Alhamdulillah
Akhirnya jenazah Pak Sasa selamat diurus pada hari kemarin dulu..terlalu sibuk di makmal berkerja 10 jam sehari plus kerja2 menulis pula pada malam hari buat aku tak sempat ikut serta bagi memberikan support ke Risma. Alhamdulillah malam kemarin dulu baca Yassin selepas majlis buka puasa di rumah Budi, malam tadi bacaan doa dan Yassin di rumah Risma pula..akhirnya pecal dimasak juga (terima kasih banyak2 ke ibunya Risma). Tak sampai hati melupakan janji agaknya. Apa pun "Maya tak kisah..." :p lagipun tak bagus makan di rumah si mati. Tapi semalam kira dimaafkan sebab kebiasaan kami di sini selalu bawak masakan masing2 bagi menambah menu tuan rumah. Melainkan malam tadi aku tak sempat masak apa2 sb habis lab pukul 6 pm.
Jenazah sebenarnya dimandikan di hospital, di tempat dan di dalam bilik di mana kami menziarah pada hari ke-2. Menurut Risma, pihak hospital menyediakan semua kemudahan termasuk tadahan air, sabun, tuala dll. Acara mengafan jenazah juga dibuat di situ. Solat jenazah juga di situ di bilik berkarpet. Alhamdulillah walaupun bukan muslim mereka menghormati dan memberikan kemudahan apa sahaja yang diperlukan. Semuanya percuma.
Sekarang jenazah berada di Funeral Centre di Brisbane dan akan diterbangkan pulang pada hari Jumaat ini insyaAllah. Risma sekeluarga juga akan pulang mengiringi. Semoga roh Pak Sasa ditempatkan bersama orang yang beriman dan dimasukkan ke dalam syurga, amin.....

Comments