius..niat aku yang sebenar ialah untuk "balas dendam" dan ekpres rasa ketidakpuasan hati tapi nah...tengok, maka benarlah kata bidalan "api disiram air, padamlah ia" maknanya "org buat dajal ke kita, kita buat baik ke dia". Maka apa dia nak rasa lepas tu suketi dia lah..yang jelas dia dah rasa gumbira, coz hormon ceria dah merembas so dia senang ngan kita kan?

Setiap malam, aku akan renungkan balik segala peristiwa dan hikmah yang pernah terjadi dalam hidup..ada yang menginsafkan, mengembirakan, membanggakan dan tak kurang yang memeritkan. Tapi alhamdulillah, yang perit2 dulu telah menjadi suatu yang sangat indah kini. Apa yang menitiskan air mata dahulu, boleh mengundang ketawa kini. Kita harus memaafkan orang sebelum tidur setiap malam, ya semoga Allah memberkati hidup.. Sesungguhnya kita berubah dengan peredaran masa. InsyaAllah dari yang kurang baik kpd yang lebih baik.

Kata Dr. Fadzilah lagi, org mata besar tergolong dalam kategori "dua alam". Coz lahir antara 18-23hb bulan ganjil?? Tapi sp dua alam yang baik, bukan tak baik...nabi pun sama. Sp ni, boleh mempunyai peribadi fleksible ikut situasi. Normally, bersifat bersendiri, banyak fikir, suka dok kat rumah, kurang bersosial, lembut, sejuk bla blah..tapi dalam pada tu, senang bergaul/bercampur dgn org, cekap, cerdas, tegas bla blah...dan....so "lolong" ni...yang jadi bahan kutukan dan gelaran masa kecik ni sebenarnya punya maksud yang sangat menyenangkan...hi hi..romatis, caring, peka kepada other peoples need...muahahah sukenya dan perasannyer ..Errmm kenapa ya ramai org suka bab tilik nasib & peribadi?? Pakar motivasi memang sentiasa cakap yang baik2 dan pandai mengambil hati audience, baru jual liur namanya.

Sstgh orang mungkin pandang org2 macam aku ni beruntung dan berjaya..ada yang minta didoakan di mekah supaya anak2nya "berjaya" macam aku. Eh! Benarkah aku "berjaya"?? Kenapa aku tak pernah rasa aku berjaya?? Untuk berada di tahap ini, bukan sedikit ranjau aku dan org2 yang mungkin "berjaya" lalui..berjayakah kita kalau kita masih "menangis" merenung hakikat kelebihan dan kekurangan kita? Bila kita merasakan kita sebenarnya bukan sesiapa, kita hanya punya khudrat dan usaha, doa dan akhirnya pasrah..dengan segala keterbatasan upaya dan kebetulan? Wallahuaklam. Semoga aku tidak tergolong dari kalangan org yang lupa. Amin....

Comments

Popular posts from this blog

Only in OZ

Jelajah Blog Luar Negara

C.U.R.A.N.G