Isu Indonesia lagi...

Saya tak tahu kenapa saya banyak membaca Kompas.com sejak dua menjak ni. Saya eager nak tahu kisah tentang dalam dan luar negara. Bahkan saudara di Malaysia juga banyak tahu berita dalam negara dari saya. Bayangkan kes tembak mati depan rumah pun dia tidak tahu? Dasar mati hidup tak sedar diri.

Paper kita macam biasa, tidak akan pernah mendedahkan sesuatu berita yang boleh “mengugat” kerajaan semasa. Samada untuk menjaga kepentingan individu atau menjaga keamanan dalam negara. Atau kita sekadar tidak mempedulikan perasaan orang lain.
Selaku insan biasa, saya jarang bias dalam hal politik dan peri kemanusiaan. Saya juga tidak memihak mana2 parti politik tetapi saya cenderung memilih sesuatu yang pada perkiraan saya adalah benar dan berhak dibela. Saya kurang arif permainan politik, tetapi saya suka ambil tahu hal2 semasa yang berlaku. Saya cuma pemerhati dan penaakul. Saya juga punya nasionalisme dan cintakan tanahair saya. Ada idealisme berbunyi “politik adalah selangkah kearah kejahatan”.

Tetapi dalam kes sengketa Indo-Malaysia ni rupanya sudah lama. Sejak saya belum lahir lagi. Kemuncaknya pada Confrontation Indonesia-Malaysia pada 1963-1966. http://www.awm.gov.au/atwar/confrontation.asp . Indonesia dimaklumi sentiasa berada di pihak yang defensive bagi mempertahankan apa yang menurut mereka adalah hak mereka. Pembentukan Malaysia pada September 1963 menurut sejarah menjadi wadah British Colonial untuk mengekalkan kekuasaan mereka ke atas bekas2 tanah jajahan.

Usaha Indonesia di bawah pemerintahan Sukarno pada ketika itu dilihat menafikan tujuan tersebut. Hingga ke hari ini rakyat Indonesia tetap men-agungkan Sukarno berbanding SBY yang kurang popular dan didakwa lamban kerana kurang tegas. Rakyat Indonesia juga bangga kerana mereka memperoleh kemerdekaan dari Belanda atas pertaruhan otot dengan hanya bersenjatakan buluh runcing. Baru saya faham kenapa buluh runcing..mereka masih berpegang pada sejarah!

Membelek komen2 di Kompas.com ternyata kebanyakan mereka tetap waras dan bijak akal. Ramai yang mengajak introspeksi diri, mengajak memperkukuhkan ekonomi dan kemajuan dalam negara dari berbalah dengan Malaysia. Mereka melihat sikap bangsa Malaysia yang meng-adopt teknologi2 dan bijaksana dari luar untuk membangunkan negara adalah sikap bangsa yang ingin maju. Itu tidak saya nafikan..rangkaian landasan keretapi moden kita dibangunkan jurutera dari India, KLCC pula direka oleh jurubina Cesar Pelli dari Argentina. Sekilas contoh sahaja.

Mereka sedar kita punya dana tetapi tidak sumber daya manusia. Sebaliknya mereka punya sumber daya manusia dan kaya raya dengan sumber alam tetapi kurang dana. Kekurangan dana diakibatkan rasuah yang mendarah daging dalam jiwa aparat pejabat mereka. Rasuah juga berlaku disebabkan tekanan hidup yang kritikal. Saya tidak menafikan rasuah juga ada di negara kita. Bahkan melibatkan projek2 bernilai jutaan! Konkongan hidup di Indonesia juga bertitik tolak dari hutang yang berjumlah besar dengan bank dunia tetapi tidak mampu dibayar.

Jadi tidak hairan kalau mereka sangat “rugged” dalam mencari pendapatan. Sangat survival dalam bertarung nasib dan sangat ekstrim dalam mempertahankan hak mereka. Bukan salah mereka, kerana mereka berada di pihak yang tertekan. Jadi apakah salah kita kerana sudah selesa maka kita memandang enteng tentangan dan tuntutan mereka? Bukan tanggungjawab kita atas sedikit terkebelakangnya mereka. Tetapi ya, saya tetap kasihan pada mereka.
Bilangan doctorate mereka jauh lebih tinggi, bilangan balai2 penelitian mereka lebih banyak dan progresif. Saya punya sahabat terakrab orang sana. Ketua sebuah balai penelitian. Sahabat ini banyak menyokong saya dalam banyak hal. Beliau juga banyak membimbing saya secara spiritual. Sehingga saya menjadi seorang yang “easy going” dalam banyak perkara.

Saya pernah bertanya kemana perginya kebijakan mereka? Kenapa tidak membangun kekayaan negara? Jawabnya insentif mereka terlalu rendah! Gaji pokok peneliti (pegawai penyelidik) pangkat ketua balai (stesen penyelidikan) cuma sekitar IDR 6 juta (RM3K). RM3K cuma setaraf gaji pokok pegawai penyelidik gred Q41 di Malaysia! Bukan materi yang dipertaruhkan tetapi mereka juga insan yang perlu meneruskan kehidupan, memberi penghidupan pada keluarga.

Mereka juga menjana pendapatan balai penelitian dengan aktiviti huluan dan hiliran mereka sendiri! Tiada dana dari kerajaan seperti kita. Pendapatan yang dijana sendiri itu juga digunakan untuk membayar gaji peneliti dan staff2 lainnya. Pendapatan itu juga untuk mengerakkan aktiviti research. Sungguh saya simpati dan kasihan pada mereka. Saya Cuma mampu berkata “tidak apalah, yang penting niat kita untuk berbakti...jadikan itu ibadat”. Jadi beliau juga cuma mampu membalas “Iyalah....”. Saya turut merasa simpati apabila ada antara junior di sana yang bertanya “bagaimana caranya supaya dapat belajar ke Australia seperti saya?”.

Lebihnya kita membuka mata hati saya, supaya bersyukur dengan rezeki yang ada. Bila terjadi sengketa antara kedua negara, sahabat baik saya tadi yang akan saya tanyakan dahulu. Bukan berpihak kepada mereka. Tetapi rasa simpati dan kesedaran sebagai saudara seislam yang memacu saya untuk bertanya khabar.

Nota:

Sebenarnya demo ganyang Malaysia masih berlangsung di sana!

Comments

Anonymous said…
aku bz lah...mikir kijo d jabat nuh...doh ore keno tembok...mati keras lah!!..wat gapo duk tgk ore mati tepi jale..abis jam jale.
DrMaya said…
ya setuju Hidney...Indo mampu bina pesawat yer? hihi saya tak tau ni..jadi kenapa garuda selalu jatuh :p

mmg kita pun kena terima hakikat kita kadang2 suka juga mengambil "budaya" mereka macam lagu etc...tapi bukan salah ibu mengandung kalau kita sebenarnya berasal dari jalur keturunan yang sama.

Ya betul, mmg banyak yang taksub dan ekstrim. Sebab mereka susah kot kan?

Popular posts from this blog

Only in OZ

Jelajah Blog Luar Negara

C.U.R.A.N.G