Ketik

Sunday, September 21, 2014

Perginya Srikandiku-Ibu tercinta

Jumaat 12 September 2014

10.15am

Menerima msg whatsapp dari adik bongsu di kampung dengan gambar ma tidur meniarap dan video nafas ma yang sesak dan payah.

3.00pm

Menerima sms dan whatsApp mengatakan beliau telah menghantar ibu ke hospital pada tengahari kerana paginya semasa memandikan ma, arwah lemah longlai dan muntah hitam.

Perbincangan beberapa jam sebelumnya untuk kak Ila dan Abg Din singgah di rumah kemudian aku menghantar mereka ke TH Kelana Jaya kerana penerbangan mereka ke Makkah pada malam 14 hb berubah serta merta. Aku mencari2 tiket flight dan Kak Ila merancang untuk balik kg bersama dgn flight dari Subang. Kemudian Kak Ila msg mengatakan dia akan balik dgn kereta, lalu aku terus menelefon Anis minta dihantar ke airport Subang. Nasib baik penerbangan jam 5.30pm masih ada 6 seat kosong. Lalu dalam lebih kurang 30 minit aku packed baju2 ke dalam bag sandang dan terus menunggu Anis di post guard pada jam 4.30pm. Jam 5.15pm tiket firefly kubeli di kaunter dan terus di-check in untuk langsung boarding. Kebetulan pada Jumaat itu aku bercuti selepas balik dari Cambodia pada Khamis malamnya. Cuma sempat berehat beberapa jam sebelum terbang lagi.

6.45pm

Touched down airport KB dan dijemput adik bersama isterinya. Aku terus dihantar ke hospital dan terus menjenguk ma di unit kecemasan. Aku lihat ma terlantar tidak bergerak dan kelopak matanya terkatup rapat. Ku bisikkan ke telinganya memanggil2 "ma" berulang kali sambil mengusap pipi dan mengengam jemari ma. Ku lihat detak ECG ma sangat tinggi 170+ lalu bertanyakan doktor2 dan petugas yang ada di situ. Mereka kata, itu sudah turun.. tadi lagi tinggi. Ma dehidrated teruk dan ada jangkitan kuman di air kencing dan ada kesan stroke. Dalam suasana bilik yang berserakan, bingit dgn tangisan bayi di katil sebelah lalu aku keluar masuk beberapa kali menunggu seorang diri sementara adik ku pulang menghantar isterinya. Lebih kurang satu jam kemudian katil stretcher ma ditolak dan waris dipanggil. Aku menerpa lalu mengiringi ma dibawa ke wad 8 hospital Sultanah Zainab II KB.

Aku memerhati petugas dan nurse mengangkat ma ke katil wad dan jarum ubat dicucuk dikedua2 lengan ma. Lalu ubat berupa dopamine diberi sambil mesin ECG, mesin2 yang monitor BP dipasang. Aku memerhatikan nombor2 dan graph ECG yang tinggi serta graph BP yang turun naik tak stabil dengan perasaan yang tidak mampu ku gambarkan dengan kata2. Doktor meminta izin untuk memasukkan tiub melalui hidung ma dan juga meminta izin untuk diambil darah. Menjelang jam 9pm adikku kembali dengan membawa bag ku tadi dan pada jam 10 pm adik balik semula. Pada jam 11 lebih doktor bertanyakan anak2 yang lain dan minta semua datang. Kerana handphone kehabisan bateri dan dibawa pulang adik untuk caj, aku menghantar msg melalui fb menggunakan laptop. Nasib baik laptop ku bawa bersama.

Sementara menunggu disisi katil ma, sambil mengengam tangan arwah aku menangis beberapa kali. Sayu hatiku memandang wajah ma yang sepi dengan tiub2 berselirat.  Aku uzur jadi aku tidak dapat membacakan surah yassin untuk ma. Tapi aku masih bacakan surah2 hafalan yang menjadi amalan ku yang ku jadikan zikir sepanjang masa, aku bisikkan ayatul Kursi dan ayat2 4 Qul ke telinga ma. Ku kucup pipi ma beberapa kali sambil membisikkan shahadah tanpa henti. Ku bisikkan shahadah mengikut irama nafas ma yang kedengaran payah. Sekitar jam 1 am, kakak sulong ku sampai, aku menyalami dan mencium tanganya dan kakak mencium kepalaku. Aku bangun memberi laluan kepada kakak untuk duduk disisi ma. Kemudian abang2 dan adik ku datang. Lalu mereka membacakan ma surah yassin tanpa henti.

