Hikayat 3 Purnama

Genap 3 bulan penghijrahan aku di OZ, di sebalik kekeringan summer aku melontarkan persoalan yang memang sudah berjawaban. “Kenapalaa.. aku datang sini, kan ke lebih baik aku gi negara bersalji?” Wah! Aku patutnya bersyukur setakat ini kerana mencapai sebahagian impian zaman kecil. Angan2 yang dipasang takala berfikir setiap kali menapak dari hentian bas di Meranti ke Kg. Senor sejauh ~6km setiap hari, bilamana tapak kaki serasa mahu patah hingga mampu diseret sahaja, air masin pula hampir menetes ditebing bening mata lolong... namanya sekolah kat bandar gara2 jadik budak pandai :)

Eh! Tujuan sebenar ni bukan mengungkap hikayat. Tapi mengumumkan…bahwa, kelibat down under akan pulang Malaysia 22hb sampai 9hb depan. Asalnya nak umum kat Blog CMU tapi tak jadik. Kepada The Scientist jangan sedu sedan, tak cukup jari nak menulis di 2 blog. Perkhabaran dari down under layaknya lebih valid di situs ini, tema 2 blog tak serupa. CMU blog gossip hangat, Realme blog “muhasabah diri” sekali sekala jadi rojak. Takut tak selaras.

“Kato nok gi mandi bungo” (upacara mencari jodoh)? Itu pertanyaan mamaku bilamana dikhabarkan kepulangan anaknya yang tercinta...“kuruh do ko?” lagi pertanyaan wajib setiap kali menelepon mama dan Bela d’sulung sis. “Nok la jupo demo..lamo2 tok jupo gak…”. Hadoi mak aih! Camano nok bakar lemok2 hok dah menepu selama ~7 taun nich. Mamaku gawat menengok bodyku. Maklum lemak2 ini menambah jisim total jasad asal aku sebanyak 16 kilo!


Mama sportingku dengan body solidnya. Jauh beza dengan body aku :). Yer la..mama kerja motong getah, aku kerja kaji getah. Sama tak serupa.

Biar jisim aku bertambah tak mo kurang, budak2 ICTE ingat aku minah cun 24 tahun..menjerit sasau bila nombor hayat jitu aku khabarkan. Tak caya esok hilang akal!!

Comments

N.C.H said…
hahahhahhaa....nok suko,nok suko..yong compare ngan ma pulok doh..ma make jamu hari2 mu make piza apa ke hal nak solid molid..kukukukuku..lawaks2

Popular posts from this blog

Only in OZ

Jelajah Blog Luar Negara

C.U.R.A.N.G