16th May 2010: Aku, salasilah ku dan misterinya....

Hari ni genap 17 hari aku bercuti kat Malaysia. Kebanyakkan masa dihabiskan bersama keluarga. Celebrate mothers day and melayan anak2 buah yang sudah masuk 18 orang. Anak sendiri jer yang belum buat. Dengan bertambahnya angka tu bermakna bertambahlah modal duit raya yang wajib dilaburkan setiap tahun. Sorang2 tu pulak paling minima RM50 sorang demand..mak bapak diorang ingat mak cik bebudak tu tokey emas permata agaknya :p. So sebagai solution aku selalu hulur RM50 untuk setiap keluarga jer, means kalo dorang 3 bagi lah 3, kalo 6 bagi lah 6..haha.

Cadang nak gi Sipadan tak jadi coz tak cukup korum, takder maknanya kalo gi diving 2 orang. Then plan nak gi Taman Negara pun tak jadi, padahal sepupu dah offer package paling murah dah RM180 2D1N. Genting pun tak jadi, Langkawi pun tak jadi...hancus harapan. Alih2 aku bawak mak ke KK, biarlah dipenuhi permintaannya spy tidak terkilan ke depan hari. Sungguh happy dia sesudah aku tempah tiket, selalu tidur jam 10, malam tu tidur dekat jam doblas, kejap2 kuar bilik, kejap kuar...maklumler nak gi jumpa cucu2 nya seramai 6 org kat Sabah nun.

Huumm ni ada cerita misteri sket. Aku sendiri amat payah nak percaya benda alah ni. selalu buat dono and gelak2 kecil kalo orang cakap pasal benda ghaib dan bomoh2 tradisional nih. Sebenarnya, aku tertengok kat rancangan Al-Kuliyyah kat TV3, ustaz tu cakap kalo kita mimpi jatuh dari tempat tinggi atau mimpi ular berhati2 lah. Itu tanda2 kita terkena sihir. Wallahuaklam. Lepas tu aku naik risau. Pasalnya selama bertahun2 aku selalu mimpi ular. 1st time mimpi masa tidur dlm perjalanan pulang kg dgn ketapi waktu final year kat universiti. Rupa2 nya itu alamat aku akan jumpa x fiance. Waktu ding dong2x nak putus aku mimpi anak ular hitam asyik bergelewak kat kaki aku...sungguh merimaskan. Sesudah putus aku mimpi digigit ular senduk hitam di jari kelengkeng. Dlm mimpi tu, aku sedang tidur dgn memakai telekung semayang, then tetiba ular muncul dr bawah katil, so aku menjerit2 dan mak aku dan mcKak masuk. Aku melibas ular tu kemudian patahkan kepalanya sampai mati kojol...hambik kau mmg kojol pun jodoh aku yang tak jadi tu. Wallahuaklam.

Then lepas tu banyaklah mimpi2 camtu. setiap tahun dan setiap ketika. Kebetulan masa muda2 dulu agak ramai juga peminat...ngeh2. Tapi ular tu ada berbagai. Ada ular sawa comel, ular albino kontot dan macam2 lagilah. Kata orang kalo kita mimpi ular maknanya ada org nak masuk minang. wallahuaklam.

Sebut tentang cerita mimpi ular. Sejak aku berhijrah ke tanah down under, aku tidak lagi mengalami mimpi2 sebegitu. Tetapi ada cerita lain pula. Awalnya aku malas nak pikir sangat. Yer la kita orang sains, sukar nak ambik peduli perkara2 sebegini. Setiap kali datang bulan akan ada kesan lebam di paha ku. tak besar, kecil saja. So sempena balik nih, aku ceritalah ke mak dan kakakku. Mereka pun jadi risau. Maklum la kan, sengsorang hidup merantau ke negeri orang. Sedikit sebanyak mereka bimbangkan anak perempuan nih. Akhirnya aku dibawa berjumpa sorang makcik kat Jengka. Beliau dipanggil Wan saja. Setelah diceritakan perihal lebam, memula dia pesan ke aku, nak percaya tidak terpulang pada anaklah, anak ni belajar tinggi Wan pun cuma "melihat". Aku cuma tersenggih2x. Alhamdulillah dia kata takder apa2 yang aneh, kitaran aku baik sempurna, aku sihat. Cuma kekadang kalo stress, over tiring so akan terganggu sekali sekala. Dan itu juga sebagai penyesuaian jasmani aku di tempat asing. Then kakakku menyampuk, itu yang mimpi2 tu ceritalah. Setelah aku ceritakan, beliau pun "lihat" sekali lagi. Uniknya cara dia lihat tu, melalui doa2 dan kulit limau nipis yang dah dipesan untuk aku bawa sebelum datang.

Tetiba Wan terkejut, dia panggil mak mertua kakakku (tukang bawa). Katanya "tengok nih"..ini ada keturunan bangsawan, asal orang istana (bukan raja)...aku pun jadi terkejut monyet jugak. Pasalnya 17 tahun lepas, kakakku juga pernah di "lihat" begitu! cerita yang sama...waktu tu kakakku terkena santau. Segala barang2 tembaga dan suasa asal istana disuruh buang jejauh. tak taulah mana semua barang2 tu skang. Istana mana pun aku tak tau..yang aku tau atuk aku asal Patani, then abahku keturunan "Che" asal Tanah Merah. Mak aku cakap dah buang tak tau ke mana. Tiga tahun dia sakit, tanpa akal yang sihat dan kurus kering. Alhamdulillah akhirnya sembuh, sekarang dia dah kawen dgn sepupu kami, hidup bahagia dengan 4 orang anak. Waktu tu ular senduk selalu masuk rumah kami waktu maghrib. Sib baik kat kg kami ada orang yang pandai jinakkan ular..so dapat ditangkap dan dibuang ke sungai dengan selamatnya. Orang kata itu syaitan, ular yang menjelma tu matanya akan berkelip..tak taulah aku..wallahuaklam.

