Al-Fatihah

Waktu berbuka puasa kemarin my housemate gitau Risma ngajak berbuka puasa di rumah malam besok (mlm karang), kerana ibunya mau masakan pecal untuk kami (hatiku merasa kurang senang kerana pecal itu aku yg minta, tapi sebenarnya aku cuma bergurau dgn ibunya)...setelah berbuka Budi pula menjemput berbuka nasik lemak di rumahnya, dan sejurus selepas itu Anjas pula menghantar sms ngajak berbuka nasik kerabu biru di Skinner St..waahhh aku merasa sangat senang nih. Nampaknya semua idamanku bakal terhidang buat iftar besok :)

Tiba-tiba, selepas beberapa minit azan isyak berkumandang di laptopku..my housemate Zai memanggil2 dgn cemas dari luar bilik, menerpa bilikku dan gitau ayahnya Risma sakit. Lalu aku terus capai sweater dan mengenakan tudung dan kami terus bergegas ke rumah no. 23.

Sesampai saja aku nampak Pak Sarifuddin terbaring kaku di katil. Pucat, matanya terbuka sedikit, tangan dah disilangkan ke perut dan dadanya tiada ombak pernafasan langsung. Dalam hati aku berbisik "sepertinya bapak ini sudah tiada nih"..Risma dan ibunya sekejap2 menangis, mereka buntu dan mati akal. Dalam tergesa2 itu Zai dan mbak Purwati yg sudah sedia datng terlebih dahulu terus ke klinik di Gatton. Aku terus ke kamar mandi dan mengambil wudhu. Mau bacakan surah Yassin.

Dalam setengah jam kemudian security datang bersama paramedik on call. Mereka memberikan CPR kepada Pak Sarifuddin. Tekanan mereka ke jantung Pak Sarifuddin sangat kuat dan keras, aku merasa ngeri pula, pasalnya bapak itu kurus saja. Tambah perutnya membusung gara2 pembengkakan pankreasnya yang sudah tidak berfungsi. Bapak ini sakitnya agak kronik kerana dia ada leukimia juga. Baru sampai di Gatton dalam 3 minggu. Hajat anaknya Risma mau terapi untuk kesembuhannya..untuk makan yang bagus2 di sini, merehatkan fikiran dan sebagainya.

Hampir sejam mereka bertungkus lumus merangsang jantung dan diberi suntikan drug dengan bantuan pasukan paramedik dari Queensland seramai 3 org yang baru datang. Tiada response dan akhirnya Risma dipanggil dan diberitahu yang segala usaha tidak berjaya dan nasihati Risma dan keluarga untuk melepaskan bapak dgn rela hati..Risma meluru ke bilik ke arah ibunya yang sedang mendukung Aquila (2 yrs old) yang waktu itu ditemani aku. Risma terkulai jatuh dan ibunya menangis memanggil nama Pak Sarifuddin...sayunya aku. Apa yang mampu aku buat cuma memeluk dan menenangkan ibunya saja.

Maka inilah pertama kali aku ikut membantu "mengurus" kematian tanpa kehadiran org2 tua. Kawan-kawan muslim dari Malaysia, Indonesia, Pakistan, dan Egypt serta presiden GISA juga ada bersama malam tadi. Semua datang menghadiahkan bacaan Yassin. Malam tadi apa yang dapat aku tolong cuma menyelimuti mayat dengan kain pelikat dan masakkan sahur buat mereka sekeluarga. Setelah kematian, paramedik membantu memanggil polis untuk urusan selanjutnya. Dapatlah belajar prosedur2 mengurus kematian di luar negara. Presiden GISA juga turut menguruskan kutipan derma kilat.

Pasukan paramedik bertanya bagaimana pihak keluarga mau menguruskannya. Setelah dijelaskan serba ringkas urusan mayat secara islam, mereka menyerahkan untuk pertimbangan keluarga. Kami ikut membantu menghubungi Pertubuhan Islam di Queensland tapi nombor telefon di website semua tidak aktif atau salah. Sulit juga. Ada yang menelefon kawan2 dari Toowoomba dan Brisbane bertanyakan imam yang dapat membantu menguruskan mayat. Maklum kami semua walaupun cukup dewasa tapi belum cukup pengalaman dalam hal2 seumpamanya.

Alhamdulillah setelah semua jalan buntu tidak dapat menghubungi pihak pertubuhan islam, akhirnya kawan dari Egypt memberitahu kawan mereka dari Pertubuhan Islam di Brisbane boleh datang segera. Kawan2 dari Indonesia juga sudah dapat menghubungi ustaz di Toowoomba. Akhirnya setelah urusan insurance (bapak ini dicover insurance lawatannya), dan yang lain2 selesai akhirnya kata putus dicapai untuk menghantar jenazah ke hospital Toowoomba untuk dapatkan sijil pengesahan kematian. Yang bagusnya di sini perkhidmatan penghantaran ke sana percuma kerana polis telah membantu mendapatkan kenderaan Gatton Community. Tergantung keluarga juga untuk post-mortem atau tidak. Mahu dikebumikan di sini atau dihantar pulang. Tapi kebanyakkan keluarga mahu jenazah dihantar pulang ke Daerah asal Pak Sarifuddin, Bandung...sekarang tergantung kosnya dulu.

Kasihan Risma, menelefon sana sini memberitahu adik beradik dan sanak saudaranya di Makasar. Setiap telefon saja menangis. Begitu juga suami dan ibu. Ibu asyik bercerita detik2 sebelum kematian Pak Sarifuddin. Katanya sesudah buka puasa dan diberi minum jus beet root mereka solat berjemaah bersama. Sesudah itu, ibu beritahu yang besok malam mahu ajak kami (zai, aku dan Puan) berbuka bersama, kasihan anak2 itu mereka juga sendirian di sini jauh dari emak ayah...ibu mau masak pecal kerana Maya mau makan :,(.. aduhai (aku sebenarnya bergurau saja). Ibu sudah anggap anak2 semua seperti anak2 ibu juga...beritahu dia kepada suaminya. Pak Sarifuddin setuju saja. Kemudian minta untuk tengok berita di internet kerana beberapa hari lepas ada gempa kuat di Jakarta. Ibu keluar bilik memanggil menantunya untuk bawakan laptop, bila kembali Pak Sarifuddin sudah terkulai di kerusi..ibu menjerit2 memanggil Risma dan menantunya, Risma menelefon zai sambil menanggis2....

Sekarang jenazah Pak Sarifuddin masih di hospital Toowoomba...
Mari kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham Pak Sarifuddin. Semoga rohnya damai di sana. Alhamdulillah Allahyarham meninggal di malam ke-15 Ramdhan. Meninggalnya juga senang dan tenang, walaupun di negara orang dan tanpa sanak saudara yang lain...al-Fatihah

Comments

[danial][ma] said…
hej! maya...my deepest condolences to your friend and her mom...may her father rest in peace...

Popular posts from this blog

Only in OZ

Jelajah Blog Luar Negara

C.U.R.A.N.G