Memoirs in Bali

Day 1:

Take off by 9.30am from LCCT. Kos trip ni plus hotel RM590/2 pax..berbaloi dari 25-28hb. Sesampai di Denpasar, porter tak kejar kami coz pakai tudung i.e ala2 muslimah setempat. Lama beratur di check out pasalnya sepasang mat salleh tawar menawar tuk bw liqour masuk. Claim 1L tapi bw 4 botol, mana tak haru? Last sekali dia kasi "present" 1 botol ke peg custom tu, lepaslah...kami pun tak jenuh tunggu kat belakang dia :). Hotel&Resort Puri Dewa Bharata yang kami stay tu aku tak tau berapa * tapi besar dan selesa.


Seluruh bandar banyak sculpture dan objek2 unik

Hotel Puri Dewa Bharata












Sebaik hantar barang ke bilik dan solat kami take tour by foot ke pekan Seminyak sampai petang. Jenuh cari restoran halal u lunch akhirnya jumpa gerai nasi padang. Tour hari 1st buat aku pening coz rata2 berhala sana sini dengan payung kuning (mcm Ayah Pin pun ada) & tahi anjing merata2..




Malam study pamphlet yg dikumpul dr airport siang tadi. We decided to rent a car with driver. kalo amik ngan hotel agak mahal IDR550K utk 8 hrs. So kami cari sendiri dpt yang serendah IDR350K sekali dgn driver 10 hrs, free & easy. Maknanya destinasi kami tetapkan sendiri. Kalo sewa mobil drive sendiri leh dpt serendah IRD150K/day..kalo tau jalan boleh...

Day 2:

Jam 9pg bapak supir jemput di hotel. Pak Dewa org Bali beragama Hindu. So destinasi kami yang pertama ialah water sport kat Pantai Nusa II. Survey sana sini, bincang sikit sebanyak akhirnya kami tempah diving plus foto. Kos dia RM224/2 pax (termasuk foto & video). Bagi aku murah. Kat Tioman tempohari RM1K kalo amatur tanpa lesen.
Tapi sebenarnya cuma aktiviti fish feeding kat dasar laut...tak gerak jauh pun.



Ni kumpulan penyelam amatur yang bergaya







Diving la...seronok tu

Habis diving ~ 1 jam, kami gerak ge Tanah Lot. Dalam perjalanan lewat Ubud, Monkey forest, perkampungan Bali, sawah2 padi dll..tak payah singgah semua, coz kat sini destinasi commercial so sumer berbayar. Lagipun tengok sambil lalu pun dah cukup. Kami cuma singgah di kilang silver dan lukisan. Aku beli cincin (IDR120K) dan sepasang subang (IDR180K) serta 2 buah lukisan (AUD104). Nasib baik dlm beg ada currency AUD untung RM8.50. Kalo pakai credit card kena charge lg 3% rugi RM7.50..IDR pula tggl 600K nak simpan untuk belanja makan minum tgh jalan.





kalo tak kerana d'scientist pesan aku tak singgah kat galeri lukisan nih :)..paling murah lukisan IDR400K (saiz cenonek)...bagi aku mahal tuu...


Sampai Tanah Lot dah sekitar jam 6pm..tunggu sunset sampai jam 7 lebih. Kat sini tak susah cari surau rupanya, coz kita blh jamak qasar kat Ubud. Pass masuk dpt local price sbnya Pak Dewa nyamarkan kami org Medan heh heh.






Pemandangan kat sini cantik gila maut, ramai pelancong dari barat, local, Cina dan Jepun. Sempat menikmati dinner ala2 romantis kat situ dgn iringan group nyanyi lagi. Kos dinner agak mahal IDR670K/2 pax..kira2 RM80 sekepala. Ajak pak supir makan sekali. Kang pengsan supir aku, camana nak balik Seminyak? Muahaha...Awalnya dia tolak dgn segan silunya. Mungkin polisi kerjanya, atau mungkin dia reluctant coz kemahalan makanan kat situ..dia ngaku alergi, so cuma makan nasi dgn sayur kangkung. Nak paksa makan lauk tak buleh lah pulak, dah kata alergi. Tak tau aku betul ke idak. So kami amik hidangan siakap bakar, udang dan clamp bakar, ketam masak merah, sayur kangkung goreng, sup dan mix juice. Malangnye camera kehabisan bateri tak dpt snap gambar makanan tu..hu hu!