Kata Wan lagi, ular yang aku mimpikan itu bagai2. Eh betul pulak makcik nih, aku pun jadi cuak. Kata dia itu elok, tak payah risau..itu maknanya aku "dijaga". Kemana2 aku pergi ada penjaganya...hamak hai serem la pulak. Ada penjaga pulak cam citer Suri Bakawali kat TV tuh. Yang ular hitam gigit aku tu mmg tandanya berkisar soal jodoh. Kalau sihir, ularnya hitam, mata merah dan mengangakan mulut macam nak menerkam kita. Oh begitu ceritanya...kakak ku pulak tetiba cakap hampir setiap pagi bangun tidur kening dia macam diandam rapi..pulak...so kesimpulannya takder apa yang perlu dirisaukan.

Soal keturunan bangsawan tadi, menarik minat aku untuk mencari susur galur keluarga kami. Tapi susah juga. Kerana dari kedua2 belah mak dan ayah kami hanya kenal setakat atuk dan nenek sahaja. Mak kami pun tak kenal atuknya. Dari cerita2 atuk aku dulu dia berasal dari Patani. Zaman dulu2 datang berguru ke Kelantan jalan kaki meredah hutan belantara. Bekal nasi kepal dalam upih pinang. Arwah tok ayah ada mewarisi kitab lama yang dikenali sebagai kitab kuning. Arwah ada banyak ilmu, beliau boleh memagari rumah dengan doa2 hingga pagarnya dilihat orang saujana mata memandang, tak tahu mana hujungnya di atas sana. Ada penjaga rumah beliau yang kelibatnya terlihat pekerja2 nya (arwah punya kebun getah luas dan punya beberapa penoreh yang mengambil upah menoreh) seperti bayang2 orang dalam rumah apabila atuk dan nenek pulang ke rumah kami. Arwah boleh menghantar santau, boleh mengubati sawan, bisul, boleh tahu kedatangan tetamu (dulu manada telepon) dalam kira2 10 minit sebelum, dan banyak lagi yang aku tak tau. Dulu masa kecik2 aku cuma sempat belajar buat air jampi untuk rawat sakit kepala saja. Waktu dalam darjah satu gitu, smpat jugak ada beberapa pelanggan heheh..aku menolak kerana aku merasa aku budak kecik tak logik betul orang dewasa minta air tawar dari ku...org tu mohon jugak buatkan air tawar untuk rawat sakit kepalanya. Tak tau sembuh ke tak wallahuaklam..tapi kalo untuk diri sendiri aku buat juga. Sekarang ingat2 lupa dah. Tak mau amal coz bunyinya cam bahasa siam. Selebihnya aku tak tau sejarah keluargaku. Dulu aku cuma dikenali sebagai cucu tok guru di tempat kerja coz datuk dan nenek ku kedua2 belah adalah guru ngajar Al-Quran.

Berbalik cerita bangsawan tadi, aku cuba cari di internet, sib baik ada satu blog yang bercerita tentang itu di situs ini:

http://berandamadina.wordpress.com/2010/02/17/276/

Cerita tu tak lengkap, cuma ada sedikit perkaitan yang mungkin tak disengajakan. Arwah abah asal orang Tanah Merah di mana Sayyid Hussein Jamadil Kubra (Che, Wan, Tuan, Nik dan Tengku berasal dari keturuan beliau) dikatakan datang bertapa. Beliau adalah datuk kepada Wali Songo dan adiknya Adi Putera adalah guru Hang Tuah. Bukit Panau TM adalah tempat beliau berkumpul bersama Wali Songgo sebelum berdakwah ke Jawa.. Kemudiannya keturunan kami berasal dari Patani, Siam sana (awalnya Tanah Melayu sebelum tergadai ke Siam dengan cerita pokok duit emasnya yang kita belajar dlm sejarah dulu2)..Cerita Sayyid Hussein Jamadil Kubra dan Wali Songgo telah dipadamkan dalam buku2 sejarah sekolah oleh penjajah inggeris dahulu kala. Nampaknya ada misi baru dalam hidup aku. Mencari salah silah keluarga! Mungkinkah nenek moyang kami dulu2 adalah Datuk Bendahara? Sida2? Inang2? atau siapa? Dan siapakah "penjaga" aku? Mak Inang kesultanan mana? Mungkinkah arwah atuk yang banyak ilmu telah meninggalkan "penjaga" buat cucu2 nya? Ilmu atuk tidak diturunkan kepada sesiapa kecuali seorang abang sepupu yang sangat berminat dgn ilmu2 tersebut masa zaman remajanya dulu, abang ipar kakakku skarang. Tapi ilmu dia tak lengkap dan aku tak tau apa dia buat dengan kitab kuning tu.

Mungkinkah...oohh aku tidak tahu...aku ahli sains yang pertama kali mendengar perkataan jisim dan jirim (yang kita belajar dalam subjek kimia tingkatan 4) dari arwah atuk sebelum aku masuk sekolah lagi...aku ahli sains yang mula diselubungi misteri..... ;p Benarkah ada penjaga selain Rakib dan Atid? Apa pun kita harus yakin bahawa Allah adalah penjaga segalanya.

Comments