Aku ingin berbicara tentang C.I.N.T.A...

Jam sudah hampir ke angka 4 ptg...aku mula terasa penat sepagi membasuh segala botol dan peralatan experiment. Sepetang menghabiskan bacaan journal tentang kontaminasi bacteria terhadap penyumbatan salur vessel. Experiment occlusion aku tak berjaya, bukan jasad tyloses yang ter-induced tapi gerombolan cik staphilococcus et al yang berkerumun menyumbat pori2 laluan air dan nutrient untuk acacia cut foliage tuh. POA aku sejak pagi sebaik buka mata, untuk melaksanakan strategi menamatkan kontaminasi itu. Dua cara yang bergeliwat di kepala aku, samada menggunakan agen anti bakteria atau aku kenakan kejutan suhu, sterilkan segalanya secara autoclave saja. Biar cik staphilococcus et al. mati tidak berkubur.

Aku pandang belakang kiri dan kanan, kawan2 sepejabat dah pulang. Sejam lebih lagi dah nak maghrib. Aku plan nak gi beli filo pastri. Buat menghabiskan filling apple lebihan pai 3 hari lepas. Tapi sebentar tadi aku terbaca tentang C.I.N.T.A, so aku tiba2 rasa teruja untuk mengetik keyboard depan mata. Berehat sejenak sebab badan dah terasa bisa2.

C.I.N.T.A....apa tu? Luas maknanya. Seharian ni juga suara2 kehambaan meniti rasa hati aku. Bulan depan befday aku sekali lagi. Bermakna umur aku bertambah setahun lagi. Dan sekarang aku rasa aku dah cukup matang dan masak dari segi mental dan fizikal. Aku sekarang bukan lagi gadis muda yang goyah nurani dan pertimbangannya. Aku wanita dewasa yang jauh lebih "cool", lebih tenang dan nyaman dalam menghadapi kehidupan. Aku sudah tidak kesah lagi akan hal2 yang remeh temeh, aku tidak gelisah akan musabah/kegagalan/dugaan. Aku cuma memaknakan hari2 ku dengan segala kesyukuran dan keinsafan. Aku nikmati segala yang ku punya saat ini, aku tidak lagi meminta, berharap atau bercita2. Ketenangan dan kedamaian rasa saat ini tidak senilai dengan wang ringgit atau intan permata.

Jadi, apa kata aku tentang C.I.N.T.A? Jujur dalam hidup aku selama ini, cuma dia dan dia manusia yang aku benar2 bercinta. Terdahulunya aku cinta Allah, Ibuku dan adik beradikku. Namun dia dan dia tidak ku miliki. Mereka lepas bebas menjadi diri sendiri dan mengikuti haluan sendiri. Syukurlah, kerana kata bijak pandai..cinta itu membebaskan. Kalau memiliki bererti memenjarakan, mengikat, mengongkong dan memperalatkan. Bila kita terlalu memuja cinta, sebenarnya itu kerana kita menyintai diri sendiri. Bukan orang yang konon kita cintai itu. Kita mahu itu ini, begitu begini. Jika kita menyintai seseorang, kita membebaskan dia. Kita cuma menjadi pendengar kepadanya. Segala luahannya, aduannya, rayuannya, bicaranya. tetapi kita tidak perlu menghulur hujah. Kita bahagia bila dia bahagia. Buah cinta iaitu rindu tetap hadir, tetapi kita tidak sesak. Gelisah bertandang tetapi kita tidak resah. Kita berkelana tetapi tidak merana. Kita berduka tetapi tidak binasa. Kita terluka tetapi tetap tersenyum. Itulah nilai cinta yang sebenar2nya.

Oh! begitu...patutlah perasaan lebih damai dan nyaman. Cinta juga memaafkan dan melupakan. Kita maafkan silap orang pada kita. Kerana apa yang kita kira silap itu, sebenarnya dia juga bersusah payah cuba menghapusnya. Jangan lupa, kita juga bukan maksum. Kita sendiri banyak silapnya. Kalau dulu aku bukan wanita dewasa hari ini. Aku mudah terguris hati, mudah terluka perasaan, mudah menitis air mata, mudah merajuk dan menjeruk rasa. Jadi, aku sekarang tahu, bahawa kesilapan itu sebenarnya pelajaran. Ilmu dari pengalaman hidup, bukan sesuatu yang boleh kita timba dari buku, sekolah atau universiti. Untuk berlajar menjadi seorang yang redha, kita perlu diuji. Rasanya, sudah banyak ujian yang aku hadapi. Kalau datang lagi ujian di masa2 mendatang, insyaAllah akan kebal menghadapi.

Akhirnya, aku di sini cuma ingin mengucapkan "terima kasih saudara2ku", dan C.I.N.T.A2 ku....aku menjadi dewasa bukan hanya pada umur, tetapi juga hati, pemikiran, gaya hidup, pembawaan diri dan perwatakan. Pengalamanku dan perjalananku di bumi ini adalah medan pelajaran yang paling berharga. Bukan pada Ijazah ku, master ku atau PhD ku. Dan aku akan terus belajar hingga ke akhir hayatku....

Comments