16 Dec 2009: Jejak Sahabat.........



Sekarang ni nampaknya musim menjejak sahabat. Ramai kawan2 lama bercontact kembali. Ada melalui FB dan ada melalui email. Gara2 FB kawan2 lama yang sudah terpisah berpuluh tahun sekarang berkumpul semula. Last week juga seorang sahabat lama masa 1st degree di Jabatan Genetik UKM menghantar email menjejaki situasi dan status saya sekarang..he he dia dah beranak 3..yang jelas semua kawan lama majoritinya dah beranak 3 lah :).



Semua pun minta dibuat reunion..kalau betul jadilah reunion2 itu haiii berapa majlis reunion saya perlu hadir nanti? Alhamdulillah selain berjumpa kembali sahabat2 seperjuangan masa muda remaja dulu, saya juga berjumpa kembali seorang kakak dari tanah seberang yang telah menyepi hampir 8 tahun.



Yang tidak akan pernah berjumpa kembali cuma awe2 donde lama sahaja :))). Walaupun pernah meninggalkan jejak dalam hidup, katakan tidak kepada mereka. Apa saja program berjenama ex dot.dot. tidak boleh lagi diinstall kembali atau berulang kali...membawa virus dan boleh mencelarukan memori yang sudah direformat. Sangat membuang masa dan khudrat kalau berusaha menginstall jenama ex dot.dot yang pirate, tak fix dgn sistem sedia ada blablah (entah apa merepek)





Kata saya, berkawan biar seribu...berkasih biar sejuta...sebab dalam ribuan kawan itu tetap kekal ribuan sebagai kawan. Tapi dalam sejuta kekasih payah untuk mencari cuma satu yang kekal..kecuali kalau anda berkasih dengan Allah dan Rasul-Nya......







Apa pun, yang terjadi telah pun terjadi, saya merasa bersyukur kerana sahabat2 lama saya mencari saya kembali..menjadi bukti bahawa saya ini seorang sahabat yang baik dan kesayangan ramai...heheh..sebenarnya mengutuk diri sendiri..kerana jarang cari kawan :p

Comments

Popular posts from this blog

Only in OZ

Jelajah Blog Luar Negara

C.U.R.A.N.G