My 1st Gold Coast Trip
Pepagi sedari jam 7 kemarin aku jalan kaki ke Toowong Train station (15 min). Bas mana ada lagi pepagi buta ni. Berpeluh juga tapi takper angin kuat. Tunggu Shadia dan ank sedara dia dekat 15 minit. Jam 8 lebih kami bertolak, so kami beli tiket daily AUD17.30, so tiket itu akan digunakan untuk segala transport translink sepanjang hari ini hingga habis perkhidmatan. Ni lah bagusnya OZ..kalo pakai kad student dapat konsesi 50%.. berapa kali nak turun naik bas, train or city cat terpulanglah selagi tak penat dan sebelum hari esok menjelang.
Perjalanan selama krg lbh 1 jam setelah tukar train di Roma St, kendian ke Robina tukar bas pula sampai GC. Sesampai perut dah lapar coz blum breakfast. Hi..masalah lagi, kenapa dorang makan kat restoran yg serve BB? tekak rasa loya semacam. Nasib baik tghari makan kat rest Itali yang tak serve BB...lega rasa. Order Ausie's plater 1/2 price menu dapat sekeping besar Barramundi + beberapa ketul calamari + 2 ekor udang + 2 ekor tiram + bb keping honey dew + salad. Kenyang beb sampai terpaksa tapau. Dapat buat makan untuk lunch hari esok pulak. Tapi bila aku minta chili sos aku dikasi sambal lada jeruk :(.
Bersantai kat pantai jadi dugong macam mat salleh gak lah, cuma full covered jer..he he..macam alien pulak rasa kat situ. Tengahri Ahmad kawan Shadia datang join kitorang..so stay sampai malam. Sini semayang leh jamak qasar coz jarak GC dari Brisbane ~85km. Sesudah penat lepak tengok org berdansa pula. Jam 9 lebih bergerak ke stesen bas then tukar train lagi...so sampai rumah jam 10.30pm penat nak giler. Takut gak nak tunggu bas sengsorang coz time tu dah kira larut malam kat sini. Nasib baik Shadia n Turki temankan hehehh..Alhamdulillah dapat kawan baik cenggitu, sesudah aku sampai rumah pun dia call tanya samada aku dah sampai blum :). Rupanya si Shadia ada akar umbi Malaysia. Ayah dia hijrah ke Malaysia dan jumpa mak dia yang sheikh asal Penang. Mereka ada sedara mara di M'sia dan selalu melancong ke Msia. Bahasa Melayu pun tau serba sedikit. Dia berenti kerja sebagai director nurse kat Arab Saudi untuk sambung PhD di UQ. InsyaAllah nanti ke Mekah boleh cari dia, krn katanya sedaranya ramai kat Mekah....
Comments