Beautiful Gatton

Tersebutlah kisah 3 sahabat, pagi2 jam 8 mengatur langkah keluar dari rumah di Taman Gatton Jaya. 3 sahabat singgah di rumah kaca dan Zai menyiram Cucurbitnya yang cuma 20 pot. Mereka kemudian meneruskan langkah melewati kawasan pembinaan bangunan baru School Vet. Tiba-tiba mereka terjumpa sepohon pokok acacia yang sedang berbunga lebat, sangat cantik kuning emas warnanya. Tetapi camera tidak dibawa pula. Tunggu hari lain lah. 3 sahabat terus mengorak langkah ke post harvest lab, bagi menemani aku (salah sorang) menyiram pokok acacia yang ku tanam. 20 pokok kesemuanya. 1 pokok telah patah dan hampir mati. Gara-gara dimakan dan digigit arnab liar yang warna perang dan lari macam pelesit bila nampak orang.


Perjalanan hampir 1/2 jam. Sambil berjalan mereka cabut dan cium rerumput yang ditanam bagai padi. Luas saujana mata. Hay namanya si rumput. Kelak akan dituai, dikering dan digulung untuk menjadi makanan binatang-binatang ternakan bergelar herbivor (lembu/kuda/lembu susu/kambing etc). Di tengah perjalanan mereka menemui sepohon pokok gondol tidak berdaun.
buah-buah kecil dan keras macam batu memenuhi segenap julai dan ranting. Pokok apa ke nama tidaklah hamba tau.


Sahabat bertiga meneruskan langkah mereka. Bangunan Postharvest dah nampak di depan mata. Tiba-tiba mereka terpesona dengan sebatang pokok unik.
Pokok ini digelar Bottle Tree, yang wujudnya cuma di negara "duduk bawah" ini. Hingga Singapura sanggup berlayarkan sipokok senilai AUD2000 sebatang ini. Itulah istimewanya si pokok.


Setelah berbagai sudut dan sisi digayakan bersama si pokok, 3 sahabat berjalan lagi barang seminit. Lalu mereka mengisi baldi siram pekenama spesifik hamba juga tidaklah arif. Pokok-pokok acacia aku siram sampai habis. Sudahlah berit pertumbuhan juga terbantut. Gara-gara winter mungkin fotosintesis terencat. Aku agak mungkin akibat penutupan stomata yang mengurangkan respirasi untuk menghindar dehidrasi. Maklum saja udara sini keringnya usah dinafi.

Selesai menyiram, 3 sahabat ambil jalan pintas. Hajat nak petik Nona yang dikenal Kastad Epal. Banyak sungguh nona-nona yang dipetik. Hingga aku terpaksa ciluk plastik Jiping. Biar Jiping mencari aku tidaklah hairan. 2 sahabat sungguh asyik sekali. Bila aku tiba mereka sedang riang-ria bermain bunga-bunga warna pink dan putih. Pokok ini kenit saja. tiada daun cuma ranting dan bunga. Dari buahnya kenal lah aku. Rupa-rupanya nectarin kesukaan aku juga.
Aku dan pokok nectarin




Nectarin Blossom I



Nectarin Blossom II




Model Nectarin




Kudup Nectarin


Puas bergaya nectarin 3 sahabat asyik pula pulun buahnya. Buah sangatlah banyak sepokok sahaja tidak nampak daun atau bunga. Cuma buah, sekadar buah semata-mata.



















Puas possing, petik, panjat, makan dan punggah buah nectrin 3 sahabat bertemu pula pepohon limau mandarin dan lokam. Sungguh lebat buahnya menguning comel. Tidak melepaskan peluang 3 sahabat pun punggah limau juga.

Plastik sudah penuh, sudah terberanak dan meneraburkan nona-nona, 3 sahabat pungut juga limau. Tak boleh lepas nih. Sedap manis juga.