Kalo honeymoon kat sini, kritikal romantis nih...


Alkisah perjalanan kami dah sampai 12 jam, so extra charge IDR40K/hr..tambah lagi IDR80K plus tips uth Pak Dewa sikit. Kami sampai hotel kurang lebih jam 9pm. Puas hati jalan nih.

Day 3:

Hari last sambung jejalan sekitar pekan Seminyak utk beli survenir. Kali ni ke arah selatan pula. Rupanya kat sini belah utaranyanya majoriti Hindu dan belah selatan majoriti muslim. Baru jumpa banyak restoran halal. Tapi hakikatnya belah utara lebih maju coz banyak international restoran dan hotel serta resort2 5* kat sana. Penat jejalan, lps lunch kami sewa motor IDR50K/day. So dari hotel terus ke barat menuju pantai Seminyak. Kat sini kami spend masa ~2jam..skodeng bule2 berjemur heheh..tgk org surfing sambil kutip remis (apahal datang jejauh cari remis????)




Penat kat pantai kami gerak ke bandar Denpasar. Nak cari gedung branded yang nampak 1st day hari tu, tapi end up dengan masuk Galeria pulak...luas juga gedung beli belah ni, ala2 mutiara Damansaranyer area gitu..high class jugalah. Barang2 pun lumayan mahal. Kesimpulannya Bali bukan tmpat utk shopping tapi tempat utk libur dan enjoy the nature. Kami sempat beli sport shoes 80% less...mmg murah.


Jaki Jipang Seminyak Pulau Bali.....

Perjalanan balik ke hotel makan masa hampir 2 jam..kami sesat! sebab tak cam simpang masuk ke Seminyak, Seminyak pula luas dgn jalan2 yang bercabang sana sini. Hampir sama jer sumer. Deretan kedai memanjang. Kaki tangan dah naik lenguh, janji ngan mamat Roy (Org Perbadanan N. Selangor) tuk dinner jam 7pm, kul 7.45 baru sampai hotel..muahahaa!! Suasana dah gelap amat, dah masuk isyak pun..rabun malam lagi, tak jumpa cari jalan pulang hi hi..

So jam 8.30pm kuar ngan mamat tu dinner ke restoran seafood. Mahal juga nih, makan 3 gulung smoke salmon, 3 keping pan cake bersaiz duit samah, and cheese sos dah IDR45K. Baik aku makan nasi padang...hik hik, tak kenyang langsung! Org tu dah sewa van sepanjang hari & malam ajak makan bersama...nak tolak kesian pula :p..ajak lagi double seating, sorry yer...kami capek, besok jam 3.30am dah kena berangkat ke airport..Banyak tempat yg tak sempat lawat, maybe next time bleh spent time lama skit so bleh cover sumer.

Comments

Bali Hotel said…
When planning for a holiday break, we need to prepare something for our travel such as airline tickets, accommodation and tours.  There are many selection of accommodation in Bali from simple budget Bali hotels, luxury Bali resorts to private Bali villas. The accommodation prices ranges from as cheap as USD 10.00 to thousand of Dollars a night. Booking hotels in Bali is easy with online booking travel agent.
DrSam said…
jauh berdeghak demo sampai Bali nuh! Apa-apa pun enjoy sakan semasa berpeluang.

Have a nice day.
DrMaya said…
Ho la...pahni kawe dok bertapa dlm lab tak tubik mana doh la...

Popular posts from this blog

Only in OZ

Jelajah Blog Luar Negara

C.U.R.A.N.G