Ramdhan dah nak habis, raya dah dekat....

Taun ni masuk taun ke-2 aku bakal beraya di down under. Jauh dari keluarga dan sahabat handai. Sedih tak? Mau tak sedih, tapi aku kan macho. Dah besar bagat a.k.a tua bangka mana boleh nangis dop? Malu lar..nangis sorang2 dalam hati sudah.

Dan hati aku kini dah kurang taman agaknya. Dah takde sp bunga2 cinta kelayuan lagi. Alah bisa tegal biasa kata orang. Yezzzaa...tat's me now.

http://cmuofficer.blogspot.com buat permintaan special untuk hari raya. Pun masih tak sempat aku nak layan. Soklan2 nko banyak sangat, macam nak masuk peksa. Kad raya bergambar segala. Sekarang aku pun kurang masa untuk edit dan touch up gambar hehe. Apalagi nak menjawab soklan2 nko yang sampai 10 tu.

Sangat bz nya aku, sampai bila bos cakap "thank you for your report, I belum baca...tapi I dok kata..work hard Maya!!, semoga bulan Ramadhan melipat gandakan lagi output dan ibadat". Boleh aku rasa terkecil hati sedikit. Dalam hati aku pun dok kata "boss tak sincere...belum baca dah judge dulu. I kat sini kerja kuat sampai sengal segala tulang tau...SV I pun happy ngan pencapaian I..." Padahal boleh aja aku ambik positif dan berterima kasih atas nasihat dan tanda ingatan dia :p. Mungkin musim bertelur agaknya (eh! ye tak ya..puasa aku masih penuh ngeee)..* peringatan keras kepada http://darisisigelapku.blogspot.com (gelap tang mana?): Jangan nak mereport ke boss pasal ni tau...hehehe.

Menurut akal waras ku juga, aku pun turut berbisik.."Abaikan dan buktikan saja dengan ijazah PhD nanti"..hihi InsyaAllah...semoga dipermudahkan segalanya.

Humm kad raya yer...kalau taun lepas aku kasi gambar daun maple, taun ni aku nak kasi apa yer? Musim salju baru berakhir, musim bunga baru muncul. Kaki tangan pun dah tak membeku lagi dah. Panjang sungguh musim salju taun ni. Baru semalam hidung aku berdarah serius, bila spring mula berlabuh. Semalam jugak aku challenge diri tuk minum susu. Akibatnya semalaman aku cirit..dush!

Ni cerita pasal kad raya. Dalam banyak2 kad raya, satu yang paling aku ingat. Kad raya dari ex-dia. Kad raya terbesar, terwangi yang pernah aku dapat. Aku agak dia sembur minyak wangi Enchanter. Siap ada musik..musik apa aku lupa dah. Bau minyak wangi tu pun aku dah lupa. Kalau awak baca ni, mesti awak dok sengih bangga..takpe saya dah lupa pun kat awak. Awak yang mintak sangat saya lupa. Telepati minda pun dah takde sejak tu. Okey ni cerita lama, cerita tahun 2000. Mana kad raya tu skrang pun aku tak tau.

So, hari ni kalau sebut pasal kad raya mestilah kad raya digital kat facebook. Tapi rasanya taun ni aku malas nak layan semua tu. Satu sifat mutlak aku bila sesuatu tu buat aku bersedih, bermuram durja atau lemah semangat..aku akan abaikan dari minda fikir. Macam otomatik jer punat off diaktifkan. Lebih enak lagi aku nikmati kehidupan ni sepenuhnya. Macamana nak nikmati kehidupan sepenuhnya? joli katak sana sini? tidaklah sampai tahap tu..

Jadi, apa aktiviti joli katak yang bakal kami lalui menjelang aidifitri nanti? Haa...tentunya aktiviti makan2! Aku sangat suka ini...Abg. Sham nak panggang kambing sekor dengar kata. Apa pun tungguuuu....

Comments

DrMaya said…
dah aih...makan angin jew hehe.

Ya...study Encik Hidney...apa nak buat masih taraf budak sekolah =)
shuhada said…
maya,sy xcite lah,kang slh ckp,sy maksud lain, org intepret lain, susah plak,sy pun xnak susahkan awk n diri sy sendri...btw,thanks tlg glamerkan blog sy,nak advertise ngn nuffnang pn xlayak,sbb hit xpernah cecah 20,hahahaha...
DrMaya said…
Shu..kalau nak hit banyak, tulis kot bahasa melayu. Gunakan bahasa yang mudah dan santai :)

BI pun boleh tapi kena tengok siapa tetamu kita dan guna bahasa yang mudah jugak :)