Menjelang subuh 13 September 2014.

Aku minta izin dari kakak untuk pulang ke rumah adik sebentar untuk menyuci dan menyegarkan badan. Rumah adikku dekat saja dalam 20 minit dari hospital. Aku langsung tdk pulang ke rumah di kampung. Selepas mandi dan bersiap aku kembali ke hospital pada jam 10am. Kakak sudah pulang ke Temerloh kerana malamnya beliau harus bertolak ke Kelana Jaya. Adik iparku yang gantikan hantar. Kebetulan adik ku tidak pulang kerana beliau pula sedang due untuk melahirkan anak ke-3. Baby baru selamat dilahirkan sekitar jam 7pm 13 September 2014.

Aku menemani ma bersama abang dan adik bongsuku sepanjang hari. Beberapa kali juga aku menangis sayu melihat keadaan ma dan beberapa kali aku tertidur di kerusi. Nurse bercakap denganku tdk ku dengar. Ku basahkan tuala kecil dan lap badan ma. Aku basahkan tuala lagi dan lagi dan lap wajah ma sehingga hangatnya berkurang. Ma demam. suhunya sangat tinggi hingga cecah 40C. Aku balut leher ma dengan tuala basah. Aku balut seluruh kepala, telinga dan leher ma dengan tuala lalu ku basahkan perlahan dengan air dari botol mineral.  Pada petang hari abang yang di kampung dan adik perempuan ku sampai dari KL bersama keluarga masing2. Menjelang dinihari aku dan adik perempuan pulang ke rumah adik untuk mandi dan berehat seketika.

Malam sekitar jam 10pm adikku menelefon mengkabarkan ma kekurangan oksigen dan doktor telah memasang alat bantuan pernafasan. Kami semua bergegas ke hospital. Aku lihat ma bernafas melalui mulut dan nafasnya sangat berat dan payah. Dada ma berombak ganas dan mata ma yang terkatup rapat sejak hari pertama masuk wad telah terbuka. Ma asyik memandang ke atas. Aku tahu ma sedang nazak. Aku ajarkan ma shahadah sambil menangis tak henti2. Apabila penat kami bergilir membisikan ma shahadah. Aku menangis kian kuat diiringi adik2 ku dan abangku. Sementara abang mengajarkan shahadah, adik2 dan abang bacakan yassin, aku gengam tangan dan lengan ma satu persatu. Bawa ke pipiku. Kelmarin, apabila aku pegang tangan ma, arwah seperti tidak mahu lepaskan tanganku apabila aku cuba melepaskannya. Gengamannya kuat dan menarik tanganku. Tetapi kini tangan ma lemah dan tiada tenaga yang mengengam kembali jari2 ku. Aku hiba, adik beradik ku semua hiba. Aku pandang ma dan aku pandang mesin ECG dan BP bersilih ganti. Menjelang pagi sekitar 3am aku meminta abang2 dan adikku solat hajat bagi memohon agar diringankan beban ma. Agar dimudahkan urusan ma. Aku juga memerhatikan ma yang sedang bernafas kencang dan payah dengan pandangan sayu, kasih, belas dan sakit. Dada ma berombak kuat. Sambil aku berdoa. "Ya Allah...andainya ini saatnya penghujung usia ibuku, andai ini saatnya Engkau ingin mencabut nyawa ibuku, Kau berlemah lembutlah dan hapuskan kesakitan ibuku menghadapi sakaratulmaut ini". Kedua2 lengan dan tangan ma dingin dan basah dengan peluh. Ku usap2 lengan, dahi dan kepala ma. Guruh berdentam dentum dan hujan lebat mula mencurah2 diluar hospital. Aku tadahkan tangan dan berdoa untuk kesejahteraan ma.

14 September 2014.

Menjelang subuh nafas ma mula kendur, tidak selaju dan sepayah sepanjang malam tadi. Sementara abang ku pergi mandi dan solat aku menemani ma. Ku terus bisikkan ke telinga ma kalimah shahadah satu persatu, pendek2 mengikuti irama nafas ma. Supaya ma senang ikut. Kelopak mata ma terus terbuka tetapi hanya memandang satu arah sahaja. Ku lintas didepan ma juga gerak2an bulu mata ma dengan harapan ma akan response kepada ku. Hampa....ku tahu waktu itu Allah sedang tayangkan segala amalan ma dan gambaran kesudahan ma di akhirat sana. Nafas ma semakin kendur. Tuala basah ku letak pada dahi dan kepala ma, ku balutkan seluruh wajah ma, bawah telinga dan leher, juga ku tekupkan pada bawah ketiak ma. Dengan harapan dapat menurunkan suhu badan ma. Pagi ini suhu ma sudah menurun ke 38 C. Lengan dan tangan ma tetap dingin dan lembab tapi tidak lagi bermanik peluh. Kaki2 ma sudah melurus dan pucat tanpa darah.

