Mari Memasak
Hai...hari ini akak nak ajar puan2 masak hidangan yang menyelerakan ini..tengok dulu gambar2 di bawah tu..tergoda selera tak? Haa..akak ni sejak jauh di perantauan semakin aktif mencipta resepi2 masakan baru, jangan tak tau...Ceh! macam Chef Wan pulak lagak :)))
Ni namanya Mullet panggang...ikan Mullet ni murah jer, AUD 3 untuk 3 keping. Mula2 puan2 bolehlah perapkan kepingan ikan ni dengan garam, lada hitam, serba serbi rempah yang ada dalam lemari, mana2 sos sesedap rasa..pastu gorenglah dengan minyak yang sedikit..setelah sebelahnya berwarna kuning cantik macam kat dalam gambar tu, bolak balikkan pula di sebelah lagi. Pastu bolehlah hias dengan sayur dan apa2 yang patut...
Eh ke mana lah melebarnya dokumentari pulak akak nih..ya puan2 mari kembali memasak. Ini pula bergedil. Nampak senang tapi akak ni, kali ke 3 baru menjadi tau...resepi masing2 lah berkreatif, yang paling penting bahan utamanya kentang, daging, daun bawang, garam, sos tiram dan telur..itu ajer.
Ok puan2..ini pulak kepala Salmon masak lemak cili api daun kesum..Sedap gak ikan ni, banyak rawan dan omega 3. Pun murah juga nih..AUD 4.50 untuk 2 kepala saiz besar. Selain dimasak lemak, kepala ikan ni juga sedap dimasak kari atau kurma.
Ikan ni bukan sahaja special kerana isinya yang berwarna oren, tetapi sifat juang ikan ni di dalam kehidupannya. Setiap tahun di bulan Jun-Sept iaitu autum membawa ke winter ikan ini akan berhijrah dari lautan atlantik ke punca air terbersih di dunia di kawasan hutan Columbia iaitu tempat di mana ia dilahirkan untuk bertelur dan membiakkan generasi seterusnya.
Ia akan menempuh lautan selama 2 bulan dan menongkah arus sungai dan air terjun untuk sampai ke sungai tadi. Bayangkan kekuatan semangat dan fizikal ikan ini meredah aliran deras air terjun dan sungai2 yang mengalir ke laut. Jangan tak tau ia boleh melompat tinggi seperti manusia terjun dari bangunan 4 tingkat untuk melepasi terjunan air dari gunung.
Dalam kembara juangnya ia menghadapi musuh2 biologi iaitu beruang, helang, beburung laut dan serigala. Dalam 4 ribu yang datang, 1 ribu akan kembali ke semula ke laut. Selebihnya menjadi santapan binatang2 hutan untuk hidup sehingga autum depan, nutrien dagingnya menyuburkan pokok2 hutan Columbia dan mengaliri sungai2 seperti darah mengaliri arteri badan...sungguh kagum akak :)
Sekian dulu ya...sampai jumpa lagi di lain siaran. Cau cin cau...
Comments