Kejong
Hari ni dah masuk hari ke-4 kelas swimming di pool kat Gatton town. Cuma dengan 2 kali kelas aku dah pandai asas2 renang dan jurus2 sakti kaedah menyelamatkan diri di dalam air. 3 kali weekend lagi kompen dah boleh masuk olimpik kata instructor huhu..
Kelas renang wanita sahaja anjuran International Community Lockyer Valley ni diadakan selama 6 minggu. Yang paling bestnya free jer kelas dia, instructor pula professional dari Gold Coast sana dorang mai ajar kami, termasuklah lifeguard GC.
Kelas ni bukan sekadar belajar berenang. Kami turut diajar camana kaedah mengapungkan diri di paras air yang dalam, camana nak apungkan diri andai diserang shark *maklum kat OZ ni kejadian serangan shark sgt biasa berlaku ya adik2 kakak2 sekalian.
Selain tu kami juga diajar camana nak tahan nafas dalam air tanpa tertelan air ke mulut atawa hidung kita. Camner renang ala2 itik atau dolphin etc.
Pendekata, aku yang sebelum ni amat liat kalau kengkawan ajak berendam kat pool sana, sekarang sangat teruja tiap kali weekend datang..hihi. Sebabnya selain jadi pandai berenang aku juga dapat menimba banyak ilmu menyelamatkan diri dalam air.
Dengan itu juga segala otot leher, lengan dan paha aku dah jadi kejong hari ni..hiks
Kelas ni mungkin rentetan dari peristiwa banjir gadang tempohari. Dan lagi, kalau dah jadi OZ wajib pandai berenang ya kengkawan. Sebab aktiviti pantai adalah merupakan aktiviti paling popular kat sini.
Wah!! ini yang buat tak sabar nak menyambung aktiviti seperti di bawah lagi :))
Comments