Detak ECG dan BP semakin menurun hingga 50 dan turun naik dengan pertambahan ubat yang silih berganti. Ubat2 ma sudah maksima. Oksigen juga sudah maksima. Doktor2 muda masih ingin mengambil darah walau ku tegah. Katanya kuman sudah menjangkiti darah ma. Ku lihat air kencing ma sangat kotor. Ada keladak2 dan najis ma juga hitam. Air disedut keluar dari perut ma juga hitam, ada serpihan darah. Doktor kata ma ada kesan ulser perut. Entahlah, selama ini najis ma keras dan kuning seperti biasa. Aku menangis dan menangis tanpa menghiraukan orang2 sekeliling yang datang melawat pesakit-pesakit lain pada hari itu.

Ada beberapa esakan pada penghujung nafas2 akhir ma. Ada manik jernih berbening di penjuru mata ma. Ku seka ia berulang kali. Adakah ma menangis kerana kesakitan sakaratulmaut atau apakah ma menangis kerana akan meninggalkan kami semua? Aku bisikan ke telinga ma lembut..."Sabar ya ma...sikit saja. Tuhan sayang ma, sebab tu Dia uji ma dengan kesakitan". Ku cium pipi ma berkali dan air mata ku mengena pipi ma, sedikit basah dan ku sapu ia.

Lengan ma kesan tusukan jarum ku lihat sudah membiru dan ada titik darah. Aku bengang dan bertanyakan nurse apa2 ubat. Sudahlah dilarang ambil tetap dicucuk dan dikorek2 juga. Apabila aku mengatakan jangan kerana aku tahu macamana rasanya apabila dia tidak pandai ambil, tidak kena pada urat dan jarum besar. Doktor muda yang degil itu tetap menyucuk2 dan memutarkan2 jarum. Entah dari mana datangnya doktor baru graduate yang sdg houseman ship itu. Kawannya tadi sudah ku larang terus tidak jadi ambil. Tetapi tiba2 muncul doktor perempuan muda berbaju kuning itu. Degil mengatakan dia sudah cucuk urat yang betul dan dia juga tahu. Sudahlah tidak diletak kapas dan ditinggal begitu sahaja. Gila ke orang sudah nazak tapi masih mahu diambil 3 botol darah?! Lalu nurse yang serba salah menyuruhku dapatkan ais untuk menuam kesan lebam. Aku minta abang yang kebetulan keluar menghantar isterinya untuk belikan ais, Ku ambil kapas di atas telapak tangan ma yang menutup kesan jarum yang cuba diambil darah lalu ke tekup kesan darah dan lebam di lengan ma. Apabila ais sampai ku tuam2 kesan lebam dengan ais.

Belum pun sempat hancur ketulan ais yang pertama. Ubat dopamine habis dan ECG ma menjunam. BP juga menjunam. Ma terus bernafas melalui mulut. Ada desahan pada nafas ma. Sisa suara ma yang terakhir. Selama hampir 2 tahun ma tidak bercakap. Kehilangan suara. Hanya sesekali ma bersuara, itu pun untung kalau dapat dengar dan untuk berkomunikasi lanjut tidak dapat. Kami merindui suara ma sesangat.  Nafas ma sekejap laju dan ECG mula naik kembali apabila dopamine ditambah. Kami semua menangis, termasuk mertua adik ku yang baru tiba. Kelopak mata ma mula tertutup dan nafas ma terus perlahan hingga ECG menunjukkan nombor 0 dan line ECG mendatar dengan bunyi yang datar....akhirnya ma pergi tepat jam 4.05pm pada 14 September 2014. Pada usia ma 68 tahun 11 bulan 6 hari. Aku menangis tersedu2 dan dipeluk adik iparku. Semua yang ada menangis. Serasa ingin ku pergi bersama ma kerana belum puas aku berbakti dan menyantuni ma.

