Posts

Hiking di Broga Hill

Image
Ahad 15hb Sept kami ber-2 bertolak dari SUBES tepat jam 3am, ke Taman Bt. Belimbing fetch ornunie dan Eisya yang hari ni genap 4 tahun dan sekitar jam 4am kami gerak ke Broga Hill. Nak hiking and jungle tracking katanya. Gigih bawak beg sandang berisi dslr bersama 2 lense yang berat dan bawak budak cenonek yang mulut banyak tu..tiket masuk RM2, parked kereta kat dalam kebun sawit. Perjalanan mendaki sejauh 1.7km ke puncak bukit setinggi 300m dari paras laut kena melalui hutan bertemankan suluhan lampu handsets. Dalam gelap malam kami redah denai lecak sana sini dan lubang, batu serta akar kayu bersimpang siur. 3-4 kali berhenti melepaskan lelah. Separuh perjalanan dada sesak dan terasa nak muntah. Eisya yang gagah perkasa dengan tenaga kecilnya tak sudah2 minta jangan berhenti rehat lagi dan tak sabar nak mengejar kumpulan abang2 yang menolong memegang tangannya dlm gelap tadi.  Sesudah hampir di puncak, fajar pun menyingsing dan masuklah waktu solat subuh bagi kawasan Semenyi...

MSPPC 13 yang best

Image
Assalamualaikum pembuka bicara...harapnya saya tidak berbicara sendiri. Sudah sebulan lebih tidak menulis, well am extremely busy weh. Cuti raya dua minggu balik kampung untuk berpuasa dan menguruskan ibu tercinta, kemudian outstation ke selatan selama beberapa hari kemudian berseminar ke Kuala Terengganu selama seminggu campur tolak traveling days.  Kali ni nak share aktiviti seminar kat KT tempohari yang menurut kawan2 saya merupakan conference yang paling seronok dan enjoy selama hidup mereka sebagai Research Officer. Di sebabkan blog ni blog santai tiadalah saya menulis dari sudut akademik atau scientifiknya....Kata mereka seronok kerana suasana conference santai, field trip best dan yang paling penting sekretariat sporting dan best. Well....tengoklah siapa sekretariatnya hehe...ya, kalau MSPPC12 (stand for Malaysian Society for Plant Physiology Conference), saya cuma jadi madam chair untuk session yang mencabar kali ni saya jadi committee member untuk Social and Publicity...

The reason

Image
I can smell rotten fish in a basket I figure out a group of snails step on other snails, Crawling out from the pail Cos they heard a voice Left behind their subordinates Deep down the bottom. I realise the denial in acts I recall those sequels What, where and how So called outcomes They named it What I see is artefacts I found foreword is no where Those wearing black suit Those wearing white collars Those wearing shimmering charms Those sitting in cozy chair I bend my head down Delighting the twist and tango Hypocrisy shouting tribes Suddenly, the tango touch me I see the light Guiding me forward Could it be a stepping stones? I realise it is a time To grasp the stars Strengthen connections Building networks The road to the horizon Isn’t that far… #the next replies to the above messages is hiden for privacy

Pelaburan emosi (Emotional Investment)

Pelaburan emosi biasanya terjadi dalam perhubungan, samada perhubungan cinta, kekeluargaan, serta persahabatan.  Antara pelajaran paling berguna yang sepatutnya kita dapat dari pengalaman2 yang lepas ialah jangan terlalu banyak membuat pelaburan emosi dalam sesebuah perhubungan. Kerana antara sedar atau tidak apabila kita tidak terlalu melabur emosi dengan mendalam, andai kita teraniaya atau terasing kelak kita tidak akan terlalu kecewa dan menderita. Ada batasnya setiap hubungan yang kita jalin itu, melainkan hubungan kecintaan terhadap Allah S.W.T pencipta cinta itu sendiri kerana cinta Dia tanpa syarat. Dalam cinta kita terhadap makhluk dengan 99 kebaikan kita, andai ada 1 keburukan seluruhnya reputasi kita dicemari. Sebaliknya demi cinta kita terhadap Allah S.W.T, biar 99 kali keburukan namun dengan satu taubat seluruhnya kita disucikan dan diampuniNya. Sungguh, amat banyak pelajaran lain yang berkadaran dengan kekecewaan yang disebut.  Sisi positif nya kita akan s...

