Ketik

Sunday, September 01, 2013

MSPPC 13 yang best

Assalamualaikum pembuka bicara...harapnya saya tidak berbicara sendiri. Sudah sebulan lebih tidak menulis, well am extremely busy weh. Cuti raya dua minggu balik kampung untuk berpuasa dan menguruskan ibu tercinta, kemudian outstation ke selatan selama beberapa hari kemudian berseminar ke Kuala Terengganu selama seminggu campur tolak traveling days. 

Kali ni nak share aktiviti seminar kat KT tempohari yang menurut kawan2 saya merupakan conference yang paling seronok dan enjoy selama hidup mereka sebagai Research Officer. Di sebabkan blog ni blog santai tiadalah saya menulis dari sudut akademik atau scientifiknya....Kata mereka seronok kerana suasana conference santai, field trip best dan yang paling penting sekretariat sporting dan best. Well....tengoklah siapa sekretariatnya hehe...ya, kalau MSPPC12 (stand for Malaysian Society for Plant Physiology Conference), saya cuma jadi madam chair untuk session yang mencabar kali ni saya jadi committee member untuk Social and Publicity. Haruslah meriah suasana :). Conference kali ni pula jointly organized bersama UNISZA. InsyaAllah next year conference akan lebih happening sebab saya dah dinaik kan pangkat jadi Executive Committee member untuk tahun 2014-2016...lokasi2 nya dah ada dalam kepala dah untuk dicadangkan dalam mesyuarat committee nanti. 

Pada saya pula, selain dapat membina tapak di platform yang berkenaan serta meluaskan social networking dan kenal rapat para scientist otai dalam bidang sains tumbuhan di Malaysia ni, saya juga dapat usha potential life partner...hahaha...sesiapa yang hensem dan berkarisma di mata saya wajib kena usha...am available what?...dan yang paling saya seronok bila tengok orang berkenaan "perasan" yang dia kena usha. Kawan2 committee juga sangat best dan sporting belaka termasuk seorang bekas pensyarah saya semasa di tahun 2 kat UKM dulu. See...dulu dia cikgu saya, kini dia dan saya dah sebaya...err siapa yang cepat menua ni? 

Okay, berbalik kepada cerita conference MSPPC13 yang ke 24 di KT minggu lepas, di hari terakhir, field trip kami adalah ke Tasik Kenyir. Kami lawat 2 pulau herba milik Ketengah dan milik MARDI. Memang best lah trip tu...dan banyak jumpa herba2 serta pokok yang belum pernah jumpa sebelum ni. Tak mau tulis banyak mari kita layan sebahagian gambar menarik yang sempat saya snap tempohari. Yang tak dapat lupa sampai bila2 ialah rasa buah markisa yang masam berubah jadi manis lemak dan wangi setelah dimakan selepas memakan buah ajaib (Synsepalum dulcificum)...sampai ke syurga lah masa nikmatinya...




Sebahagian peserta conference. * Dlm gambar kiri bawah ada org yang saya sempat usha :p



Otai2 MSPP yakni Dr. Zainudin, Assoc. Prof. Dr. Abd Jamil, dan Dr. Tsan

 Secretariat MSPPC 24 yang poyo tapi professional...



5 speed boat ditempah dan paling best member ditaja i.e. join trip for free otherwise kena bayar RM40


Pakcik Ketengah yang otai dalam bidang herba dan ubat2an sedan rebus kacip fatimah, tongkat ali dan mahkota dewa...


Para peserta lagi sedang dengar briefing "pakcik tukang kebun" dalam gambar paling kanan baris tengah yang tiba2 speaking english dan rupa2nya Dr. Rahman...nkelasss...nilah real scientist!


Pemandangan nature di Tasik Kenyir yang maha cantik


Sireh harimau, buah "kekuk", buah pulasan, buah "kekuk" lagi, sarang keluluk dan otai bersama durian kuning..beliaulah yang buka dan jadi konsultan bagi pulau herba ni...


Para secretariat yang sporting lagi...dari atas Assoc. Prof Dr. Normaniza, En. Fauzi, Dr. Puteri, sebelah saya Dr. Tsan, Assoc. Prof. Dr. Phebe, En. Naza dan Assoc. Prof. Dr. Roohaida (siap buat gyomi)

No comments: