Dewan yang Bersidang
Sidang Dewan Rakyat hari ke-2 bermula jam 10pg namun seawal jam 8pg saya sudah berada di Lobi Parlimen kerana kecepatan akibat jalan yang lengang sempena musim cuti sekolah. Setelah diberi fail oleh En. Hisham (Pegawai kementerian), saya membontoti beliau melangkah masuk ke dalam dewan yang sudah hampir dipenuhi oleh para menteri, ahli dewan, pegawai bertugas serta press. Seketika loceng dibunyikan nyaring selama kira-kira 3 minit menandakan sidang akan bermula. Di sebelah sini semua para menteri, wakil rakyat dan ahli speaker kerajaan, sementara di bahagian berhadapan, dipenuhi para wakil rakyat dari PKR, DAP dan PAS. Satu persatu pertanyaan untuk dijawab lisan dibahas, dicadang dan dipersoal sana sini. Saya merasakan inilah pertama kalinya saya bertugas ke Dewan Rakyat dalam suasana yang sangat “ceria”, berbanding tahun-tahun kebelakangan yang sering mengundang bosan dan ngantuk pegawai yang tidak berapa arif tentang teknikal undang-undang seperti saya.
Sesi pagi dimulai dengan jawaban-jawaban lisan berkenaan beberapa perkara yang dibangkitkan ahli dewan. Antara yang sempat saya turuti pagi ini ialah berkenaan campur tangan kuasa asing dalam perundangan Malaysia. Penglibatan Condoleeza Rice berkenaan pertuduhan jenayah ke atas Dato Sri Anwar Ibrahim dibentangkan oleh Menteri Luar Negeri. Beliau maklum bahawa Malaysia tidak mengalu-alukan peranan US untuk menjadi mata-mata bagi mengadili sistem perundangan Malaysia. Disahut meriah oleh YB Kinabatangan tetapi dilaung “malu” oleh pakatan rakyat. Suasana mula menjadi hangat macam pasar borong apabila ada bahasa-bahasa yang tidak indah di pendengaran bergema dalam dewan. Kemudian isu mendaulatkan Georgetown dan bangunan-bangunan bernilai sejarah di Melaka sebagai Tapak Warisan Sedunia setelah diiktiraf oleh UNESCO. Bagaimanapun, isu ini tidak menarik dibincangkan.
Selanjutnya perihal tindakan kerajaan dalam membela nasib ibu tunggal, kapasiti/kelayakan Dato Saberi Chik vs DSAI dalam forum, penurunan nilai minyak ke USD113 dan beberapa lagi yang agak mendinginkan dewan seketika. Namun begitu, dewan kembali hangat, panas dan mula berasapkan telinga saya dan lain-lain yang mendengar apabila Menteri Dalam Negeri menyebut “betul juga dakwaan pihak yang mendakwa”. Sesi tergendala selama hampir sejam akibat perbalahan adik beradik tiri dalam Dewan Rakyat. YB Azmin (Gombak), Subang, Ampang dan Seberang Perai masing-masing bangun meminta menteri menarik balik pertuduhan. Azmin bertegas seolah-olah Menteri yang menguasai polis dan sistem perundangan telah menjatuhkan pertuduhan sebelum siasatan, sedangkan siasatan masih kabur dan terus kabur. Disahut bersumpah oleh ahli-ahli BN yang lain. Kesudian untuk menarik balik kenyataan tidak berlaku sampai sudah. Gawat juga saya rasakan. Dewan gamat dengan serangan demi serangan terhadap peribadi individu bukan lagi perihal kemakmuran rakyat dan negara. Kalau begini bila sidang boleh damai? Bagaimanapun insiden tersebut sedikit sebanyak mendedahkan kewarasan akal manusia. Kalau boleh gelak kita gelak, kalau merah muka kita tumpang merah muka. Anak-anak sekolah di atas sana tersengih-sengih menyaksikan bapak-bapak pemimpin bertikam lidah tentang isu yang tidak senonoh.
