Mutiara Kata Hari ini

NASIHAT….berupa kalimah yang dapat membangun jiwa setiap insan. Kalau sahaja nasihat itu tepat dan kena. Samada tepat masa maupun situasi. Kena pada orang yang menerima dan memberi. Andaikata nasihat tersasar matlamat atau cara, ia tidak hanya menambah lara pada duka bahkan mencetus jelek dan salaherti yang membingungkan. Umpama api disimbah minyak, marak akan bertambah, kemusnahan pula muncul. Bukan hanya pada situasinya saja malah hubungan sesama insani.
Berkisah perihal nasihat, ia bervariasi cara, tempat, masa, sasaran dan tomakninah. Nasihat adakala secara lisan bahkan tauladan. Verbal secara kata lebih menjurus kepada komunikasi dua hala antara dua atau lebih pelaku. Manakala nasihat maya boleh saja secara penulisan, lukisan, puisi, sajak juga penceritaan sketsa atau filem. Justeru tauladan pula lebih membias dari pewarkahan lagenda, dongengan dan pintasan akal sedar terhadap kreadibiliti da’i atau individu-individu yang gemilang semusim hayatnya.
Nasihat adalah perlambangan peduli. Peduli kita pada orang yang kita ambil berat, yang kita akrab, yang kita sayang. Peduli orang yang sayang dan bererti dalam penghidupan kita. Bila sahaja nasihat tidak lagi menjengah tirai hidup, barangkali boleh diertikan tamatlah persaudaraan, tamatlah kasih sayang, berakhirlah cinta.
Nasihat haruslah datang dari kewibawaan peribadi, kewarasan ta’akul, kekayaan pengalaman serta bersandar pada hukum dan kepercayaan terhadap agama. Manakala nasihat dibutuhi pula oleh para pencari arah hidup, golongan yang punya masalah dan kebuntuan tentang pelbagai persoalan hidup, keliru terhadap sesuatu kerumitan serta kalangan yang tersasar selusuri jalan berliku. Alangkah manisnya andai kita lahir dalam kalangan para penasihat dan pembimbing yang beramanah.

Comments