Kehidupan:- Aku dan tuhan

Bila kita hajatkan sesuatu dan kita sudah hampir mencapainya, tinggal kebarangkalian 0.05% di paras kejayaan kita tetap akan merasa kegagalan. Kekecewaan sukar diluahkan. Kepasrahan, akur dan menerima rezeki dan keupayaan kita seadanya adalah resepi terbaik. Bilamana kita merasa ingin berkongsi kisah dengan seseorang, tetapi dia tiada, tidak wujud atau tiba-tiba hilang dari situasi. Bagaimana? Kita akan merasa sangat kecil dan bersendiri dalam dunia ini. Kita tidak mahu lagi bercerita. Kita menyimpannya sendiri dan berbicara dengan tuhan. Tuhan...Kaulah pelindungku, Kaulah yang maha mengetahui segala sesuatu. Kita merintih padaNya sahaja. Semoga Dia memberikan kita kekuatan dan ketabahan. Kita merasa tidak bersendiri lagi. Ada tuhan sedang mendengarkan kita. Membelai dan merahmati kita dengan sifat kasihNya. Kita jadi sedar apa matlamat kita di sini. Lalu kita harus bangkit lagi. Teruskan perjuangan tanpa henti. Lupakan masalah, lupakan simpati orang lain, lupakan ranjau duri yang menanti. Kita membelah arus yang kadang deras kadang beralun kadang tenang. Kita adalah kita sendiri. Kejayaan atau kegagalan kita adalah kita yang menentukan. Bukan sesiapa. Persinggahan2 di pertengahan jalan kehidupan kita adalah ujian, adalah bonus untuk kita menjadi lebih kental. Setiap kesusahan, kesakitan, kekecewaan, kesenangan, kegembiraan dan kebahagian akan menjadi rencah yang memeriahkan lagi kehidupan. Kita tetap kita. Urusan kita dengan tuhan adalah urusan yang paling bermakna, dan kita akan merasa dekat padaNYa.

Comments

DrSam said…
Salam,

selamat menjalani hidup diperantauan, semoga demo sentiasa bahagia,sihat dan diberkati sokmo.
DrMaya said…
Timo kacih bro...

Popular posts from this blog

Only in OZ

Jelajah Blog Luar Negara

C.U.R.A.N.G