Hari ke-2

Tengahari kemarin aku, Zai dan Puan membantu menghantar dan menemani Risma dan keluarga ke Hospital Toowoomba untuk ziarah jenazah Pak Sasa (nama panggilan Pak Sarifuddin). Risma, ibu dan Aquila dibawa dengan kereta Zai manakala Puan dan Yusuff (suami Risma) dengan keretaku. Hampir sejam menunggu sebelum dibenarkan masuk menjenguk jenazah, ibu sekejap2 menangis...aku merasa simpati terhadapnya lalu aku terkenangkan ibuku sendiri. Bagaimana ya keadaan ma 24 tahun yang lalu sewaktu kematian abah? Aku tak ingat detik itu kerana aku masih kecil.

Aku juga teringat cerita ibunya Risma sewaktu malam kematian.."waktu ibu tinggal berdua sama bapak, Risma bertiga keluar...ibu bilang ke bapak, aduh sunyi sekali pak...beginilah kita nanti di Makasar setelah tiada Aquila. Kita tinggal berdua aja nanti"..Nampaknya sekarang ibu bersendiri. Waktu berjalan aku lihat susuk ibu ini agak kecil, aku lihat kedut2 yang baru muncul di wajahnya. Aku kira umurnya hampir sebaya ibuku. Arwah Pak Sasa 61 tahun.

Dalam kurang lebih jam 3.45pm dua orang wanita OZ keluar. Pegawai khidmat masyarakat (lebih kurang begitulah) dan sorang lagi aku tak pasti. Mereka memberitahu bahawa sekarang kami boleh masuk. "We are allow too?" tanyaku memandangkan kami hanya kawan. Di dalam bilik mayat (jenazah Pak sasa diletakkan atas pelantar separas dada di dalam bilik yang berkeadaan baik dan selesa seperti wad kelas pertama di hospital kerajaan di Malaysia), mereka membenarkan apa sahaja hajat keluarga. Risma dan ibunya membacakan Yassin, sementara Yusuff, Zai dan Aku bergantian masuk menjenguk sekejap. Risma mau Zai menolong mengambil gambarnya bersama jenazah bapanya tetapi kami melarangnya. Puan pula ada pantang menurut kepercayaan masyarakat Cina yang tidak digalakkan melihat mayat. Maka fungsi Puan hari ini menjadi translator kepada Yusuff yang tidak berapa fasih berbahasa Inggeris. Aquila pula macam faham..dia merengek2 "De de bobo" yang bermaksud "kakek sedang tidur".

Waktu pulang dari hospital jam sudah 5.15pm, perjalanan ke Gatton lebih kurang 45 minit. Sedang elok waktu berbuka. Kami singgah rumah Anjas, kerana kebetulan Anjas buat majlis iftar di rumahnya menu nasi kerabu biru. Aku menyarankan ke Zai untuk membawa keluarga ini bersama kerana sudah tidak sempat untuk menyediakan juadah berbuka lagi. Lagipun biar mereka bersama ramai2 org supaya tidak terlalu terasa kehilangan kalau mereka bersendiri sekeluarga di rumah. Setelah berbuka puasa, aku dan Puan pulang ke rumah no 20 untuk mengambil kuah kacang, rendang daging, ketupat dan puding yang dah kami masak awal2 sebelum ke hospital siang tadi. Sementara Zai ke makmal mengira koloninya.

Dalam kemeriahan kami berbuka beramai2 pelajar Malaysia Gatton, ibunya Risma sekejap2 masih menangis. Aku perhatikan dia sekejap2 termenung sambil mata memerah. Aku cukup faham perasaan kehilangan orang tersayang. Tambah lagi dia berkata "Ibu gak tau tahun ini mau beraya di mana...di Makasar atau di mana, kita beraya di sini aja sama2 ya Ima.." sambil menitiskan air mata setelah merasa ketupat, kuah kacang dan rendang. Yusuff pula cuba untuk tidur sementara menunggu. Kami pulang jam 8.30pm.

Sesuatu yang tidak beres berlaku dalam rencana urusan jenazah esok. Awalnya seperti sudah lancar segala urusan. Rencananya setelah jenazah direlease, pihak komuniti Islam USQ akan membawa jenazah ke masjid universiti untuk dimandi dan dikafankan. Tiba2 kami mendapat berita, dari ustaz bahawa ada beberapa individu tidak bersetuju jenazah di bawa masuk ke kawasan universiti. Dengan alasan yang sangat karut pada perkiraan aku. Kerana itu kawasan kediaman dan mereka tidak mahu penduduk terganggu!. Sedihnya...kenapa masyarakat Islam sendiri bersikap begini? Di negara orang dengan segala keterbatasan kenapa masih ada yang bersikap tidak bertamadun? Bagaimana kalau anda sendiri yang mati kelak? Kenapa masyarakat tempatan sudi menghulurkan segala bantuan dan kemudahan tanpa syarat? Seperti membantu penghantaran jenazah ke hospital, urusan pemeriksaan doktor, urusan mendapat sijil dari court yang semuanya percuma. Disebabkan itu, ustaz yang juga orang Indonesia mahu membawa jenazah ke rumahnya untuk dikafankan. Aku mencadangkan untuk menanyakan kebenaran pihak hospital untuk membolehkan urusan mandi jenazah di hospital. Alhamdulillah pihak hospital memberi kebenaran tanpa banyak soal.

Memandangkan sedikit urusan yang tidak lancar dan jenazah sudah masuk hari 3, aku meminta Anjas membantu membelikan kain kafan kerana kebetulan dia tahu kedai kain di kawasan ini. Anjas yang juga seperti kami, masih muda dan tiada pengalaman bertanyakan berapa meter kain untuk dibeli dan sebagainya. Aku mencadangkan menelefon orang2 tua di kampung. Sementara Zai menelefon ibunya di kampung untuk bertanyakan hal ini. Semoga urusan mandi dan kafan jenazah hari ini berjalan lancar.

Aku sempat bertanya Zai yang menjadi kawan baik Risma sejak dulu. Kemana perginya semua kawan2 senegara Risma yang ramai2 datang berbuka puasa di rumah Risma dua hari sebelum malam kematian? Bilangan mereka melebihi bilangan pelajar Malaysia di sini. Tetapi kenapa tidak muncul menghulurkan bantuan bagi urusan jenazah? Tidak ada yang bertanya apa yang diperlukan keluarga Risma. Katanya segala urusan akan ditanggung pihak insurance, tetapi mereka hanya akan mengambil jenazah yang telah dimandi dan dikafan untuk diterbangkan pulang dan urusan pengkebumian di Bandung saja. Urusan2 yang tidak kurang pentingnya di sini harus diselesaikan dulu. Jadi mana perginya mereka yang ramai pada malam berbuka tempohari?

Katanya Pak Sasa dilindungi insurance dan tuntutan sebanyak ~ USD 40 ribu telah diluluskan. Semoga hal ini juga berjalan lancar. Setakat ini keluarga Risma tidak terbeban sangat kerana masih ada kawan2 yang membantu. Bersama2 lah kita mendoakan segala yang terbaik hingga selesai pengkebumian kelak.....

Comments

Popular posts from this blog

Only in OZ

Jelajah Blog Luar Negara

C.U.R.A.N.G