Bagaimana Menjadi Bahagia dan Berjaya


Manusia yang bijak maklum bahwa hidup ini tidak panjang. mereka sedar bahawa mereka diciptakan ke dunia ini hanya sementara. Hidup dan nyawa kita hanya pinjaman. “Live life to the fullest” menjadi motto hidup mereka. Mereka cukup bijak untuk mencipta ambient positif yang menyuntik rasa damai pada diri sendiri dan secara langsung turut menyebarkan aura damai kepada orang-orang di sekitarnya. Bagaimana untuk mencapainya? Perhatikan dan amalkan prinsip-prinsip yang saya nyatakan ini:-

1. Hargai diri sendiri; Kita harus sayangi diri sendiri terlebih dahulu. Hakikat ini mengingatkan kita untuk mendapat yang terbaik buat diri sendiri.


2. Positif; Pandangan, kepercayaan dan amalan haruslah sentiasa bercaj positif. Untuk gembira kita harus bersikap positif dalam segala urusan seharian.

3. Optimis; Jika kita tiba-tiba merasa tidak yakin, maka optimislah. Tanamkan keyakinan bahawa kita hanya akan mendapat yang terbaik dalam setiap usaha kita.

4. Tidak pernah mengalah; Mengalah tidak boleh dibenarkan wujud dalam fikiran kita. Dengan cara ini kita akan terus berusaha dan berusaha mengikut tahap kemampuan kita. Sekiranya kita tetap gagal di penghujungnya, kita harus redha tetapi tetap percaya kita akan mendapat ganti atau sesuatu yang lain yang lebih baik.

5. Senyum; Senyumlah maka dunia akan tersenyum kembali. Hati yang keras juga bisa mencair dengan senyuman.

6. Bersyukur; Waspada terhadap segala kesempatan yang datang. Tiada kesempatan kedua yang lebih berharga dari kesempatan pertama. Maka jangan sesekali memikirkan akan adanya kesempatan lain yang lebih baik ketika wujudnya kesempatan pertama. Hadirnya wajib disyukuri, dipelihara, dibajai dan dinikmati.

7. Menghargai dan berterima kasih; Setiap kebaikan dan keberuntungan yang didapatkan dari insan lain harus dihargai. Ucapkan terima kasih selalu.

8. Jauhi orang yang negatif; Orang yang bersikap negatif akan hanya menyebarkan aura yang tidak sihat. Mereka tidak pernah mengenali diri sendiri, tidak tahu mengambil pengajaran, tidak punya keyakinan diri, dan tidak mahu memahami orang lain. Kepentingan diri sendiri mengatasi segalanya. Melayannya kita akan tertekan, hilang jati diri, bersugul dan tidak gembira/bahagia.

9. Easy going; Bukan bermakna ambil mudah. Tetapi kita harus bersikap tenang dan relaks apabila masalah melanda. Percaya bahawa tidak ada yang tidak mampu kita capai bila pemikiran kita telah sedia mencapainya.

10. Jujur dan berterus terang; Tidak sekali-kali bersangka buruk. Apa yang terlontar di mulut haruslah seiring dengan apa yang ada di benak. Jangan bersembunyi dengan diri sendiri.

11. Memaafkan; Hanya kemaafan yang dapat melembutkan hati. Maafkan diri sendiri dan maafkan orang lain. Kemaafan adalah penawar terbaik penyakit hati.

12. Meluahkan dan berkongsi; Carilah orang yang boleh dipercayai, luahkanlah dan kongsilah setiap suka dan duka. Mudah-mudahan bisa mengurangkan beban dan menyuntik semangat baru.

13. Kekitaan tiada keakuan; Amalkan rasa memiliki dan dimiliki. Kita bukan diciptakan ke dunia untuk bersendiri. Kita bersinergi dengan masyarakat, dengan alam dan dengan tuhan.

14. Jangan malu bertanya; Bila sesat kita harus cari jalan untuk pulang ke pangkal. Maka jangan malu untuk bertanya. Kemampuan kita terhad. Kita tidak menguasai semua kepandaian. Begitu juga untuk mendapatkan kepastian. Kita tidak tahu dengan tepat apa dalam hati/perasaan orang lain. Sukakah mereka, marahkah mereka. Jadi tanyalah sebelum terlambat, tetapi harus dipastikan kita juga yakin dengan apa yang kita rasa. Semoga dengan itu dapat merungkaikan segala persoalan.

15. Tidak tergugah oleh cacian; Orang hanya akan mencaci kita bila mereka merasa teramcam kedudukannya/pendiriannya. Oleh itu anggaplah cacian itu sebagai nyayian pilu seorang insan lain yang telah gagal dan sokonglah ia dengan berdiam diri. Jangan sesekali membalas balik atau terasa sendiri. Hanya kita yang lebih tahu siapa diri kita.

16. Tidak ada “kalau”; Kalau hanya akan membuka cabang negatif dalam pemikiran dan tindakan. Contohnya:- kalau gagal, kalau putus, kalau pergi dan sebagainya. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Ketahuilah bahawa roh kita yang terlebih dahulu bertindak baru diikuti oleh jasad. Sebaliknya “kalau kita berjaya”, “kalau jadi” akan membawa kita berusaha dan mencapai matlamat murni kita tadi.

17. Ciptakan pilihan; Setelah kita gagal mencapai matlamat pertama sekurang-kurangnya kita punya pilihan kedua yang tetap membuat kita hidup dan berusaha. Harus percaya bahwa gagal kali pertama bukan penamat segalanya*

18. Ambil risiko; Kita sebenarnya tidak pernah tahu apa yang ada dihadapan. Kita hanya mampu mengagak dan merencana. Maka bersedialah menghadapi risiko. Mudah-mudahan kita menjadi lebih dewasa dengannya.

19. Berani buat keputusan; Untuk maju kita harus berani mengambil keputusan. Jangan hanya menyerah pada karma alam. Apa yang bakal dilalui dihadapan, kita harus persiapkan diri ke arahnya. Selebihnya serahkan pada Allah.

20. ……………………… (untuk anda fikirkan)

Jika setuju kata setuju, jika tidak setuju tinggalkan komen. Jika ingin menambah sila sarankan :)

Comments

N.C.H said…
live life to the fullest to motto hidup free thinker la...better mu check.
DrMaya said…
Tergantung tafsiran masing-masing, oleh kerana kita bertuhan maka kita selaraskan dengan konsep ketuhanan kita. Free thinker tiada tuhan so tafsiran mereka akan mengikut fahaman mereka pula..don't be rigid to a single concept which is should lead us to think wider
DrSam said…
bagus tip-tip tu. boleh pakai. leni tengah cuba amalkan tip no. 8 tu. kat bamboo river ni memang banyak unsur-unsur subversif depan belakang kiri kanan.

bertapa dalam bilik cari ilham...
DrMaya said…
Muchimas gracias!! tapi elakkan bertapa terlalu lama nanti "kerang" punggung, selulit payah hilang. Tune kan unsur2 subversif tu ke +ve, tukarkan "fire-stone" ke "jumping-stone"