17th May 2010: Sea Gpysy Village

Suasana dan keadaan rumah di perkampungan bajau laut Kota Kinabalu, Sabah

Anak buah yang comel

Zanna yang suka posing

Berlarian di kawasan perkampungan atas air




Zanna yang suka posing lagi




Posing maut dari Nur Syautul Zanna...buat jari makcik lenguh



Dari KL-KK pada 17hb bersama ma yang dah tak sabar nak jumpa cucu2nya. Sib baik Sita dan Ben dah ada kereta so takyah bersesak dalam teksi or kereta kancil yang disewa lagi. Kereta satria tak buruk dan tak berapa baru...okeylah tu. Dalam perjalanan ke rumahnya di perkampungan bajau laut sana, singgah jumpa Dayang anak sulong mereka di asrama sekolah. Dah besar budak tu, lebih tinggi dari makcik dia nih.


Then gerak lagi ke kampung Sabang yang sejauh kira2 12 km, bersebelahan Universiti Malaysia Sabah. Jalan tak berturap, lecek dan lubang2 besar sana sini..terhenjut2 macam naik kereta kebal. Selalu aku gi out station naik pajero tak terasa sangat. Bersama 3 anak buah, Errizal, Zanna dan Ezzafran kami tiba kira2 jam 3 ptg.

Pertama kali menjejakkan kaki ke sini aku speechless..keadaan rumah panjang atas air, rumah kayu robek sana sini. kepadatan penduduk sangat tinggi. Anak2 kecil berlari riang di pathway papan antara 2 bajaran rumah. Rumah Sita ni conner lot :p..rumah hujung. Sib baik ada tandas/bilik air so mandi takder lah terdedah ke jiran2...huuhu...sejibik suasana rumah kampung kami masa zaman kanak2 comot dulu.



Budak2 sangat seronok makcik dan nenek datang. Zanna setiap malam tidur bersama kami. Huh kalau nak cerita keadaan sekitar memamng tak lalu. Tapi inilah dia kehidupan masyarakat bajau laut. Dulu mereka dikenali sebagai kaum nomad laut. Berpindah randah, hidup berkampung atas air, berak kencing, cari makan air lah sumbernya. Sib baik kakak aku nih rumah dia ada bekalan air bersih, ada elektrik dan siap ada internet broadband lagi :). Takder lah kekurangan segalanya coz suami dia kerja kerani di Sabah Port.



Anak2 ke sekolah naik perahu, sewa bulanan. Huumm...beginilah ceritanya. Kami tak der jalan ke mana, malas aku nak drive turun bukit tuh terhenjut2. Hari kedua jejalan ke Supermarket sebelah kampung nih. Sebenarnya berjiran dengan perkampungan ni adalah UMS, ada Tune Hotel, dan beberapa hotel 4-5* yang lain...umpama kisah antara 2 darjat pun dikatakan ya juga. Di sini masyarakat dia okey, cuma mereka perlu dididik untuk mengurus dan melupuskan sampah dengan cara yang betul. Bukan sewenang2nya dihumbangkan ke bawah rumah, yang kemudian dibawa arus laut dan mencemari pulau2 dan pantai sekitar. Selain boleh menjadi punca penyakit juga membiakkan perbagai vektor seperti tikus, lipas dan sebagainya.


Hari Ketiga kami naik bot ke Pulau Sepanggar yang berdekatan, main2 air laut, mandi manda, tangkap ikan dan cari siput. Pulau ni bukan pulau peranginan komersil, so terpaksa cari port2 yang bebas sampah untuk beriadah. Hari keempat dah malas nak kemana2...panas pun ada. Pelik, aku ingat rumah atas air sejuk, tapi rasa berlengas badan..huhu sebab masin air laut agaknya. So malam ni kami berangkat pulang ke KL lagi...selamat jumpa lagi anak2 buah ku..

Comments