RAYA KORBAN

Alhamdulillah...esok seluruh umat Islam bakal merayakan Eidul Adha. Selamat berkorban kepada semua, jangan dilupakan golongan yang memerlukan.


Ni lah kengkawan saya di Gatton...ada bb org tak hadir kerana terpaksa bertugas di luar daerah i.e. En Anjas Asmara dan En. Iswan Budi & isteri


Dah setahun saya di bumi down under ni..hari2 semakin sibuk hingga tak sempat nak update/organize blog lagi. Janji nak upload gambar2 juga tak tertunai.



Antara juadah raya kami yang serba sederhana...

Teringat raya haji tahun lepas..tak pernah nangis pada hari raya selama ni kecuali masa dengar alunan takbir bila memori melayang teringatkan arwah abah dan tok ayah. Tapi taun lepas, di detik dan saat ini saya menangis..bukan sebab muhasabah golongan yang sedang kepayahan, tetapi kerana pertama kali terdampar seorang diri jauh dari keluarga, teman rakan taulan...uh uh sungguh lonely saat iteww...Mujur ada seorang sahabat dekat yang sudi melayan blues anak rantau ini di ketika itu.


Tapi kini alhamdulillah saya dikelilingi ramai sahabat2 seperjuangan yang berteman rapat dan akrab layaknya sebuah keluarga besar di pekan terpencil bernama Gatton.

SELAMAT MENYAMBUT EID UL ADHA

Comments

Popular posts from this blog

Only in OZ

Jelajah Blog Luar Negara

C.U.R.A.N.G