Aku dan persediaan ke OZ
Hi..Am back. Sekadar meneruskan coretan basa basi sementara tgh "bebas" skarang nih. Kemaren aku pegi renew lesen for 5 yrs kat JPJ Shah Alam. Actually lesen memandu tu tamat tempoh taun depan, so skang tempoh expirednya dah jadi 2014. Coz katanya, kalo tak renew selama 3 taun lesen akan burned dan terpaksa amik test balik or maybe kena wat rayuan ke JPJ. Malaslah nak pikir benda tu sumer, so aku renew jer ke maxima. Lagipun katanya kat OZ bleh pakai lesen memandu M'sia untuk drive di sana. Tips ni tadak saper gitau, nasib baik dah survey2 soal jawab OZ di ruangan PPMQ. Nak cari JPJ tu bukan senang, maklum kat S.A banyak roundabout yang selalu buat aku sesat :,p...terpaksalah tepon Rizal dari masa ke semasa. ODW balik kete kehabisan minyak pulak dekat Terminal 3. Nasib baik dah dekat ofis dan belum habis waktu kerja. Called Nuar lagi mintak tolong belikan minyak..haru betul dapat boss cenggini..ngeh2. Last week dah sekali habis minyak dlm LGM. Lepas tunggu dekat sejam Helmi lalu, sebelum tu dah call Salina. Tunggu Udin datang bawak botol segala...dekat kul 6 baru settle masalah minyak..aku sebenarnya tak aware coz meter minyaknya tak hidup (kete pinjam tu...). And today aku masuk ofis coz nak call banyak parties untuk beberapa masalah yang belum selesai. Termasuklah dokumen excess baggage dari travel agency yang aku minta dihantar ke pentadbiran, kemudian pesan diambil si Mega (nasib baik dia call masa dia dlm perjalanan ke BGA) kerana untuk mengambilnya sendiri di KL menyebabkan aku kecut perut takut kete mogok lagi, called bahagian kewangan berkenaan elaun 3 bulan pertama serta beberapa claim yang belum dapat (cheknya pun kirim ke orang yang tinggal di quarters, krn tak sanggup ke KL lagi). Dan lagi called Syarikat Takaful Malaysia Shah Alam bertanyakan cek aku yang tak sampai2 sejak terminate polisi bulan sept lepas. Aku dirujuk ke HQ, tapi bila tanya customer service katanya dokumen termination belum sampai ke sana..haru biru, so terpaksa wat lagi sekali tapi kali ni deal terus dengan HQ..kalau tak, hangus ler duit aku tu..sedangkan kete dah terjual lama. Hari ni jugak terima reminder dari bank mengatakan kete dah tak bayar installment 2 bulan..nampaknya abang dealer tu belum langsaikan hutang kete tu lagi???
Comments