Sesudah puas melayani buah dan bunga-bunga, 3 sahabat meneruskan adventure mereka lagi. Separuh jalan 3 sahabat ternampak pohon-pohon bunga matahari yang sudah panen. Warna tidak indah tapi biji tetap ada untuk diketik-ketik para 3 sahabat. Tak lah sesedap mana, kuaci mentah kena panggang dulu baru enak makan sambil tengok TV. Sambil berebut dengan burung 3 sahabat ambil pula kuntum-kuntum matahari, seorang satu untuk ditanam di laman rumah lah kononnya.

Habis memetik, 3 sahabat berjalan pulang. Meredah padang ladang yang kering kontang. Matahari terik di atas ubun-ubun, keringat masam pun menceceh sana sini. Maklum belum mandi pagi, pecah sudah rahsia alam. 3 sahabat cari jalan pulang tapi asyik jumpa pagar kawat di mana-mana. Kona sana kona sini sambil kejar arnab liar. Hati-hati sekali jangan terpijak Brown snake. Kalau tergigit malang maut lah penamatnya.

3 sahabat terus terperangkap umpama siri Prison Break. Masuk pagar, susur pagar, lompat pagar tetap tak jumpa jalan keluar. Kalau nampak pak Guard 3 sahabat pastilah tak tau nak jawab apa. Bukti buah berkarung dipeluk sorang-sorang. Tercicir sana tercicir sini kutip juga. 3 sahabat terjumpa kolam cantik. Di kelilingi pokok teduh tempat beburung mandi manda.

Kerana letih, 3 sahabat mau berpiknik barang sebentar. Sambil makan buah. Zai dah pun menhenyak kan punggungnya, aku ternampak tahi hijau dan masih basah. Untung saja aku ni cerewet kebersihan dan para serangga kecil. Punggung Zai dah tercop tahi hijau aku dan Puan hanya mampu ketawa berdekah-dekah. Kerana tidak jadi piknik dan tidak jumpa pintu keluar 3 sahabat kembali semula ke lubang pangar yang tembus tadi. Merangkak keluar tak ubah macam askar. Menyusur pagar lagi 3 sahabat nampak gayanya. Jalan luar pagar pula penuh onak duri dan reba. Di depan sana mereka ternampak pintu, rendah saja lompat pun lepas. Baru nak lompat, Puan dah dapat buka pintunya. Rupanya pintu pagar tidaklah berkunci.

Selamatlah sudah 3 sahabat. Berjalan lagi dalam 3 km. Duduk berehat sebentar di kerusi kayu bawah pokok rimbun. Datang pakcik setengah baya berkereta biru. Ditegur dalam bahasa melayu orangnya Cina. Rupanya melawat anak orang Singapura. 2 limau dan 1 nona kami hulurkan tanda berbudi. Penat lelah plastik pun dah pecah. Singgah Hall ambil bag pula.Siapa punya tidaklah gua kesah. Di sisi asrama ada sepohon betik berbuah lebat. Petik betik pula kami 3 sahabat. Sebijik sorang lagi tuh. Sesudah petik, sudah-sudahlah tu. Nak jalan terus nampak pula Joe dan aweknya tengah tilik-tilik kereta. Bukan apa, takut dia pelik karang apa budak 3 ekor ni buat hujung-hujung minggu. Kona cari jalan lain rentas taman dan hutan. Terserempat belibis sekeluarga bersama 5 anak kecil kiut. Rentas rumput panjang paras betis. Bau kurang enak pun menyapa lubang hidung. Bau apa lagi kalau bukan kandang babi. Busuk yang alam payah nak bayang. Dekat lagi nak sampai rumah. 3 sahabat rentas padang lagi cari shortcut. Akhirnya jam 11. 30, 3 sahabat jejaklah kaki depan rumah. Hari ini 3 sahabat berkerja sungguh kuat, dari pagi sampai zohor...

Sekian al-kisah ceritera 3 sahabat....

Comments

salam, waa, comey
dah sihat ko demam?
wish u get well soon.
DrMaya said…
belum sihat...doctor kata mungkin swine flu mungkin tak. Disuruh juga keep distance dgn org lain..harap2 sok lusa keboh la demen nih

Popular posts from this blog

Only in OZ

Jelajah Blog Luar Negara

C.U.R.A.N.G