Nurul Izah (Lembah Pantai) bangun mengutarakan soal tindakan kerajaan berhubung video Linggam, kerana menurutnya nyata dan jelas terdapat penglibatan tokoh BN dalam kes tersebut. Beliau disahut sinis oleh abang-abang dan ayah-ayah dari BN..kata mereka ini budak main sagu masuk parlimen. Saya turut haru mendengar “usikan” pemimpin-pemimpin senior, kata mereka keluar tajuk. Kemudian, apa yang agak menarik juga ialah berkenaan wang bantuan orang miskin oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Wah..saya jadi kagum dengan jumlah yang diberi hari ini. RM720 (S’jung), RM830 (S’wak) dan RM960 (Sabah). Zaman saya dahulu, bantuan anak yatim yang kami dapat cuma RM100 sebulan. Menjadi tugas rutin ibu saya ke JKM di bandar Pasir Mas setiap bulan untuk mengambil bantuan cuma RM100 yang pastinya jauh dari cukup untuk membeli segantang beras untuk 8 beradik. Mujur waktu tu ibu juga rajin mengerjakan sawah sekangkang kera atas tanah pawah kakaknya. Itu pun berkongsi dengan mek (kakak ibu yang paling mithali). Selainnya ibu saya banyak buat kerja-kerja tulang 4 kerat yang lain seperti motong getah (penoreh dahulu tidak sekaya penoreh sekarang), tanam jagung/keledek/ubi kayu dan anyam tikar mengkuang. Untung anak yatim, ada juga bantuan dari orang yang tidak dikenali sebanyak RM70 sebulan.
Mengenangkan kepayahan zaman kecil-kecil dulu, saya balik bercerita kepada ibu di rumah. Kata ibu saya, sekarang orang banci penerima bantuan semua ada peti ais, TV, motor dan sebagainya. Zaman kami dulu jenuh sorok kapcai tinggalan abah merata. Disebabkan saya bersekolah sesi petang masa darjah 2 maka saya juga pernah “bertugas” sebagai penyorok peti TV (sementara ibu motong getah)..di celahan batas ubi, dalam semak, dan perdu pokok kopi. Itu pun setelah dibungkus dalam guni buruk yang dah tak lalu nak disentuh, fikir saya ia tidak akan menimbulkan kecurigaan kerana orang mungkin akan menyangka itu adalah guni baja taik lembu! (begitulah kreatifnya saya waktu itu selaku budak berusia 8 tahun). Untuk tujuan apa saya disuruh sorok pun saya tak pernah tahu pada masa tu. Malah saya sempat berfantasi orang banci akan pakai alat serupa pengesan bom/gauger counter (thats why I chose a very "strategic" points). Walhal, bukan TV cantik pun, cuma TV gambar hitam putih bersaiz kurang 12 inci yang dijana pakai bateri kereta. Hujung bulan bila ibu saya dapat gaji hasil jualan getah yang dibahagi 2 dengan mek selepas dibahagi 2 dengan tokey, ibu saya akan “shopping” biskut tawar kecil dan muruku kerut tiap sekotak. Barulah anak-anak marhain ini dapat merasa “mewah”. Alhamdulillah kami tak terpaksa makan siput babi. Memikirkan betapa beruntungnya rakyat Malaysia sekarang, sehingga semua peluang pekerjaan dibolot pendatang asing ada sedikit kesal di hati saya. Kenapa dasar kerajaan tidak cukup untuk memancing rakyat tempatan merebut rezeki di tanahair sendiri? Ayuh berbalik kepada topik asal, cerita ini InsyaAllah saya akan titipkan di medium lain.
Sebelum tamat sesi pagi, Rang undang-undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008 dibahas. Dato Peter Chin membentangkan rasional pengubalan rang undang-undang yang berkenaan. Sebelum saya meninggalkan Persidangan Dewan Rakyat pagi ini, pada pendapat peribadi saya, rang undang-undang ini masih longgar dan tidak komited. Kenaf hendak dijadikan sebagai alternatif kepada tembakau untuk menjana ekonomi petani tembakau yang tidak berdaya saing. Namun dalam masa sama masih menggunapakai term “menggalakkan penghasilan daun tembakau berkualiti tinggi” untuk meningkatkan pendapatan. Sedangkan matlamat utama kenaf diperkenalkan adalah untuk memperkecilkan industri tembakau sekaligus membasmi industri rokok bilamana 90% “end product” daun tembakau adalah rokok. Melainkan kita punya visi untuk menjadikan daun tembakau sebagai medium transgenik untuk memproses bahan-bahan plastik mesra alam atau untuk tujuan farmaseutikal atau sebagainya maka wajar ia diketengahkan dan dikomersilkan. Bagaimanapun Beberapa YB dari kawasan-kawasan terlibat seorang demi seorang menyampaikan hujah kelonggaran rang undang-undang penubuhan lembaga tersebut. Sehingga bersurai perbahasan terus disambung ke sesi petang. Oleh kerana tanggungjawab telah selesai saya kemudiannya meninggalkan perkarangan Parlimen tepat jam 1 tengahari.

Comments