6th march 2010: Stanthorpe Carnival
Perjalanan sangat memenatkan kerana malam sebelumnya saya cuma tidur kurang lebih 3 jam..tidur terganggu dek aktiviti memasak bekal oleh ahli2 rumah yang lain. Yang bermelodikan bunyi2an ketun ketan dan pintu dapur yang dihempas2 pada jam 1pg. Di atas bas mau melelapkan mata, tetapi tidak berjaya. Di samping bas yang bergoyang2 menari2 mengikuti irama jalan yang meliuk lintuk, terdapat juga melodi suara2 kuat bersembang...aduhai....
Bagaimanapun, sesudah sampai di destinasi dituju kami bergumbira riang memetik buah2 apple, membeli jus, melawat winery dll...
Pertama kalinya berpengalaman memetik di ladang epal...bermacam apple terdapat di sini, royal gala, pink lady, red delicious, dan granny smith. Tetapi aktiviti menikmati apple sedikit terganggu dek hujan sepanjang hari. Buah2 pula dipenuhi siput babi dan tahinya..di sini anda boleh makan sebanyak mana yang mampu for FOC. Diberi sebuah beg plastik, maka petik dan pilihlah sendiri semau dan seenaknya..harga sekilo AUD 2.
Pemandangan dalam barn jus apple, summit winery (kilang memproses wine), ladang apple dan mesin lama pemprosesan wine.
Di summit winery dengan berlatar belakangkan ladang anggur. Hujan tidak bagus untuk tanaman anggur..akibatnya 2/3 hasil anggur dijangkiti kulat dan tidak dapat diproses menjadi wine.
Selepas lawatan ke ladang, kami lepak2 pula di tapak karnival melihat org2 berkostum dan pasukan pancaragam berarak..seorang ahli perarakan bertanya "what are you stupid people standing here in the rain?" saya pun mejawap " to see the stupid people in a stupid costum in the car try to attract people under the rainy day" he he..orang OZ mmg suka buat lawak bodoh dan membodohkan..tetapi mereka mesra..
Comments
plucked your own?...
dalam tak pasti lah berapa KM tapi amik masa 2 jam lebih lah sehala