13 Oct 2009: Motivation Please......

Feeling bored and eagerly need for refreshing....but how? Baru terasa sunyi dok jauh di perantauan. Tanpa family and just mingle within small group of friends :'(. Ketenangan yang dicari menjauh, kebosanan mendatang...wah3x!

Lamanya tak menulis begini...bulan depan genap setahun saya di sini, dan bulan March nanti genap setahun pengajian PhD ku..Sepanjang setahun di sini ada beberapa pengalaman yang dirasa dan dialami yang mungkin menjadi kenangan kelak..yang paling benci sekali ialah "karen". Di sini banyak karen mungkin kerana cahaya matahari yang langsung tanpa ditapis oleh awan dan kandungan kelembapan dalam udara yang di bawah 50%. Kalau memakai fabric nylon di tengahari terik, maka bersedialah untuk merasa aliran elektrik bila menyentuh besi. Tak kiralah besi tombol ke, besi pintu kereta ker apa... Kadang2 terasa sparks berpindah dari tangan ke besi :). kalo sikat rambut akan dialun melodi spark mengalir dari rambut ke sikat plastik! sangat annoying...

Yang keduanya, pengalaman hidung berdarah. Dalam musim winter saya demam selama sebulan berserta hidung berdarah dan batuk kahak berdarah. Hidung boleh berdarah sebab lapisan nipis dalam hidung kita yang kaya kapilari darah tu pecah dek kekeringan. Letak air dalam bilik tak cukup, so saya akan sumbat kapas basah malam2 masa tidur..hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri...

Ader gak yg syok kat sini...SV baik, nak makan buah melambak2 murah tu..Corelle pun murah..ngeh3x. Bahasa Inggeris? Dalam research kat sini digalakkan menggunakan bahasa yang paling mudah dan ringkas, tujuannya supaya maklumat sampai kepada para pengguna yang sah2 tak belajar tinggi cam kita, terutamanya petani...ha apa maknanya tu? Malas lah nak elaborate..

Kat Gatton ni, selain student cari librarian, librarian juga cari student!..siap datang bilik ketuk pintu tanya masalah skali sebulan :)...setiap school ada librarian memasing..so services sgtlah friendly. Err...tak taulah bila School Vet siap nanti, dah ramai student pula. Tak perlu risau pasal service librarian tu khas untuk postgrad jer :)

Sambung cerita boring...hmmm teman rakan taulan datang dan pergi..sangatlah terasa walaupun banyak kawan tapi sebenarnya sikit sahabat.

Dulu waktu buat master, kalau bosan2 lari balik kampung for refresh. Masa kerja pula bungkus kain baju ke rumah abang kakak main ngan anak2 buah. Sini nak main ngan sapa?? Harunya...ada Fatini and Qaisara tapi anak orang..:p

Balik2 Big Orange beli buah n sayur, balik2 Coles beli minyak n beras..waaa....apa nak buat..

Skang Spring...kat gatton bunga2 lambat keluar, jacaranda baru muncul...nanti saya amik gambar post kat blog neh, supaya lebih berwarna warni lagik.

Okeh nak sambung nulis....

Comments

ANjaS ASmaRa said…
Alaaa...akak anggapjer Qaisara tu mcm anak akak or anak buah akak sendiri..kalu nak beli baju-baju baru or toys utk dier, jgn segan-segan..kakakakaa. Buat mcm anak sendiri..hehehee
DrMaya said…
yer la tu...awak mmg juara mintak hadiah mengalahkan Qiasara!

Popular posts from this blog

Only in OZ

Jelajah Blog Luar Negara

C.U.R.A.N.G