BBQ with ICTE's friends

Kelmarin aku gi Indooroopily umah Yazeed coz dia arranged BBQ party for frenzs in ICTE's. Dia dah perap halal meat yang dibeli di Valley tu berapa jam aku pun tak taulah. Katanya Arab's style. Well asal daging halal kira orait semualah. So untuk menambah menu aku bawa setapwer spagetty..sumer kata sedap, sedaplah gamatnyer :). So satu lagi port ditambah dalam senarai. Taderlah aku asyik ke Toowong, Hawken Dr or Brisbane City jer...Si arab Yazeed dan Naseer pulak buat aku terkojut, depa minum beer????? katanya its normal for arab's guy. Nadi awek si Yazeed dari Palestin pun terkebil2 terkojut. Dia bisik ke aku katanya dia juga heran, apasal demo ngaku islam kalo minum beer? Humm...sukatilah, apa nak dikata. Aku pulak oleh kerana tidak berapa sedap hati untuk makan daging yang dipanggang atas BBQ set kepunyaan apartment (kongsi sumer penghuni), makanya aku bungkus daging dan sosej aku dengan kertas aluminium..ha ha..Deigo (Collumbian guy) yang jd tukang bakar ari tu pelik terkulat2 kenapa aku wat lagu tu. Aku kata kat dia aku tak suka daging aku kotor kena arang pembakar tu...charcoal tak baik untuk kesihatan aku, penyebab kanser...hu hu..Aya (Japanese girl) kemudian tanya perkara yang sama, maka terpaksalah aku menjawab seadanya, coz aku suspicious BBQ tu bekas BB...Makanya daging ku yang suci itu dikongsi bersama Nadi..heheh. Kata orang, kalau kita tak nampak benda tu depan mata jangan persoalkan...makan ajer, seperti yang diberitahu Dato' Aziz kat Vietnam dulu. Apapun terserah individulah. Aku pun tak berani cakap. Si Nadi pula w/pun dah citizen OZ dan tak bertudung tapi dia masih berpegang pada norma2 islam seperti mengharamkan alkohol serta menolak budaya tinggal bersama lain jantina satu rumah sebagaimana Yazeed yang tinggal serumah dengan minah jepun. Sekitar jam 4 aku, Sophea (China), Amy (Jepun) dan Song (Korea) beransur balik..then kami ronda2 window shopping kat Indooroopily shopping complex sampai jam 5.30pm.

Pagi ni pulak aku gi balik ke Toowong untuk setup internet wireless kat Telstar. Aku dah bayar AUD 299 untuk device ni, tapi dia kasi standard plan pulak dah..kelmarin kat Indooroopily katanya harga device cuma 100++ saja, so aku amik plan 200MB dengan harga AUD 29.95 per month. Kalo nak half price plan kena jadi existed customer untuk Telstra selama 30 hari katanya, akan dapat balik rebate 299 tu..so aku bayar harga tu untuk apa sebenarnya??? kenapa kawan2 yang lain kata murah saja internet? bulan lepas aku beli 500Mb kat uni cuma bayar AUD 7 saja..jauh lebih murah! Ahhh...aku masih tak paham..apa pun satisfy ke idak aku dah bayar pun harga tu..cit!

Kendian Shadia, kawan dari Arab Saudi call ajak ke Gold Coast Sabtu ni! Muahaahha...seronoknya aku.. Makanya Sabtu ni aku akan ke Gold Coast pula....

Comments

N.C.H said…
yazeed perap daging dale beer tuh...sebab tuh sedap...hahaha
Anonymous said…
hai maya,byk gak ek dugaan kat sana:)

Popular posts from this blog

Only in OZ

Jelajah Blog Luar Negara

C.U.R.A.N.G