Selamat menyambut Ramadhan

Salam Ramadhan 1434 H. Semoga Ramadhan tahun ini dapat diimarahkan dengan lebih istiqomah....InsyaAllah Semoga Allah mengurniakan rahmat dan menyirami dengan kasih sayangNya yang tidak pernah putus Semoga malam2 dapat dihiasi dengan amal ibadat yang berlipat kali ganda dari biasa Semoga dapat cergas bangkit di 1/3 malam bersolat2 sunat dan bermunajat kepadaNya Semoga balasan pahala untuk diri sendiri yang dikerjakan sepanjang Ramadhan ini dapat ditingkatkan lagi seumpama mengumpul harta bertumpuk2 hingga melimpah ruah..... Semoga dikurniakan rezeki yang berkecukupan walaupun tanpa nilai wang ringgit yang banyak dan pangkat yang tinggi.... Semoga aku terus tunduk dan bersyukur dengan anugerah rezeki, anugerah sihat dan anugerah usia ini... Amin ya Rabbalalaminn....

Cerita Umrah

Image
Sudah hampir seminggu balik dari umrah dan saya masih demam serta batuk. Memang sangat meletihkan. Takder daya nak bercerita details kat sini saya sharekan kembara 2 minggu ke tanah suci Mekah dan Madinah. Katanya gambar mampu menceritakan segalanya...key mari kita jelajah random pic ni.. 1. Kami lepak menunggu ahli kumpulan yang belum selesai umrah wajib 2.  Kami berihram di miqat (3) 4. Jalan balik ke hotel dari masjidil Haram 5. Jus segar yang sedap 6. Suasana masa di airport Jeddah waktu nak berangkat balik * Tak pasal2 kastam Arab Saudi ajak saya kawen masa check out, bila kata tak nak panjang berjela dia memujuk...gediks! Makcik2 bujang lain pula tolong "I do" kan bahahaha 1. Di perkarangan masjidil Nabawi 2. Di halaman masjid Quba' (masjid pertama dalam sejarah Islam) 3. Di hadapan pintu King Abdul Aziz (pintu 1) Masjidil Haram Mekah 4. Di kawasan Kaabah sekepas tawaf sunat Di ladang onta, saya tak berani nak minum susu onta ...

Entah apa dan bagaimana?

Minda dan jiwaku berperang hebat. Andai aku punya pilihan ingin sahaja aku memilih. Antara antah dan beras, antara permata dan kaca aku tak mampu meramal. Namun hakikatnya aku tidak punya pilihan. Masa lalu dan sejarah lalu yang ku kutip setiap hikmah dan pelajaran tidak mampu aku adun dan hadamkan menjadi mukjizat. Buat panduan untuk aku terus mena’akul asbab. Apakah ini sekali lagi ujian buat aku? Supaya aku benar-benar berserah dengan kuasa Nya sang pencipta. Antara materi dan spiritual, sejujurnya mana pilihanku? Andai materi yang ku cari, aku sudah punya sekadarnya.  Bekalan cuma semasa hidup, tidak boleh aku bawa mati. Hidupku juga tidak boleh terus pincang, mengharap Rasullullah s.a.w ataukah khalifah hati menungguku di pintu syurga. Menanti hadiah amal zuriatku setelah aku tiada ataukah bekalan sendiri yang tidak seberapa. Melipat ganda pahala ibadah menyempurnakan iman ataukah pelosok khudrat yang aku harap? Meniti warna warni hari depan dengan senyuman ataukah kusam ...