Posts

The Drop...

Image
"Precious momento of life is just likes a drop of water, It can be crystal clear at once and condense while time past through, but the memory itself will remain forever"~ Maya2011 - Its a living pivotal sources of energy..giving hope and dreams...the future, the career, the passion and the learning process of life itself".... *Pic by me on Acacia holosericea cut foliage :)

Wajah-wajah...

Image
Apakah makna entry ni??? ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Rindu kampung...uhuks!!

Entry panjang sangat, bosan?

Haha..pernah ada seorang kawan cina mengomel entry2 di blog aku panjang sangat...tak larat dan tak minat nak baca kata dia..huhu. Apa nak buat, bang oi...akak kalau dah start menulis tak reti nak berenti...merembas-rembas idea keluar tanpa mempedulikan apa yang menarik apa yang tidak....hehe Tapi kamu2 harus alert dengan quote kat bawah ni: “ Generally speaking, the best people nowadays go into journalism, the second best into business, the rubbish into politics and the shits into law” ~ Auberon Waugh But.. "After 30 years the journalists feel like shit while watching the businessmen getting rich, the politicians are richer and the lawyers richest".

Self Esteem dan Tragedi Cinta Manusia

Self esteem yang dalam Bahasa Melayunya bermaksud jati diri atau boleh juga didefinisikan sebagai tahap keyakinan diri seseorang individu. Peri pentingnya jati diri hingga berupaya membentuk peribadi dan sifat lahiriah seseorang. Keputusannya mantap, pertimbangannya bijaksana. Orang yang memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi merupakan seorang yang bakal meraih kemenangan dalam apa jua matlamat hidupnya. Berbekalkan daya juang yang tinggi dia tidak terlalu bergantung harap pada orang lain. Dia berani mengambil risiko dan dia tahu meletakkan dirinya di suatu aras yang tepat. Dia mengenali potensi diri sendiri, disegani malah boleh jadi dia turut dicemburui orang lain. Orang begini mengenali kelemahan diri dan bersedia menjadi yang lebih baik. Seorang suami yang memiliki jati diri tinggi, melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang berwibawa. Seorang isteri yang punya jati diri tinggi memelihara dan menjaga kehormatan diri, suami dan keluarga. Anak dengan jati diri yang tin...

Nikah @ Kawin

Bismillahirrahmanirrahim.... Tajuk macam keren jerk..err, bukan nak khabarkan walimah sendiri..urrmm Sebenarnya nak komen sket tentang bab walimah or walimatulurus ni. Akanq memang tak tau banyak tentang ni, cuma nak share pemikiran 20 sen ni jer =p Apa masalah yang sering timbul bila sebut pasal nak walimah? Pertama kena ada calon suami atau isteri; ke-2 beragama islam; ke-3 waras; ke-4 baligh; ke-5 wali; ke-6 ijab & kabul....(ada lagi tak? lupa dah)..kalau tak cukup syarat ni, tak sah nikah. Selain syarat sah nikah di atas, ada isu lain yang tak lain tak bukan tentunya duit kan...nak belanja kenduri kendara kena pakai duit, nak sewa pelamin pakai duit, nak buat hantaran pakai duit, mahar pun pakai duit..serba serbi duit lah panjang kata. Pernah dengar orang berhutang bergadai sebab nak kawin? Biasa....Pernah dengar pengantin perempuan sanggup berkongsi wang hantaran (bukan mas kawin)? Biasa...pernah dengar reception pernikahan ditaja? Artis top saja...pernah dengar hantaran puluh...

DIA BEKAS PENCINTA

Madah cintanya bertinta setia Mengalah dia bukan bererti lemah Sekadar memberi ruang Membebaskan rawang sang kekasih Mencari makna sebingkis harapan Firasat kalbunya sentiasa bernafas Merindu saban detik.... Bersama mutiara jernih yang berjatuhan Matanya sentiasa basah Kuyu dan layu... Istigfar pada-Nya tak kunjung akhir Hingga resahnya pudar perlahan-lahan Surut didakap malam dan siang Setiap langkahnya bagai mati Sarat menanggung kenangan dan janji-janji Setiap nafas dan rentak nadi berirama sendu Merelakan suatu kehilangan Yang tak tertahan.... Berdarah kaki teranduk kerikil Gelora dada tak tertahan sakitnya rasa Sendi berlaga menangkis derita jiwa Dingin menguasai sekujur jasad Bertandang rindu tapi tak upaya Hanya mampu terluahkan Di gelombang minda.... Cuma mengintai di bayang hari Akhirnya redha dia melepaskan Sang kekasih mencari identiti diri Dia sendirian mengapai harapan Diusung payah, disapa getir Lalu akhirnya hadir senyum dan tawa Kembalikan pelangi seusai gundah Dan dia ...

Mengenal Kelantan dari Sudut Sejarah

Image
Ini antara topik2 sejarah kesukaan hamba... Pernah baca kisah Panglima Salleh Selempang Merah, tulisan Zaharah Nawawi? Panglima Salleh adalah pejuang melayu Muar, Johor ketika era penjajahan British dan Jepun di Tanah Melayu sekitar tahun 1942. Alur ceritanya sangat menarik dan mampu membakar semangat juang bila membacanya. Kita seakan2 dibawa bersama meneroka dan menyertai perjuangan mereka menentang kezaliman penjajah. Dalam kisah ini, kehebatan seni persilatan melayu diangkat..sehingga berjaya mengalahkan penjajah yang bersenjatakan senapang dan pedang..Sangat suka novel ini.. Intro tentang topik "Melayu, Islam dan Kelantan" pula.... Kemudian, mari mengenali beberapa tokoh agama dan sejarah Kelantan. Kelantan yang juga dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang, Tanah Serendah Sekebun Bunga atau Serambi Mekah sangat sinonim dengan cerita perjuangan para ulama dahulu kala. Dalam sejarah yang diputar belit oleh Inggeris, mereka digambarkan sebagai penderhaka kerana tidak m...