19 December 2009: Berubah....
Pernahkah orang meminta anda untuk berubah? Atau apakah anda pernah meminta seseorang untuk berubah?
"BERUBAH" secara alami adalah berpindah paradigm dari sesuatu yang kurang mantap ke arah sesuatu yang lebih mantap, lebih baik, lebih sempurna. Namun "sempurna" juga tidak berada pada skala yang mampu ditakrifkan secara metrik.
Tak kala orang meminta kita untuk berubah, kita acap kali akan terfikir..kurang baik kah aku? kurang sempurna kah aku? aku telah melakukan segala-galanya yang termampu, malah aku menerima segala yang telah termaktub, namun tidak salah kalau aku masih berusaha bila mana gerak hati mengatakan bahawa aku masih mampu.
Sebaliknya pada si penyuruh. Apakah anda sendiri cukup sempurna? Besar manakah harapan anda? Apa yang pada anda seseorang itu tidak cukup sempurna, kalau anda sendiri tidak pernah mengerti hakikat manusia bukan maksum? kesempurnaan bukan asas pada satu kejayaan. ia bermula berselang seli dengan kegagalan, kelemahan, kekurangan dan kepayahan. Yang dinikmati pada akhirnya bukan kesempurnaan itu sendiri kerana sempurna juga mampu menumbuhkan kebosanan dan kelalaian. Tetapi yang dinikmati dan dihargai adalah pelajaran yang diambil dari proses untuk menjadi sempurna itu sendiri.
Yang harus berubah bukan orang lain! Tetapi diri kita sendiri. Kita yang harus berubah untuk menerima kekurangan, menerima keikhlasan orang lain, mengerti mengapa orang tetap berusaha tetapi bukan mengalah, melembutkan hati untuk menyedari sumber kesempurnaan anda adalah melalui kelemahan diri sendiri lebih2 lagi kesediaan untuk mengakui diri juga tidak sempurna

Comments