Raya di Perantauan: Part 3


Dan bermulalah cerita....raya tahun ni juga agak bermakna bagi kami di Gatton. Nak tau kenapa? Sebab...MSD a.k.a attache pendidikan yang berpejabat di Sydney telah menjejakkan kaki mereka di kampung kami nan permai ini.

Kunjungan istimewa khusus buat kami komuniti kecil Malaysian Gatton. Hihi..sampai orang di main campus pun jeles nih :p. Komuniti besar di uni2 sekitar pun belum mendapat kunjungan special cenggini..Semuanya bertitik tolak dari peristiwa kerasukan (click sini)
student dari UK yang muncul sini pada bulan June yang lepas.

Memang ada hikmahnya dari kejadian itu. Kalau tak kerana itu, tiada sesiapa mengetahui kewujudan kami di daerah pertanian yang tak masuk dalam senarai weather forecast dalam siaran berita kat TV sekalipun (kecuali satu channel tu..tak ingat). Menurut fakta sejarah, student Malaysia terakhir di sini adalah pada tahun 70an. Setelah itu UQ tidak pernah menerima student dari Malaysia lagi sehinggalah kami semua muncul sejak 3 tahun yang lepas.

Walaupun tak semua dapat hadir sebab mereka turun hari Rabu (aku terpaksa excuse meeting mingguan, ohoo..tapi balik meeting lagi petangnya), ada yang hadir kelas dll...kami telah mendapat banyak info berguna. Di samping merasa diperhatikan :). Terima kasih En. Zahari et al...

Comments

DrMaya said…
Dulu meraung lah, skang tidak lagi...hehe
DrMaya said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Only in OZ

Jelajah Blog Luar Negara

C.U.R.A.N.G