Jenazah ma dibawa pulang pada jam 7.30pm i.e. 3 jam selepas ma menghembuskan nafasnya yang akhir, setelah semua urusan dokumen2 selesai. Aku bawa pulang kereta adik dan adik bawa pulang kereta abang sementara abang naik ambulance bersama jenazah ma. Sambil drive pulang kampung aku menangis lagi di dalam kereta. Sesampai di kampung aku lihat ada lampu di kuburan dan ada wakaf serta liang lahad sudah digali. Semua nya sudah diuruskan oleh abang sulung ku yang telah pulang terlebih dahulu. Itu bakal rumah baru ma....bisik ku di dalam hati. Di samping kuburan ibu ayah dan kakak2 nya lain. Kuburan abah ke depan sedikit, bersama kaum kerabat Allahyarham. Ma bakal bertemu suaminya yang telah terpisah sejak 29 tahun yang lalu. Ayahnya yang telah pergi dahulu 14 tahun yang lalu dan ibunya yang telah meninggalkanya sejak 16 tahun yang lalu.

Kami adik beradik yang mandikan jenazah ma. Kak di kepala, Juki di badan, Liase di punggung dan aku di bahagian kaki. Kami kagum dengan keadaan jasad ma yang putih bersih kekuningan. Kulit ma yang berkedut kerana tua kini kembali terik. Tiada kesan penuaan dan wajah ma juga berseri2 tenang seperti sedang tidur nyenyak seperti selalu. Jenazah ma juga lembut sahaja tidak keras. Tangan dan kaki ma masih boleh digerak2kan bebas. Tukang mandi jenazah memuji-muji kecantikan dan keelokan jenazah ma. Ku usap2 perlahan2 paha, betis dan jemari kaki ma. Badan ini tidak akan ku mandikan lagi untuk selamanya selepas ini. Peluang menjaga ma sepenuh masa di rumah ku di Subang Bestari selama sebulan setengah pada bulan Jun yang lalu mengamit kenangan. Hajat ingin mengambil ma kembali pada Oktober kerana jadual kerja ku tidak lagi ke luar negara atau berkursus di mana2 tidak kesampaian.

Jenazah ma selamat dikafan pada jam 9pm dan dibawa ke surau di depan rumah untuk disembahyangkan. Sebelumnya kami semua diberi peluang mengucup wajah ma buat kali terakhir termasuk anak2 saudara dan cucu2 saudara ma. Aku menghantar kepergian ma meninggalkan rumahnya untuk kali ini dengan pandangan mata yang sayu. Pergi yang tak akan kembali lagi. Meninggalkan semua...anak2, rumah pusaka, harta yang sepicing dua. Semoga timbangan amal ma sarat ke kanan..aminn.

Menurut abangku jenazah ma selamat dikebumikan pada jam 10 atau 11pm malam 14 September 2014. Kami menyegerakan semua urusan. Hanya kakak ku dari Sabah yang tidak sempat bertemu kerana baru sampai di KLIA 2 dan terpaksa transit ke KB. Kakak sulong ku pula sedang ingin berlepas ke tanah suci Makkah bagi menunaikan haji dan adik ku baru keluar dari labour room.

Malam Tahalil dan ratib untuk ma juga dihadiri oleh ramai orang, malam pertama dan kedua sekitar 70 orang dan malam ke-3 sekitar 50 orang (kerana hujan). Yang datang melawat semasa kepulangan jenazah dari hospital juga memenuhi ruang rumah. Malah yang hadir semasa pengebumian pada lewat malam itu juga sangat ramai. Sehingga beberapa hari kemudian juga masih ramai saudara mara yang datang berkunjung. Jauh dekat. Rezeki ma nampaknya. Dimuliakan di hujung perjalanannya. Biarpun semasa hidupnya ma tidak ramai kawan dan jauh dari perhatian dan peduli saudara mara, namun perginya ma diiringi oleh ramai taulan. Alhamdulillah, syukur...


SELAMAT JALAN BONDAKU....SEMOGA BONDA TENANG DAN DAMAI DI SANA..KU POHON ALLAH LUASKAN LAHADMU DAN JADIKAN IA SALAH SATU DARI TAMAN2 SYURGA BUATMU...SEHINGGA KITA SEMUA DIKUMPULKAN KELAK DI DALAM SYURGA-NYA...AMINNN YA RABBALALAMIN.

1 comment:

syahrul izwan said...

Alfatihah buat bonda dr.