Posts

Esok Tahun 2011

Hari ni dah penghujung 2010 yer kengkawan..uh, kejap jer masa berlalu kan..Neway di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat tahun baru lah. Aku juga nak mintak maaf kalau2 entry2 aku selama ini macam tak berapa semenggah hehe. Kalau ada yang baik tu alhamdulillah..eh macam sayu pulak nak meninggalkan tahun 2010..eceh :p Aku jugak nak mengucapkan terima kasih kepada kawan2 yang selama ini sudi mengikuti dan membaca blog yang tak glamer nih :p. Ada komen2, ada teguran2 dan ada pesanan penaja yang berguna aku hambek semua..hihi, Tocey2x Okey sini aku nak share skit pencapai yang tak seberapa yang tak layak digelar pencapaian untuk 2010 dan resolusi a.k.a doa untuk 2011. Pencapaian suka duka 2010 1. Aku dah 2 tahun kat Australia 2. Aku dah tak kena karen lagi di musim summer 3. Aku tak berdarah hidung dan pecah2 jari lagi di musim Winter 4. Aku berjaya mensemakkan bumi UQ dengan species Acacia 5. Tahun ni aku cuma servis kereta sekali jerk..pasal aku nak tunggu cukup millage tapi tak cukup2...

Bola Bola Bola

Image
So, Malaysia menang Piala Suzuki!! TAHNIAH diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya. MANTAP.....Upin Ipin sila kembali ke tanahair dan tukar persalinan merah putih biru kuning, dan laser...huhu ntahapa2x. Kekal kan prestasi, mansuhkan kontroversi :)

Blackberry Package with Optus

Image
Assalamualaikum adikakak sekelian..jarang benar nak bagi salam dalam entry2 sebelum ni..;P Ini nak promote sket..especially K. J yg dah lama tak jenguk sini :). Hari ini aku sgat sukacita lagi sekali. Pasalnya baru dapat bil pertama nih...punya la manyak BB downloads yang dicajnya sampai $114.76. Tetapi..ha akan tetapi...di sebabkan plan ni akanq transfer dari prepaid yang berbaki $ 90 (kumpul 3 bulan punya value). Maka nilai $ 90 itu sudah diselamatkan yakni tidak hangus begitu sahaja berbanding prepaid yg kalo tak di top up at least sehari sebelum due. Takper lah walaupun bonus $180 sebulan tu tak ditransfer pun. Ada baik jugak prepaid tu.. selalu guna bonus $ 180, bonus sms $ 48 dan bonus2 lain lagi tu * tak ingat pun tak pernah habis guna (kecuali risiko hangus kalo terlupa top up..ngee) Dengan plan BB purchased atas talian nih kita juga menikmati free delivery fee, dan 2months free excess fee yang mana akan dideduct dalam bil bulan ke-2 dan ke-3 nanti..means, selama 3 bulan ni, ...

Kisah Rumah

Akhirnya hari ini aku merasa tersangat lega...lega kenapa? Hihi...sebab tadi aku gi LJ Hooker realestate hapdek kesah rumah tu. Aku sebenarnya dah tak sabar2 nak pindah. Aku ni agak penakut sebenarnya (kontrol macho jer..eh macho enh bukan ayu? conpius)...Segala pintu dan tingkap aku kunci, sampai batang kunci aku patah. Bila dah patah aku takleh kunci pintu bilik lagi..tidur memalam aku sendal ngan 3 bijik bagasi + rak besi aku tuh..aku dah pack barang segala siap untuk pindah hahaha.... Aku jugak kadang letak pisau tepi katil. Jangan nko anggap remeh yer...nyawa aku, kesucian aku adalah aset terpenting..Yuhu!. Kemaren aku perasan pagar belakang robek dowh, anjing orang belakang masuk dan kencing merata (tanda daerah lah tu konon)..sampai tempat mesin basuh aku pun nko kencing tolol gila :p. Then bila dia menyalak dan tenung aku, aku tenung dia balik sampai "ingyui3x"...pusing belakang dan blah..muahaaha..haish! mmg tak selamat lagi stay kat umah tu. Semalam bila aku masak n...

Warkah Buat Suami

Assalamualaikum suamiku, Pertama sekali terima kasih kerana mengangkat martabatku sebagai isterimu. Memuliakan aku sebagai suri menemani setiap hayat mu. Sekalung terima kasih juga aku pamitkan, atas kesudian mu mengiringi perjalanan hidup ku. Bahagia dan derita yang kita lalui bersama... Kau menyempurnakan aku. Di warkah ini, aku cuma ingin berbicara pada mu suamiku. Aku ingin katakan padamu, belaian sayang mu di ubun-ubun ku itu, menghapus segala resah ku. Renungan kasih di mata mu meniupkan bayu damai di hati sayang ku. Sentuhan jemari mu yang hangat pada telapak tangan ku itu, menggugurkan separuh kebimbanganku. Bisikan suaramu mengulit mimpiku..Aku ingin menghela nafas damai dalam pelukan mu. Tetapi suamiku, andai aku tidak sempurna. Andai kasih ku tidak terlihat. Andai aku terlupa memperhatikan mu di saat-saat kau memerlukan aku duhai suamiku. Maafkan aku, aku khilaf. Bilamana aku tidak mampu menyajikan makanan terlazat buat santapan mu, andai aku tidak selalu bersedia melayani m...

The meaning of beautiful...

Ayark!!! Peminat lama?

Ayark!!!!....aku nak gak decleare sesuatu... Sesuatu yang tak pernah terpikir, sebenarnya berlaku...antara nak percaya? tak mo percaya? Tetiba member sekolah menengah aku dulu hari ni gitau dia pernah suka kat aku dolu2... Waktu tu kitorang sekelas dalam tingkatan 4 dan 5. Dia budak baru pindah dari sekolah lain masuk kelas kami. Ni gara2 fb lah ni..huahuahua. Jumpa semua kawan2 lama. Pernah ternampak aku beberapa kali selepas habis SPM, tapi aku tak perasan dia..Kata dia, dia frust masa tau aku konon dah "bekwoh" dulu2...huhu. Pertama kali waktu masuk ke sekolah kami, dia terpandang aku..pastu rupa2nya sekelas. Dia declare cakap dia "cair" dengan senyuman aku?? Yang menurut dia Ya Rabbi, manis!! (dia kata bukan aku kata..ngeh3x). Toing!..wey, dulu budak ni tak pernah pun tunjuk yang dia suka kat aku. Cakap sikit2 jer. Then setelah 16 tahun, dia declare dia menyesal tak pernah berani nak tegur aku, bengong katanya sebab pemalu sangat. Aku cakap kat dia..tak bengongl...